BAB 6

Romance Completed 13021

“Kenapa ni Rosma? Beritahulah cepat!”tegasku lagi.

“Dia dah 8 bulan bercerai dengan isteri dia. Dia tak dapat lupakan kau Yana. Untuk pengetahuan kau, dia tak pernah sentuh Wanda. Dia tengah terlantar di hospital sekarang ni. Kalau kau nak tahu selepas sahaja kau pergi, dia terus mengamuk di pejabat. Semenjak tu, mood dia tak pernah baik. Selalu marah-marah. Kami semua kasihan pada dia, tapi apa yang boleh kami buat.”terang Rosma satu-persatu kepadaku. Sungguh aku tak sangka begini akhirnya rumahtangga Johan.

“Rosma, bagaimana dengan isteri Johan?”soalku lagi.

“Isteri dia dah kahwin dengan orang lain. Dah lama dah. Sekarang mak ayah dia la yang jaga dia dekat hospital. Kami pernah juga pergi melawat dia. Dia sekarang dah kurus sangat, selalu meracau-racau menyebut nama kau. Kasihan kami tengok.”jawab Rosma.

” Sekarang dia ada di hospital mana?”tanyaku selepas itu.

“Kau nak pergi melawat dia ke? Alhamdulillah.. aku ingat kau dah tak nak peduli pasal dia lagi. Dia dekat Hospital Pantai Puteri, pergilah Yana..”beritahu Rosma padaku.

Keesokan harinya, aku mengambil cuti lagi dan berniat hendak melawat Johan, insan yang amat aku cintai. Sungguh aku tak sangka hidup Johan sepayah ini sejak aku tiada. Aku selalu menyangka yang dia akan melupakan aku, walhal aku yang sengaja mahu melupakan dia. Tunggu aku datang Johan.

Aku masuk ke bilik itu. Di situ kelihatan ibu Johan dan juga Johan terbaring di atas katil. Aku terus meluru kepada ibunya dan memperkenalkan diriku. Ibunya kelihatan terkejut melihatku. Tiba-tiba,

“Nak, maafkan mak cik nak. Mak cik yang bersalah kerana memisahkan kamu berdua. Johan pernah menceritakan perihal kamu kepada mak cik, tapi mak cik langsung tak ambil peduli kata-katanya itu. Sekarang Johan sakit sebab terlalu rindukan kamu.”kata ibu Johan sambil menangis teresak-esak dan meninggalkan aku bersama Johan sahaja di bilik itu. Aku terkedu. Lalu ku pandang wajah yang selama ini aku rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience