BAB 6

Drama Completed 467

Badan Rashman betul-betul penat. Baju melayu masih melekat ditubuhnya.
Dia ternampak kelibat Datin Safora .
“Mama mana Sya?” soal Rashman setelah pulang dari pejabat.
“Ada tu layan tetamu. Kamu ni, hari pertama kahwin pun sibuk nak ke
pejabat ke? Macam dah tak boleh tunggu esok.” Bebel Datin Safora . “Memang
anak mama ni gila kuasa,” Datin Safora mengeluh.
“Dah memang anak mama gila kuasa.” Jawab selamba Rashman .
“Sorang gila kuasa, sorang lagi anak mama gila berlakon. Baguslah korang
berdua ni. Memeningkan kepala mama aje. Mujur adik kamu tu nak kerja
dengan kamu, kalau tak. Kerjanya berlakon aje.” Bebel Datin Safora makin
panjang lebar.
Kini, Datin Safora sudah menghilang. Kelibat Farisha pula yang kelihatan.
“Sayang...” Dari jauh Rashman memanggil Farisha .
“Abang....” tersentak dia melihat lelaki itu di situ.
“Nak ke mana tu?”
“Nak mandi dan solat maghrib.” Jawab Farisha .
“Jom!” Rashman sudah berdiri. Dia berjalan menghampiri Farisha dan
terus menyambar tangan Farisha .
Rashman tarik tangan Farisha dan menuju ke bilik pengantin mereka. Tema
hitam putih menjadi pilihan mereka.
“Jom mandi.” Ajak suaminya.
“Eh! Eh! Sabar dulu. Bukan ke kita ni kahwin paksa?” soal Farisha . Dia
menarik kembali tangannya.
“Kahwin paksa? Ada yang terpaksa ke sekarang ni?” soal Rashman pula.
Dia mendekati Farisha yang semakin ke belakang.
“Sayang terpaksa ke?” soal Rashman lagi.
Rashman merenung wajah Farisha .
Aku memang kena paksa wahai Rashman . Kata Farisha sekadar dalam hati.
Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan sebab dia bersetuju dengan
perkahwinan ini.
Farisha memang sepupu kepada Rashman tetapi ibu dan ayahnya ditindas
oleh keluarga sendiri. Abang kepada ayahnya ialah ayah Rashman . Dia
setuju dengan perkahwinan ini ialah untuk membalas dendam dan merampas
semula apa yang sepatutnya menjadi hak keluarga Farisha .
Keluarga Rashman rasa bersalah dengan kematian kedua ibu bapa Farisha
menjadi punca perkahwinan ini terjadi. Tambahan pula Farisha hanya
sebatang kara. Ibu bapa Farisha meninggal dunia dalam kemalangan jalan
raya setahun yang lain. Baginya, untuk bertindak lebih senang tetapi dia
tidak menyangka yang Dato’Rizalman mempunyai anak yang gila kuasa.
Chup! Ada ciuman di pipi Farisha .
“Abang tau abang kacak sangat tapi janganlah renung macam tu. Tak apa
kejap lagi kita layari bahtera bersama-sama.” Gurau Rashman .
“Layari bahtera?” Farisha menelan air liurnya. Dia memang tidak terfikir
sampai ke situ.
“Aduh! Aduh!” tiba-tiba Farisha mengaduh. “Sha nak berak ni. Abang pergi
mandi bilik air lain ye?” pantas Farisha mengambil tuala dan menuju
kebilik air. Dia sengaja berkata begitu supaya Rashman tidak menyukainya.
Lega selamat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience