BAB 1

Drama Completed 467

“Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM
bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya
TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana
awak lakukan pada saya...saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK
dan ABAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK
kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga
seperti awak..punya hati dan perasaan.”
Yang Benar,
Calon Isteri untuk Suami Gila Kuasa
“Siapa tulis surat ni? Siapa?!” Marah Rashman . Tiada apa yang
boleh membuat dia mengamuk selain ini. Aku tak dapat terima kenyataan
ini. Aku tak kisah dia nak tulis apa. Lantaklah! Tapi yang aku kisahnya
ialah ‘Suami Gila Kuasa’. Tak dapat dimaafkan lagi. Lagi satu, bila pula
aku bergelar suami ni? Benci!
“Amarish ?” Rashman cuba meneka.
“Eh, bukan saya, bos!” Amarish menidakkan. dia menelan air liurnya.
Takut sungguh dengan tuduhan majikannya itu. Dia cukup kenal dengan
majikannya yang mudah mengamuk.
“Siapa yang letak atas meja saya kalau bukan awak? Awak aje yang
boleh masuk bilik saya.” Kata Rashman . Dia menjeling ke arah Amarish yang
kini berdiri tegak bagaikan patung. Dia menundukkan pandangannya. Tidak
sanggup rasanya untuk memandang majikannya yang sedang mengamuk itu.
Tiba-tiba muncul Ahmed . Mata Ahmed terkebil-kebil melihat raup
wajah Rashman . Dia tengah marah ke? Teka Ahmed .
“Oh, kamu yang letak atas meja saya ye?” tuduh Rashman pada
Ahmed pula.
“Bukan saya bos!” Ahmed yang tidak tahu apa-apa terkejut.
“Kalau bukan kamu berdua, siapa?!” makin tinggi suara Rashman .
Dia benar-benar marah.
“Saya nak kamu berdua cari siapa yang letak surat ni atas meja
saya.” Arah Rashman .
“Yes Bos!” jawab serentak si kembar menjawabnya. Rashman masuk kembali
ke dalam biliknya lalu menutup pintu itu dengan kuat.
Amarish dan Ahmed terkejut dengan bunyi yang kuat itu. Mereka
mengurut perlahan dadanya. Sakit jantung dibuatnya.
“Nasib badanlah jadi setiausaha bos macam ni.” Kata Amarish .
“Nak buat camner. Sejak kecil lagi kita kena follow dia.” Ahmed pula
menjawab.
Ahmed dan Amarish merupakan setiausaha Rashman dan juga pemandu untuk ke
mana sahaja majikannya mahu pergi.
“Kembar, apa yang bos korang mengamuk di pagi hari ni?” Farisha
muncul dengan tiba-tiba.
“Entah makhluk tuhan mana yang letak surat misteri atas meja
bos.” Kata Ahmed . Dia menaip sesuatu di komputer.
“Hmmm, pergilah korek. Mana tau surat tu ada rahsia terbesar
bos.” Farisha meneka.
“Banyak la rahsia.” Ahmed tidak mahu masuk campur.
“Abang, adik nak ke tandas sekejap.” Amarish terus berlalu.
Farisha menjeling ke arah Ahmed setelah Amarish menghilang. Lelaki itu
masih fokus pada kerjanya. Aku ni macam menyibuk sahaja di sini.
Tiba-tiba Rashman muncul.
“Oh, you Farisha . Masuk sekejap. I nak bincang pasal tender kita
di Putrajaya.” Arah Rashman .

“Baik bos.”
“I memang baik. You baru tau ke?” kata Rashman . Suka
membanggakan diri. “I nak ke tandas sekejap. You tunggu kat dalam.”
Rashman menghilang.
Farisha masuk ke bilik Rashman . Dia ternampak suatu kertas.
Farisha tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience