BAB 5

Drama Completed 467

Akhirnya tiba hari perkahwinan Rashman dan Farisha . Memang meriah
sehingga Farisha tidak terdaya mahu melayan semua tetamu yang ada. Dia
ingin melepak dalam bilik sahaja.
“Eh, sayang nak ke mana tu?” Rashman menegur Farisha .
Farisha mengeluh. Sejak mereka sah menjadi suami isteri, Rashman asyik
memanggilnya sayang tidak kira depan sesiapa pun. Ish tak tahu malu
betul suamiku ini. aku yang malu tau.
“Penat! Nak rehat kat bilik sekejap!”
“Sayang tak boleh jauh dengan abang tau.” Rashman ingatkan Farisha .
Dahi Farisha berkerut.
“Eh, bukan abang ni gila kuasa dalam syarikat atau organisasi aje kan?”
soal Farisha .
“Yelah. Itu pasti. Tapi yang ini pun masuk list abang juga. Gila kuasa
dalam rumahtangga.” Rashman tersenyum. Entah mengapa dalam pandangan
Farisha senyuman itu amat menakutkan.
“Bukan ke abang tak suka saya?” soal Farisha . Dia memandang tepat ke
dasar mata Rashman walaupun mata itu menakutkan.
“Eh, kalau abang dah kahwin dengan Sha. Abang kenalah suka Sha.”
“Kena?”
“Tunggu abang malam ni. Abang nak ke pejabat sekejap dengan Ahmed dan
Amarish .” Kata Rashman sambil menghadiahkan ciuman di pipi Farisha .
Farisha benar-benar kaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience