BAB 3

Family Completed 594

Aku bangun tidur dengan mamai, aku mencari-cari kelibat Eshanty. Aku menjenguk keluar dari rumah nenek. Kulihat Eshanty berdiri di tingkap rumahnya memanggil-manggil emaknya manja..

“Emak, emak…” panggil Eshanty.

“Kenapa Eshanty?” Aku menegur.

“Semalam emak suruh buatkan air, Eshanty tak pedulikan. Terus keluar main. Hari ini takut nak masuk rumah, takut mak marah…” jelas Eshanty.

Dia masih memanggil-manggil emaknya manja. Perempuan lumpuh itu hanya menjeling Eshanty, tak memperduli. Mulutnya menggumam membaca surah Yassin di tangan.

“Jomlah pergi kedai beli jajan. Emak Eshanty tak marah tu, nanti dia o.k lah,” aku mengajak Eshanty beredar. Suara perempuan lumpuh itu mengalun Yassin menghilang dari pendengaran. Sepanjang cuti di rumah nenek, aku banyak meluangkan masa bersama Eshanty. Kerana hanya dia sepupu perempuan yang hampir sebaya denganku. Kami rapat, bermain bersama, beraya berdua.

Indahnya kenangan berhari raya zaman kanak-kanak, kerana aku punya Eshanty. Sepupuku yang cantik, manja dan ceria. Dia mewarisi kecantikan ibunya dengan mata sepet dan kulit putih melepak.

Kami berdua rapat hingga usia kami meningkat remaja. Tiap kali pulang ke kampung, Eshanty akan bawa aku bersiar-siar keliling kampung dengan motor. Beraya di rumah kawan-kawannya, keluar membeli belah. Bila bersama Eshanty, ramai yang akan menegur. Eshanty dikenali dan disukai ramai orang, Eshanty punya ramai kawan. Tiap kali Raya menjelang, bayangan bergembira dengan Eshanty sudah bermain di mata…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience