BAB 2

Drama Completed 467

Rashman baru sahaja pulang dari kerja. Memang penat tapi dia gembira.
“Mek Teh, kenapa rumah ni sunyi? Mana Haider ?” soal Rashman .
“ Haider masih tak pulang.” Meh Teh tertunduk.
“Hah, kamu dah pulang Rashman . Papa ada perkara nak bincang
sikit. Mengenai syarikat.” Kata Dato’ Rizalman . Dia melabuhkan punggungnya
dia atas kerusi.
“Apa dia papa?” Rashman merentap kasar tali lehernya. Dia
pejamkan matanya seketika.
“Papa nak Haider kerja dengan kamu.” Dato’ Rizalman duduk sambil
membetulkan cermin matanya. Biasalah, dah tua-tua ni rabun sikit.
Rashman terkejut. Dengan pantas dia mencelikkan semula matanya.
“Apa papa? Haider ? Mana boleh. Syarikat tu dah dua tahun Man
usahakan. Tak boleh.” Pangkah Rashman .
“Man, papa bukan suruh kau jadikan Haider tu pengurus. Cukuplah
jawatan yang setanding dengan pendidikannya.” Dato’ Rizalman tersenyum.
Kenal sangat dengan sikap anaknya. Gila kuasa. Kuasa tu memang milik dia
pun nak berebut lagi dengan adiknya.
Sejak kecil lagi Rashman mempunyai sikap gila kuasa. Semasa di
sekolah menengah, semua aktiviti dan program akan diceburi. Yang pasti
dia akan menjadi nombor satu. Pengerusi, ketua pelajar, ketua
pengawas...kalau boleh ketua pengawas pusat sumber pun dia nak tibai
tapi tak boleh sebab pihak sekolah tak bagi. Tak pasal-pasal aku yang
kena panggil pergi sekolah. Anakku oh anakku.
“Oh, macam tu? Faham dah. Boleh-boleh.” Rashman berdiri. “Man
naik atas ya papa. Nak mandi dan solat.” Katanya meminta izin. Dato’
Rizalman hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience