“Kau suka Daud ?”
“Kenapa kau tanya soalan macam tu dekat aku?”
“Saja tanya” “Entahlah.Bagi aku kalau ada jodoh adalah.Kalau tak ada,apa boleh buat”
“Kalau macam tu kahwin je lah”
Xion tersenyum nipis.”Yang tu kau kena tanya kawan kau lah”
Meor hanya mengangguk.
“Meor,kau tahu tak semalam si Ain ada whatsapp aku.Katanya nak berbaik dengan aku”
“Dah tu?Kau terima tak?”
“Entahlah.Cara dia merayu dekat aku tu buat aku cair lah”
“So?”
“So aku terima”
Slurpee yang disedut Meor sikit lagi hendak dihambur keluar.
“What?!Habis tu Xion kau nak letak mana?”
Daud menepuk lembut belakang Meor.
“Alaa..kouta kita ada empat lah”
“Kau sembahyang jumaat pun pergi tak pergi nak cukupkan empat”
Daud hanya mampu tersenyum kambing.Meor menoleh.Hanya mampu menggeleng.
“Kau jangan beritahu Xion ya”
Share this novel