BAB 2

Romance Completed 1839

Meor tersenyum kelat.Kalau boleh dia langsung tidak mahu mendengar nama wanita itu.Jelek!

“Tak apalah mak cik.Saya pergi dahulu”

“Haa.iyalah!”

Meor menekan lembut butang horn sebelum beredar.

Meor yang baru usai pulang dari kerja memakir motosikalnya di hadapan pagar rumah.Biasalah balik lewat.Rumah semuanya sudah dikunci.Mujurlah dirinya ada kunci pendua.

Namun,matanya menangkap susuk tubuh seorang wanita yang keluar dari rumah sambil membawa dua beg plastik hitam berisi sampah.Pantas sahaja Meor berlagak seperti tidak nampak akan kelibat wanita itu.

“Baru balik?”

Adus!Dia pergi tegur pula.Dengan perlahan Meor menoleh.Senyuman dilorekkan paksa.

“A’ah.Baru balik”

Xion mengetap bibirnya perlahan.Risau sebenarnya dengan perwatakan Meor yang semakin hari semkain dingin dengannya.Mungkin sebab aku sudah bersama dengan Daud ?Tetapi,dia sendiri cakap dia bukan taste aku.Ish,peninglah.

“Er.Aku masuk dulu ya”

Xion tersentak saat Meor meminta diri.Motosikal ditolaknya masuk ke dalam rumah.Saat Meor hendak menutup pintu pagar,Xion menahan.Tersentak lelaki itu.

“Kau kenapa tiba-tiba macam dingin dengan aku ni?”

Meor berlagak selamba.”Aku ok sahajalah.Cuma,ya lah.Kau tu sudah jadi girlfriend orang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience