Meor merenung kosong pada skrin telefon.
Jom-Meor -
Meor tenang menunggu.
Pergi mana?-Xion -
Lepak depan rumah-Meor -
Tak apalah.Ganggu kau pula nanti-Xion -
Meor mengetap bibirnya perlahan.
Aku tahu kau gaduh dengan Daud.Cuma,aku nak kau tahu walaupun orang yang kau jumpa selama ini curang dan mempermainkan kau,akan pasti ada seorang yang sentiasa menanti dan setia dengan kau.Mungkin dari pengalaman ini dan sebelumnya membuatkan kau lebih matang dan dapat menilai mana kaca mana permata?-Meor -
Tak mengapalah.Terima kasih Meor.Aku tidur dahulu.Assalamualaikum-Xion -
Dendam?Adakah aku patut gembira Miss X berasa sedih?Biar dia rasakan apa yang aku rasakan satu ketika dahulu?Perempuan.Susah untuk lari daripada friendzone!
Apabila ditanya,mereka selesa berada di samping lelaki yang memahami,baik dan sewaktu dengannya.Namun,apabila memilih pasangan,kebiasaannya mereka lebih gemar memilih yang taik.
Mungkin pengaruh drama barangkali.Arrogant dan sombong pada mulanya dan ending akan menjadi over romantik.Adakah berani untuk mengambil risiko?
Berbalik kepada cerita Miss X tadi.Patutkah aku biarkan sahaja?
Meor mengeluh panjang.Pandangannya jauh melihat ke luar tingkap.Beberapa tika kemudian,dirinya kembali berwarkah ke dalam blog.
Share this novel