BAB 7

Family Completed 594

Aku meneruskan kehidupan dengan penuh rasa syukur. Aku tahu hidupku masih panjang, masih banyak ujian dan cabaran. Yang pergi sudah habis perjuangannya. Manakala yang hidup harus meneruskan amanah Tuhan. Aku berada di Masjid, mendengar ceramah agama usai solat Maghrib.

“Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”

Hatiku berdebar-debar mendengar ustaz membaca kitab, yang menerangkan fadilat mengamalkan surah Yassin. Aku terus teringat cerita nenek dan makcikku perihal perempuan banjar yang lumpuh itu. Meneguk air kosong yang lazat hanya beberapa saat sebelum roh bercerai dari badan. Aku meraup wajah lalu bertakbir.

“SubhanALLAH, AlhamduLILLAH, WalailahaillALLAH, ALLAHUAKBAR...”

Aku meraup air mata yang mengalir di pipi.

“Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. Jika Surah Yassin dibacakan dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bersalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya.

Jika surah ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga syurga dengan membawa minuman dari syurga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke syurga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).

Surah Yassin itulah yang selalu kudengar keluar dari bibir perempuan banjar itu. Yang sabarnya seperti air sungai mengalir yang tak pernah surutnya. Perempuan tabah tak pernah mengeluh kesah penderitaan hidup. Sabarnya tak tertanding dengan deritanya. Surah Yassin itu ku dengar di baca tiap hari sebagai penghilang duka dan walang di hati. Ditinggal suami, kehilangan anak, disisih masyarakat. Perempuan banjar itu berjiwa kental. Hanya surah Yassin itu penawar dukanya. Perempuan kampung yang lumpuh, tidak mampu keluar mencari ilmu. Hanya Yassin itu yang dia tahu.

Hanya surah Yassin itu hartanya. Perempuan banjar yang tak terkenang di dunia. Lumpuh, tak berguna, tersisih, tak diambil peduli. Tetapi ku tahu dia menjadi sebutan para penghuni langit.

Seingatku rumahnya hanya ada sebuah TV buruk, itupun jarang dibuka berbanding surah Yassin yang sentiasa di tangan. Apatah lagi talian internet, YouTube untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Bollywood. Jika Ustaz Kazim Elias berceramah di surau berdekatan juga dia tak mungkin mampu hadir. Dia tidak punya nikmat sepasang kaki seperti ku, yang mampu ke mana sahaja untuk mencari ilmu dunia dan akhirat. Aku mengucap syukur.

“Dia isteri yang paling baik... Isteri yang paling baik...” aku pernah dengar kata-kata ini bermain di bibir suaminya usai kematiannya. Aku senyum, orang yang memiliki lebih dari satu isteri pasti pandai membeza.

Lumrah manusia bila sudah tiada barulah dikenang. Kubuang jauh-jauh rasa benci pada lelaki ini. Terpulanglah… kuburmu, ladang akhiratmu, adalah terletak di bahumu. Kamu sendiri menghitung dan membilang, kesenangan dunia ataupun akhirat yang lebih beruntung?

Aku bermohon supaya sifat dan kemuliaan perempuan banjar itu, meresap masuk ke jiwa ku. Dia mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran.

“Jadikan lah aku manusia yang tabah seperti dia, makcikku itu Ya ALLAH...”

Sesungguhnya jauh di sudut hatiku aku tahu dia adalah antara wanita penghuni syurga.

Sesungguhnya wanita syurga yang sedikit itu, jadikanlah kami di antara penghuninya. Amin...

Al-Fatihah untuk makcik dan sepupuku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience