BAB 4

Romance Completed 13021

“Yana, kenapa buat abang macam ni?”soal Johan yang tiba-tiba berada di hadapan mejaku.

“Saya dah buat apa pada awak?”soalku kembali seolah-olah tidak mengerti walau kutahu Johan memaksudkan perletakan jawatanku.

“Yana, sejak bila Yana berubah ni? Kenapa bersaya dan berawak ni? Yana tak kasihankan abang ke? Tolong jangan tinggalkan abang, Yana..”rayu Johan.

“Encik Johan, siapa yang harus dikasihankan sekarang? Awak atau saya? Saya nak pergi atau tidak, itu hak saya! Awak tak perlu masuk campur dalam hidup saya! Saya dan awak dah takde kena-mengena! Awak faham?!!”marahku pada Johan.

“Yana, abang sayangkan Yana.. Sayang sangatabang tak boleh kehilangan Yana.. Abang tak bahagia langsung dengan hidup abang sekarang.. Tolong Yana.. Tolonglah abang, jangan buat abang macam ni Yana!”pinta lelaki yang amat aku cintai itu. Dan tanpa kusangka airmata Johan mengalir dipipinya.

“Johan, saya lebih terluka awak tahu tak? Awak yang tinggalkan saya untuk bersama Wanda dan bukannya saya yang tinggalkan awak. Sudahlah Johan, saya dah tak mampu lagi untuk terus berada di sini. Anggaplah tiada jodoh antara kita dan anggaplah macam antara kita tidak pernah terjalin sebarang hubungan. Saya pergi dulu. Selamat tinggal..” terus aku bergegas pergi dari situ dan airmata ini gugur satu persatu.

“Yana! Yana!” kedengaran suara kesayangan aku itu memanggilku, namun tidak ku toleh walau sekali. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku.

“Yana.. Yanalah cinta pertama abang dan Yana jugalah cinta terakhir abang.. Percayalah sayang..”kata-kata itu selalu terngiang-ngiang di telingaku. Tapi kutahu, itu hanyalah kenangan lalu yang tak bisa kuputar kembali. Kini, kurasa lebih bahagia kerana tidak perlu bertemu dengan Johan setiap hari. Aku juga semakin sibuk dengan tugas baruku dan sudah jarang memikirkan hal-hal peribadi walaupun kadangkala rindu itu datang menggamit. Aku sedar dia sudah milik insan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience