“Aku tak nak bersubahat dalam hal ni.Anggap ja kita tak pernah bual pasal ni ok?”
Daud menunjukkan ibu jarinya ke atas tanda bersetuju.”Dah jom!Nanti tutup pula kedai tu”
Cinta...
Cinta itu buta.Kenapa?Kerana kita tidak dapat membezakan di mana permata dan di mana kaca.Mungkin ada pelbagai aspek mengapa ini berlaku.Namun,yang paling ketara adalah paras rupa dan bentuk fizikal.Kita tidak boleh salahkan mereka kerana memilih yang kaca kerana ianya sudah menjadi fitrah manusia.Suka akan kecantikan.Dalaman?Fikir kemudian atau boleh dipupuk.One word.SICK!
Meor mencapai telefonnya saat mendengar notification masuk.
Jom lepak depan rumah-Xion -
Dahi Meor berkerut seribu.
Malaslah-Meor -
K-Xion -
Selang beberapa minit kemudian,Daud menghantar pesanan ringkas.
Salam.Kau tolong tengokkan Xion sekejap.Dia ok tak?Aku call tak angkat,whatsapp dia block,sms tak balas.
Bergaduh rupanya diorang berdua ni.
Korang berdua gaduh ke?
A’a!Dia dah tahu hubungan aku dengan Ain.Kalau boleh,aku tak mahu lepaskan Xion,Rid.Kau tolong pujuk dia untuk aku ok?
Tengoklah macam mana nanti.
Thanks bro!
Share this novel