BAB 2

Family Completed 594

Malangnya sejak suaminya beristeri baru, batang hidungnya terus tak nampak. Nafkah pun tak diberi. Alasannya tak cukup duit. Bagaimana dengan nasib Ima, Eshanty, Mazmil dan Firli? Sekolahnya, makan pakainya. Ibunya sudah lumpuh tak mampu bekerja. Maka Ima anak sulung keluarga berhenti sekolah dan bekerja kilang. Dia tak ambil SPM pun, hanya semata-mata mahu menyara keluarga.

“Aku balik dulu, nak singgah rumah lain…” emak menghulur tangan. Perempuan itu menyambut. Aku juga menghulur tangan dan mengucup. Aku menunggu-nunggu. Tiada duit raya kah? Emak pantas mengheret aku keluar. Aku rasa lega, berharap selepas ini emak bawa berkunjung ke rumah saudara mara yang lebih kaya. Di rumah perempuan malang ini, sesen pun tak merasa.

“Marilah ikut Eshanty pergi beraya…” gamit Eshanty comel berbaju kebaya kuning. Nasib baik nenek dan makcik membela Eshanty, Mazmil dan Firli. Merasa mereka berbaju raya, mewah sedikit berbanding ibu kandung mereka. Kami menghabiskan sepanjang hari berseronok berhari raya. Perempuan banjar itu? Dia kan sudah lumpuh. Sejak dia lumpuh kerana kemalangan kereta dengan suaminya, dia tak pernah keluar rumah. Suaminya Enal cuma cedera ringan, sekarang menetap di Pahang dengan isteri ke dua. Perempuan lumpuh itu sudah tak layak menikmati segala keindahan dunia.
Dunianya sudah berakhir, kelam dan kusam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience