Cinta tidak semestinya memiliki. Cukuplah sekadar mengetahui dirinya bahagia.Namun,bagaimana pula dengan hati kita?Mungkin ianya merupakan sebuah pengorbanan buat kita.Pengorbanan yang tidak nampak.
Meor mencapai telefonnya lalu menghantar whatsapp kepada Xion.
Jom kita tengok wayang nak?Aku belanja-Meor -
Wayang?Cerita apa?-Xion -
Mokingjay-Meor -
Sure ni?Kau belanja?-Xion -
Sekarang ni nak atau tak sahaja-Meor -
Nak!-Xion -
“Kau terima Daud balik tak?”
“Aku tak terima.Kenapa?”
Meor mengangguk perlahan.”Tiada apalah.Saja tanya”
Beberapa bulan telah berlalu dan hubungan kami semakin rapat.Lebih rapat dari dahulu.Mungkin Miss X ingin mengubati hatinya yang terluka.Oleh itu dia mempergunakan aku.Adakah aku ini bodoh?
Meor mengeluh panjang.
Esok aku ingin melafazkan perasaan aku kepadanya.Walaupun sebelum ini aku pernah juga lafazkan kepadanya dan di anggap melawak dan hanya ingin berada di friendzone,kali ini aku tekad ingin menerangkan kepadanya akan perkara sebenar.FIGHT!
Xion,jom esok kita keluar-Meor -
Sorrylah.Aku keluar dengan Ammar esok.Nanti kita keluar ya-Xion -
Ammar?
Ammar?-Meor -
A’ah!Teman lelaki baru aku-Xion -
Bagai ada buluh menusuk ke dalam hati,itulah yang mampu ditafsirkan dengan kepedihan yang Meor rasakan kini.
Meor menoleh ke arah skrin komputer ribanya.Bait ayat adakah aku bodoh ditenungnya dalam dengan keluhan berat.Dengan hati yang remuk Meor meneruskan mewarkah.
Ya.Memang aku bodoh kerana hanya menjadi bayang kepada yang tidak pasti.Mengetahui yang aku hanya teman di kala duka,amat memeritkan.
Sudahlah...Aku sudah tidak percayakan cinta.Biarlah Allah yang menentukan jodohku kelak dan apabila waktu itu tiba,biarlah masa menjadi penentu.Inilah hakikat sebuah percintaan.Percintaan yang tidak pasti.Cinta buta atau dikenali sebagai cinta monyet!
Share this novel