BAB 3

Romance Completed 13021

Sudah seminggu Johan memohon cuti kahwin. Sunyi sungguh hidup ini tanpa Johan. Pasti dia sedang berbahagia bersama Wanda. Mereka pasti sudah melayari bahtera bersama. Aku kecewa kerana bersama Johan merupakan impianku sejak kami bersekolah lagi. Kami sudah menjalinkan hubungan istimewa ini sejak di Tingkatan 2 lagi. Namun kini semuanya sudah berakhir untuk selama-lamanya.

“Ya Allah, kuatkan hatiku ini dalam menempuh dugaan dari-Mu,”rintih hati ini dalam sendu yang tak terucap. Semua staf di Mesra Holdings mengetahui kisahku dan Johan dan mereka hanya mampu meminta aku bersabar. Aku akur. Hari ini merupakan hari terakhir Johan bercuti, esok pasti dia akan kembali ke pejabat. Selalunya aku akan berasa gembira jika dia mahu kembali bekerja, namun kali ini aku seolah-olah tidak mahu bertembung lagi dengannya kerana aku tahu luka ini belum lagi sembuh sepenuhnya.

Keesokan harinya, wajah Johan kembali dilihat di pejabat. Aku sedikit pun tidak memandangnya dan langsung tidak menegurnya. Aku hanya tekun menaip walaupun hakikatnya aku rindu untuk berbual dan bermesra dengannya seperti selalu. Dia juga tidak menghiraukan aku. Pasti dia sudah cukup bahagia sekarang, siapalah aku kini. Segala tutur kata dan janji manisnya padaku dulu pasti sudah dibuang ketepi. Kecewa hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Setelah berminggu-minggu keadaan aku dan Johan berlanjutan begini tanpa bertegur sapa sekali pun, aku sudah tidak tertanggung lagi untuk terus begini. Jadi aku pun mengambil keputusan untuk berhenti kerja di situ. Kebetulan syarikat kakakku juga memerlukan pengurus pejabat, jadi aku terus menerima tawaran kakakku itu dengan hati terbuka.

“Biarlah kau jauh dari mataku tapi kau sentiasa dekat dihatiku Johan..”bisik hati yang kesepian ini. Berita mengenai perletakan jawatanku sememangnya memberikan kejutan buat semua kakitangan di situ. Walaupun sedih untuk meninggalkan semua rakan-rakan tapi apakan daya hati kecewa ini sudah tidak tertanggung lagi untuk terus di sini.

Petang itu setelah kebanyakan staf pulang ke rumah masing-masing, ku lihat Johan masih di tempatnya.

Tiba-tiba,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience