BAB 4

Drama Completed 467

Rashman betul-betul tidak berpuas hati dengan jawapan Farisha semalam.
Dia harus berjumpa dengan gadis itu lagi sekali walaupun di pejabat.
“Suruh Farisha jumpa saya sekarang!” Arah Rashman kepada Ahmed dan
Amarish yang berada di meja setiausaha itu.
“Baiklah bos!” serentak mereka menjawab.
Beberapa minit kemudian Farisha hadir.
“Bos, muntah darah ke?” tanpa mengetuk pintu bilik, Farisha berkata begitu.
“Eh, muntah darah? Siapa bagitau awak ni?” dahi Rashman sudah berkerut.
Farisha pula buat muka geram. Ini mesti kerja si kembar dua ekor tu.
Siap kau lepas ni.
“Lupakan aje. Saya nak tanya awak ni. Apasal awak boleh suka saya?” soal
Rashman .
Farisha mengeluh. Tak habis lagi ke tanya soalan yang sama. Ish bos aku
ni...kesian.
“Kena ada sebab ke?”
“Ya!” wajah Rashman serius.
“Saya suka bos sebab....” Farisha cuba memikirkan alasan terbaik untuk
diberikan pada Rashman .
“Sebab....”
“Sebab bos ni gila kuasa.” Farisha tersenyum.
“Gila! Alasan entah apa-apa entah. Tipu!” marah Rashman .
“Suka hati bos la!” kata Farisha dan terus berlalu keluar.
Ahmed dan Amarish cepat-cepat menyorok bawah meja tetapi Farisha sempat
menangkap perbuatan si kembar itu.
“Korang berdua ni teruk tau!” geram Farisha .
“Eh, pengantin baru tak elok marah-marah.” Jawab Amarish . Ahmed hanya
tersengih.
Kerana terlalu geram, Farisha hanya tinggalkan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience