Bab 10

Horror & Thriller Completed 1123

Anita sedang sibuk memasak bubur ayam untuk nenek Kalsom. Sebentar tadi, nenek Kalsom mengaduh lapar dan ingin memakan bubur ayam. Anita berasa amat bersyukur. Dia berasa teruja untuk memasak bubur ayam kegemarannya semasa kecil dulu. Selesai memasak, Anita menghidangkan bubur ayam ke dalam mangkuk lalu membawanya ke ruang tamu. "Mak, bubur dah siap" kata Anita sambil tersenyum. "Ooo, tidur yer" usik Anita. "Eh?", Anita mula berasa pelik apabila melihat nenek Kalsom terduduk kaku. "Innalillah" ucap Anita apabila menye dari ibunya telah tiada. Anita tidak mampu berbuat apa-apa selain tunduk memandang lantai.

**************
"Anita bersabar yer, kakak harap Anita tabah" ucap Aisyah, kakak Anita. "Anita tak tahu lah kak, arwah Zara baru jer pergi tanah pun masih merah. Ni mak pula takda" keluh Anita bersama tangisan. "Sabar yer dik, kak pun rasa macam tu jugak tapi kita yang hidup nih kena diteruskan" nasihat Aisyah.
Malam itu, Anita tidur awal. Rumahnya kini sunyi sepi. Di dalam tidur, Anita bermimpi berjumpa seorang bomoh iaitu Wak. "Hahaha, seronok tengok mak ngan anak kau mati?" soal Wak itu. "Apa kau janji? Kau kata nak jaga saka yang aku bagi kat kau tapi kau nak buang saka tu sebenarnya kan!!!" ujar Wak lagi menakutkan. "Kau dengar ni, aku akan bunuh semua keturunan kau selagi kau tidak menjaga pendamping aku(saka)" sambungnya lagi. Anita terus terjaga dari mimpi buruk itu. Dia mengesat peluh di dahi. Sesungguhnya, mimpi itu adalah mimpi yang paling buruk pernah dialaminya.
Keeesokan harinya, "assalamualaikum kak, boleh tak datang rumah Nita? ada hal kecemasan nak dibincangkan ni" ujar Anita menjemput kakaknya ke rumah. "Oh boleh, kejap lagi kakak datang" jawab kakaknya penuh sopan. Kakak Anita, Aisyah adalah seorang ustazah dan juga penceramah bebas. Dia amat disenagi oleh masyarakat. Beberapa minit berlalu......,
"Assalamualaikum" Aisyah memberi salam. "Waalaikumusalam, jemput duduk kak" jemput Anita. "Apa hal penting yang Anita nak bincangkan ni?" tanya Aisyah memulakan bicara. "Macam nih, kematian arwah mak dan Zara sebenarnya berpunca dari salah Nita. Haritu, Nita ngan Balqis pergi jumpa bomoh. Nita ada buat perjanjian ngan bomoh tu untuk ambil alih saka yang ada kat dia tuh. Jadi, sekarang saka tu tengah marah ngan Nita sebab Nita nak buang 'dia'. Tapi Nita bersumpah Nita dah insaf" cerita Anita bersungguh-sungguh. "Astagfirullah, Nita sedar perbuatan Nita tu dianggap mensyirikkan allah" kata Aisyah mengingatkan Anita. " Yer Nita tahu, tapi Nita dah insaf" terang Anita. "Anita, kakak rasa tak sedap hati ngan budak sebelah rumah kamu tuh" kata Aisyah mencurigakan Anita. "Kenapa kak?" soal Anita. "Tadi masa kat sampai, kak nampak dia ada tanam kain kuning berikat kat halaman rumah kamu, lepastu mulut dia terkumat-kamit membaca sesuatu. Kakak rasa dia ada amal ilmu hitam" cerita Aisyah. "Kak apa tuh???" jerit Anita apabila terlihat sesusuk tubuh menyerupai lembaga hitam. "Anita elak" kata Aisyah menjerit mengingatkan Anita. "ARGHH!!!....."

Hello, ingin tahu apa yang telah terjadi pada Anita dan Aisyah?? Ingin tahu siapakan Murni yang sebenar??....Tunggu sambunganya dalam 'Padah Untuk Kau 2'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience