BAB 5

Romance Completed 13021

Kini, sudah hampir setahun berlalu selepas kejadian yang menghiris hatiku. Sudah lama tidak kudengar berita dari Johan. Entah bagaimanalah keadaannya sekarang. Seringkali ku fikirkan hal begitu. Pasti dia sedang berbahagia di samping Wanda yang sudah menjadi miliknya. Mungkin juga dia sudah memiliki seorang anak. Hanya aku yang masih tidak berumahtangga. Memang tidak dinafikan ada juga jejaka yang cuba mengumpan cintaku, namun hati ini belum lagi terbuka untuk kisah cinta yang baru. Biarlah dahulu, aku sudah cukup bahagia dengan hidupku kini walau tiada insan bernama kekasih.

Hari ini aku melangkahkan kaki ke pejabat lamaku, Mesra Holding. Tujuanku bukan untuk menyingkap luka lama, tetapi kerana rindu kepada kawan-kawan yang sudah lama tidak kuhubungi. Aku juga akan sedaya-upaya untuk menyapa Johan seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku antara kami. Selangkah kakiku bergerak memasuki Mesra Holding, kedengaran jeritan rakan-rakanku.

“Yana! Rindunya pada kau.. Lama kita tak jumpa kan.”kata salah seorang rakan lamaku.

“Macam mana kerja dan hidup kau sekarang?”Tanya Rosma pula.

“Aku biasa saja sekarang. Rindunya kat korang..”jawabku pula. Kami berbual pelbagai perkara di kafe pejabat semasa rehat. Namun rasa hairan terdetik dihatiku, kerana dari pagi hingga sekarang batang hidung Johan langsung tidak ku nampak.

“Dia cutikah hari ini?”hatiku bertanya. Rakan-rakanku juga tidak langsung menyentuh perihal Johan mungkin tidak mahu aku terluka kembali. Namun aku nekad untuk bertanya Rosma akan hal ini memandangkan Rosma amat rapat denganku waktu dulu.

Hari itu, sebelum pulang ke rumah aku pun menanyakan ke mana perginya Johan.

“Rosma, aku nak tanya sikit pasal Johan ni. Dia cuti ke hari ni? Aku tak nampak pun dia.”soalku pada Rosma.

“Em, susah aku nak beritahu kau ni Yana.”jawab Rosma pula.

“Kenapa? Dia sakit ke? Jawablah Rosma..”soalku sedikit risau.

“Yana, sebenarnya selepas kau pergi dari sini dulu, macam-macam perkara dah jadi. Sebenarnya untuk pengetahuan kau, Johan dah 8 bulan..”Rosma tidak menyambung kata-katanya. Aku bertambah gelisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience