Bab 8

Horror & Thriller Completed 1123

"Zara, Zara...Ya allah mana Zara nih?" keluh Anita keseorangan. "Kenapa ni Nita?" tanya nenek Kalsom. "Zara hilang mak!!" kata Anita dalam keadaan cemas. "Hah? Macam mana boleh hilang??" nenek Kalsom mula berasa tidak sedap hati. "Tulah, tadi dia ade jer. Tiba -tiba jer hilang" balas Anita ringkas. "Ya allah mana cucu aku pergi nih? Zara jangan buat nenek macam nih" nenek Kalsom mula merintih. Jelas terpancar rasa resahnya. Usaha mencari Zara diteruskan lagi oleh penduduk kampung, sehingga senja melabuhkan terainya. Kedengaran azan maghrib berkumadang. "Anita, dah 2jam Zara hilang" rintih nenek Kalsom. "Sabar mak, insyallah nanti jumpalah tu" ujar Anita menenangkan gundah hati ibunya. Tiba-tiba, kedengaran pintu diketuk oleh seseorang. Dalam keadaan sebak, Anita melangkah untuk membuka pintu. "Ya allah, Zara" kata Anita mengejutkan nenek Kalsom. Lantas, Anita menarik tangan Zara masuk ke dalam bilik. Anita mencapai penyangkut baju lalu dipukulnya tubuh Zara sehingga lebam dan luka. "Astagfirullahalazim, Anita istighfar nak. Dia baru jer balik tu, kenapa hendak dipukul?" soal nenek Kalsom. "Nita nak bagi pengajaran kat budak nih. Dah berapa kali mak pesan jangan merayau" kata Anita sambil terus memukul tubuh Zara. Esak tangis dan teriakan Zara amat menghibakan hati nenek Kalsom.
Malam itu, Anita duduk beristighfar di atas tikar sejadah. Dia berasa menyesal atas sikapnya yang memukul Zara tanpa belas kasihan. Anita menaggalkan telekungnya dari tubuh lalu menuju ke dapur. Dia ingin meminum seteguk air masak bagi meledakan gelodak jiwa. Ketika sedang menuju ke dapur, Anita merasakan bahawa ada sesuatu sedang mengekorinya. Bulu romanya menegak. Namun, Anita tetap berlagak biasa. Dia menuangkan air ke dalam cawan, tiba-tiba Anita ternampak sesusuk tubuh besar dan tinggi berwarna hitam Dengan sekelip mata, datang angin sangkakala bertiup kencang disusuli dengan pelbagai bunyi yang memelikkan. Anita menutup mata dan telinganya lalu melaungkan kalimah suci, "Allahuakhbar".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience