BAB 7

Drama Completed 467

arisha baru sahaja keluar dari bilik dan dia ternampak Haider .
“Jemput makan kak Sha.” Haider mengajak Farisha . Farisha hanya tersenyum
sahaja.
“Jangan nak mengada-ngada dengan isteri abang. Adik pergi cari orang
lain.” Tiba-tiba muncul Rashman di belakang Farisha .
“Ala abang ni. Dah la gila kuasa. Dengan isteri pun nak gila sekali ke?”
kata Haider selamba. “Lagi pun adik ajak makan aje. Mama dan papa dah
tunggu tu.” Tambahnya lagi.
“Kejap lagi abang turun dengan kak Sha.” Kata Rashman dan menarik
tangan Farisha masuk ke dalam bilik semula. Gara-gara Farisha mandi
terlalu lama, dia terpaksa menggunakan bilik lain.
“Sayang sengaja nak kenakan abang kan?” soal Rashman sambil mengunci
pintu bilik.
“Sha nak makan ni?” kata Farisha . Dia tidak menjawab persoalan Rashman .
“Sebelum Sha makan, Sha nak abang makan Sha dulu ke?” persoalan kedua
yang diutarakan oleh Rashman membuat Farisha tergamam.
“Jom makan!” sengaja Farisha menarik tangan Rashman untuk keluar dari
bilik yang Natasah mula rasa rimas. Tetapi tangannya pula ditarik oleh
Rashman . Dia tergamam.
“Jangan nak tipu abang?” Persoalan Rashman untuk ketiga kalinya.
“Tipu apa?”
“Tipu yang Sha suka abang...”
“Betul la. Tak tipu.”
“Ti.................” belum sempat Rashman menyebut perkataan tipu lagi
sekali. Farisha mencium mulutnya.
“Puas hati!” soal Farisha . Rashman terdiam. “Jom makan. Lapar la!”
Farisha menarik tangan Rashman .
Rashman pula asyik tersenyum sahaja di meja makan.
“Kejap ye? Nak basuh tangan.” Farisha ke dapur.
Alamak! Kiss aku yang pertama. Dia menggosok-gosok bibirnya. Terasa lain
macam sahaja. Dia tidak suka tapi Rashman mendesak dia buat begitu.
“Lamanya sayang basuh tangan.” Rashman muncul dari belakangnya.
“Sha ambil air sembahyang sekali.” Farisha membuat lawak. Rashman
tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience