BAB 2

Romance Completed 13021

“Sayang..Maafkan abang.. Maafkan abang sayang.. Abang yang membuatkan sayang terseksa macam ni..Abang sayang Yana.. Sayang sangat..”katanya sambil memeluk erat diriku.

Hari ini merupakan hari bahagia Johan bersama Wanda. Aku mendoakan agar mereka berbahagia hingga ke akhirnya walau aku yang derita melihat yang tercinta bersanding di samping insan lain. Hampir airmata ini mengalir, namun ku tahan jua agar hari bahagia yang tersayang tidak akan ternoda dengan airmata kekecewaan ini. Aku cuba untuk merelakan hubungan ini. Sedaya mungkin akan aku simpan lipatan kenangan kami dalam hatiku dan tak mungkin ku rungkai kembali kenangan itu. Pergilah kasihku bersama debu-debu yang berterbangan ini. Biarlah cinta ini gugur ibarat daun nan layu.

Sesudah Johan habis menikmati hidangan, aku menghampirinya yang kelihatan sibuk melayan tetamu yang hadir.

“Assalamualaikum pengantin baru..”tegurku sambil cuba mengukir senyuman.

“Waalaikumsalam.. Yana Abang..”kata-katanya mati kerana Wanda tiba-tiba hadir dan memeluk erat pinggang Johan. Hatiku sakit. Ingin saja aku menarik Johan ke sisiku, namun aku tahu aku tidak berhak berbuat begitu. Johan yang kelihatan tidak selesa dengan perbuatan isterinya itu terus cuba menjarakkan diri dari pautan Wanda. Aku yang sudah tidak mampu untuk melihat perlakuan raja sehari itu terus mencelah kerana aku rasa airmata ini bakal menitis tidak lama lagi,

“Em, Johan, ni hadiah sempena perkahwinan kamu berdua. Semoga kekal abadi hingga ke akhirnya. Moga dapat anak ramai-ramai ya..”kataku sambil cuba menutup kesedihan yang tak tertanggung ini.

“Oklah, saya ada hal ni, balik dulu ya..”sambungku kemudian sambil memandang tepat ke wajah yang tercinta.

“Selamat tinggal sayang.’’hatiku menangisi apa yang sudah berlaku. Kelihatan Johan juga sebak dengan kejadian yang baru sebentar tadi berlaku. Dia hanya menghantar aku pulang melalui pandangan matanya. Tamatlah sudah kisah cinta teragung kita. Johan dan Yana hanya kenangan. Hatiku luka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience