BAB 1

Romance Completed 13021

“Please could you listen to me right now?” pintanya. Tak Tak Tak! Bagaimana aku ingin mendengar apa yang ingin dibicarakannya bila mana dia meminta aku untuk mendengar pengumuman tarikh hukuman gantung yang akan berlaku padaku. Gila?

‘’Sayang, janganlah macam ni. Abang terpaksa tahu tak. Abang sendiri pun tak tahu bila parents abang rancang semua ni, tiba-tiba saja beritahu yang majlis pernikahan akan dilangsungkan by end of this month.”kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku.

Sungguh hatiku ini hancur luluh apabila mendengarkan khabar berita itu. Yang lebih menyakitkan, berita itu bukan dari mulut Johan sendiri. Sungguh aku menyayanginya dan mencintainya sepenuh jiwa raga ini, tapi apakan daya, hati keluarganya perlu dijaga. Kini aku sendirian menghadapi luka yang entah bila kan hilang. Sakit sungguh rasa ini, hingga tak tertahan lagi rasanya.

“Ini kad perkahwinan abang dan Wanda. Sudi-sudilah hadir nanti. Abang minta maaf kerana hasrat kita untuk membina mahligai bersama hancur. Maaf sayang tapi percayalah sesungguhnya hati ini sentiasa milikmu abadi,”kata-kata itu amat jelas di pendengaranku.

“Abang, sudahlah. Hubungan kita dah lama sampai ke titik penghujungnya. Yana redha dengan apa yang dah tersurat buat kita. Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Semoga kita sama-sama melupakan kenangan kita bersama.”jawabku pula.

“Yana, takkan semudah itu Yana mahu melupakan abang? Abang takkan tegar untuk melupakan Yana hingga ke akhir hayat abang. Nama Yana kan sentiasa ada di sudut hati ini. Sampai hati Yana mahu melucutkan abang dari hati Yana..”kata Johan turut kecewa.

“Habis tu abang nak Yana buat apa lagi? Abang yang memulakan semua ni dengan menerima permintaan keluarga abang. Takkan Yana pulak yang harus dipersalahkan! Yana lebih terseksa abang tahuHati Yana sakit, hancur.. Yana rasa macam nak mati je! Abang tak pernah tahu betapa dalamnya luka yang abang tinggalkan buat Yana! Takkan abang nak salahkan Yana lagi? Tolonglah abang, kasihankan YanaYana tak sanggup!”rintih aku di hadapannya dengan airmata yang gugur di pipi tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience