“Sebab aku tak pandai lah aku minta tolong” Meor mengeluh panjang.Tidak tolong nanti dikata apa pula.Sudahnya dia mengalah.
“Lain kali belajar”
Xion tidak menghiraukan bebelan Meor.Dirinya tersenyum lebar.
“Mak cik mana?”
“Mama keluar.Dia pesan suruh panaskan lauk.Nak panaskan gas pula habis”
Meor hanya mengangguk.Malas hendak memanjangkan cerita.
“Siap.Sepuluh ringgit please”
“What?Mahalnya”
“Kalau tak nak bayar aku buka balik”Meor yang berkira hendak membuka kembali kepala paip gas pantas dihalang Xion.
“Weyh,janganlah”
“Kalau jangan bagi sepuluh ringgit.No nego”
Xion mengetap bibirnya kasar.Meor dari kecil memang mata duitan.Buat apa sahaja mesti mahu upah.Kalau tahu tadi,minta tolong pak cik pun tak apa.Minta tolong anak dia,hampeh.Xion mengeluarkan dompetnya lalu sekeping wang bernilai sepuluh ringgit dihulur.
Senyuman Meor menggaris sehingga ke telinga,Namun,senyumannya mati saat melihat gambar Daud berukuran passport berada di dalam pursenya.
“Nah lah.Tak nak ke?”
Meor yang bagai tersedar pantas mengambil duit tersebut.
“Xion ”
Xion hanya berdehem.Api dapur dinyalakan.
Share this novel