BAB 3

Drama Completed 467

ashman memeriksa dokumen penting dalam bilik bacaanya. Dato’ Rizalman
pergi main golf bersama kawan-kawannya. Mama pula, Datin Safora sibuk di
dapur. Mungkin.
“Hai abang!” Haider masuk ke bilik abangnya itu.
“Hai...” Balas Rashman tanpa memandang wajah adiknya itu.
“Abang ni, hujung minggu pun nak duduk dalam bilik yang bosan
ni.” Haider mengomel.
“Bosan? Taklah. Abang suka bilik yang bosannya.” Wajah Rashman
masih menghadap kertas-kertas yang ada atas meja tulisnya.
“Suka? Tengok muka abang macam bosan aje.” Teka Haider . Wajah
Rashman yang serius itu membuat Haider berkata begitu.
“Tak la.”
“Tak apa la abang. Adik nak pergi tengok kak Sha la,” kata Haider
yang sudah berada di depan pintu.
“Eh, dia buat apa kat rumah kita ni?” soal Rashman . Barulah dia
memandang wajah adiknya itu.
“Ish, abang ni! Macam duduk dalam tempurung aje.” Belum sempat
Haider menyambung ayatnya, Rashman sudah berkata terlebih dahulu.
“Itu katak aje tau.”
“Okey. Okey. Hmm, kak Sha kan sepupu kita.” Jelas Haider .
“Tak tahu pun.”
“Maknanya abang tu la yang katak bawah tempurung.” Haider
mengenakan Rashman .
Rashman geram. Adiknya mempermainkan dia. Dia menaikkan sebelah keningnya.
Haider tersengih.
“Sepupu tang mana tu, adik?” soalnya lagi. Dia benar-benar ingin tahu.
“Adik ayah yang nombor tiga, isterinya punya sepupu adiknya dan mak
dia.” Kata Haider sambil melihat jarinya.
“Pening la abang.”
“Adik pun pening. Senang-senang anggap la dia sepupu kita. Itu kata
mama. Adik pergi dulu.” Haider menutup perlahan pintu bilik bacaan tersebut.
Rashman menyambung semula kerjanya yang tertangguh. Dia termenung dan
termenung lagi.
Ish, minah ni! Sengaja buat kacau. Kacau fikiran aku aje. Rashman mula
tidak senang duduk. Dia bangun dan mencari kelibat Farisha .
Farisha ternampak Rashman .
“Bos!! Bos buat apa kat sini?” soal Farisha .
“Saya yang patut tanya awak. Awak buat apa kat sini? Ini rumah saya.”
Kata Rashman dengan geramnya.
“Rumah bos ke? Cantik rumah bos.” Puji Farisha .
“Memang cantik. Awak ni rindukan saya ke sampai datang hujung minggu camni?”
“Eh, tak la!” Farisha menidakkannya. Rashman tersentak. Entah mengapa
dia rasa sakit hati apabila Farisha tidak merinduinya.
“Kalau tak rindu, tak reti-reti nak balik. Pergilah balik!” halau
Rashman . Dia benar-benar geram dengan wajah Farisha yang selamba.
“Man, yang kamu ni sedap sungguh menghalau bakal menantu mama ni
kenapa?” Muncul Datin Safora .
“Bakal menantu?” Rashman terkejut. Menantu?
“Adik dah nak kahwin ke mama?” soal Rashman macam orang bodoh.
“Ish, budah ni! Adik kamu tu baru saja habis belajar,” kata Datin Safora .
“So, mama?” Rashman menanti dengan sabar jawapan daripada mulut Datin
Safora .
“Kamu la.” Datin Safora menunjuk arah Rashman .
“Man mama? Man dengan Sha?” lagi sekali Rashman terkejut. Kalau setiap
hari terkejut macam ni. Tak lama la aku atas dunia ini.
“Biar betul mama?” Rashman masih tidak percaya. Dia hanya memandang
wajah Farisha .
“Betul! Tak kan mama nak tipu kamu pula, Man. Mama nak ke dapur
sekejap.” Kata Datin Safora .
“Mama, Sha ikut!” pinta Farisha . Dia benar-benar rasa seram sejuk dengan
pandangan Rashman yang tajam itu.
“Awak tunggu!” tegas suara Rashman .
Langkah Farisha terhenti. Datin Safora sudah lama menghilang ke dapur.

“Awak suka saya?” soal Rashman tanpa selindung lagi.
“Suka!” jawab Farisha secara spontan.
“Betul suka ni?”
“Betullah suka!”
“Tipu!” Rashman tidak mahu percaya.
“Betullah!” kata Farisha sambil melangkah ke dapur.
Rashman tidak berpuas hati.
“Tipu!” kata Rashman .
“Mama tengoklah anak mama tu. Dia tak percaya yang Sha suka dia.” Kata
Farisha pada Datin Safora .
“Mengada-ngadalah kamu ni, Man. Syukur sikit ada orang suka kamu. Kamu
tu gila Kuasa. Tak ada gadis nak ke kamu.” Datin Safora mula membebel.
Pantas Rashman meninggalkan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience