BAB 7

Romance Completed 13021

Aku memegang erat tangan Johan sambil airmata ini tidak berhenti-henti mengalir.

“Abang.. bangunlah, ni Yana ni.. Abang, Yana datang..”aku cuba mengejutkan Johan. Tiba-tiba Johan membukakan matanya perlahan-lahan dan menyebut namaku dengan perlahan.

“Ya abang, Yana ni.. Abang, kenapa sampai jadi macam ni? Yana terseksa tengok abang macam ni tahu tak..”kataku lagi sambil menangis tanpa henti.

“ Yana, abang rindukan Yana.. Tolong jangan tinggalkan abang lagi Yana.. Abang dah cukup menderita selama ni..”jawab Johan sambil turut mengalirkan airmata. Johan mencium tanganku walau kelihatan sukar sekali. Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Sebak sungguh kurasa tika ini.

“Yana.. abang sentiasa sayang dan cintakan Yana.. Jangan tinggalkan abang lagi.. Yana.. Yana..tolonglah abang.. kasihankan abang sayang.. abang minta maaf atas semua kesalahan abang dahulu. Abang tahu abang yang salah buat Yana terluka..Maafkan abang Yana.. Maafkan abangYana, sekarang abang dah tak bersama dengan..”

“Abang, Yana faham abang.. abang tak perlu terangkan apa-apa pada Yana, Yana dah tahu semuanya.. Yana sayang abang sangat-sangat.

Semenjak hari itu, aku tahu sesungguhnya aku dan Johan tidak mampu dipisahkan lagi.. Setelah Johan sembuh sepenuhnya, kami pun melangsungkan majlis pernikahan dengan gilang-gemilangnya..

“Terima kasih sayang.. kerana sudi menerima abang kembali.. Sesungguhnya dikaulah cinta pertama dan terakhirku sayang..”kata-kata suamiku itu amat membahagiakan ku. Aku bersyukur kerana akhirnya kami bersatu jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience