BAB 1

Romance Completed 1839

Cinta tak semestinya memiliki.Cukuplah dengan mengetahui dirinya bahagia di samping orang yang berada di sekeliling cukup membuatkan kita mampu menggariskan senyuman lebar.

Betulkah?

Argh!Hentak Meor kasar pada keyboard komputer ribanya.Butang ‘backspace’ ditekan rakus sehingga setiap patah perkataan dipadam.Dirinya merenung kosong pada skrin.

Mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan ke dalam entri blognya.Setelah seketika bertafakur,jarinya laju sahaja menari pada papan kunci.

Cinta?Ada apa dengan cinta?Bagi aku cinta adalah sampah.Bagaikan parasit di dalam hati yang memakan diri dengan perlahan tanpa kita sedari.Mengheret ke arah penzinaan.

Oleh itu,aku memilih untuk hidup sebagai insan yang bebas.Bebas dari segalanya yang berkaitan dengan hubungan di antara bukan muhrim.Bebas dari permasalahan.

Bebas dari segala kongkongan.Bebas!Bebas!Bebas!!!

Meor mengeluh kasar.Biarlah!Sudah tiada jodoh barangkali.Mulakan hidup aku esok dengan buku baru.Biarlah beribu buku baru yang kau harus buka,atleast kau ada keazaman.

Lampu meja ditutup.Meor dengan kasar menghempas dirinya di atas katil.Membiarkan komputer ribanya yang masih beroperasi di atas meja sehingga ianya ke mood sleep dan suasana di dalam bilik bertukar gelap!

“Pergi kerja Meor ?” Meor menoleh saat dirinya disapa.Motorsikal yang ditolak diparkirkan.

“A’a mak cik.Awal keluar rumah?Baru pukul tujuh ni”

“Mak cik nak pergi pasar sekejap.Beli barang.Kalau hendak diharapkan si Xion tu.Jangan haraplah”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience