Bab 2: Pulang

Romance Completed 3328

Setelah 9 tahun mencuba untuk melarikan diri dari kenyataan bahawa ibu bapanya telah meninggalkan pasangan adik-beradik itu, Arrayah akhirnya ingin menjadi dirinya yang baharu. Kembali di tanah air yang dirinduinya, Arrayah berdiri di depan pintu sebuah rumah yang sentiasa menunggu kepulangannya. 'Tuk tuk tuk', Arrayah mengetuk pintu menggunakan buku jarinya yang jelas kelihatan tulangnya.

Pintu dibuka dan Arrayah dapat melihat seorang wanita bersama remaja berambut kerinting.

"Arrayah, akhirnya kamu kembali juga. Saya sangat merindukan kamu.", ucap Makcik Veronica sambil memeluknya dengan erat.

"Finally you're back, Rayah! Can you imagine how much I missed you.", sambung Joshua berikutan dengan bunyi tangisan yang ingin disembunyikan.

"Eh Aunty, sejak bila Shua dapat berbahasa Inggeris ni. Mesti aunty yang ajar.", ucapan Arrayah berikutan dengan ketawa yang mengejek.

"Ah, saya lapar. Boleh kita makan sekarang. Rasa-rasanya sudah makan malam dah ni.", sambung Arrayah sambil menunding jam usang di dinding.

"Tentu sahaja. Mesti Rayah rindu masakan makcik."

***

'Tuk, tuk, tuk', pintu bilik tidur Arrayah diketuk kemudian dibuka. Kelihatan makciknya berjalan menghampiri Arrayah.

Makcik Veronica masih kelihatan sama walaupun 9 tahun telah berlalu.

"Arrayah, adakah kamu baik-baik saja?", tanya makcik Veronica yang memecahkan kecanggungan antara dia dan Arrayah.

"Saya tentunya baik, makcik. Terima kasih kerana sentiasa berada di samping Josh dan saya. Apalah yang akan saya lakukan jika tiada makcik."

"Itulah tanggungjawab makcik, Rayah. Tidak perlu berterima kasih. Arwah ayahmu juga sering membantu makcik jika makcik menghadapi kesusahan."

"Mhm", jawab Arrayah ringkas setelah mendengar perkataan 'ayah'.

"Oh ya, Rayah. Perniagaan bunga itu sudah stabil. Rayah mahu mengambil alih pengurusannya?", tanya makcik Veronica mencuba untuk menukarkan topik.

"Rasanya Rayah sedia, tetapi bagi Rayah sedikit masa. Rayah ingin menenangkan diri Rayah buat beberapa hari."

"Baiklah, makcik faham. Bagaimana dengan ijazah dalam bidang kejururawatan kamu?"

"Terpulang kepada makcik. Jika makcik nak saya bekerja dengan makcik sudah tentu saya akan bekerja. Tetapi, perniagaan bunga akan ditinggalkan dan tidak diurus."

"Baiklah, makcik biarkan kamu membuat keputusan. Ingat, makcik selalu menyokong keputusan kamu.", kata makcik Veronica sambil mengatur langkah untuk keluar dari bilik Arrayah.

Setelah makcik Arrayah keluar dari biliknya, Arrayah mengambil masa untuk berfikir sambil meletakkan badannya yang kurus di atas tilam yang empuk.

Ketika sedang berfikir, dia tiba-tiba mendengar telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan telefon dengan teruja setelah melihat ID pemanggil.

"Hi Arrayah!", sahut Fiona.

"Fiona!? Mengapa kamu ada nombor telefon baru saya?"

"Hey, I'm your best friend okay. Saya selalu menelefon telefon rumah makcik Veronica untuk menanya khabar dan makcik memberitahu saya bahawa anda kembali. Setelah itu, dia memberi nombor telefon kamu."

"Wow. Awak memang kawan yang baik. Awak mesti risau akan saya apabila saya mengambil keputusan untuk meninggalkan tanah air tanpa pengetahuan kamu dan untuk itu saya minta maaf."

"Terima kasih Tuhan awak sedar. Tapi tidak mengapa kerana saya tahu kebenaran dari ibu saudara awak jadi saya tidak terkejut. Dia yang mahu awak belajar di luar negara bukan? "

"Wah, awak betul-betul faham tentang situasi saya. Itulah sebabnya saya bersyukur kerana mempunyai kamu sebagai sahabat. Sudah 9 tahun sejak kita berpisah haruskah kita bertemu?"

"Itulah yang saya fikirkan. Saya rindu awak."

"Baiklah, mari kita berjumpa di cafe yang biasa kita lepak."

***

Arrayah sedang membuat persiapan untuk berpindah kembali ke rumah keluarga Arrayah bersama adiknya.

"Makcik, adakah makcik akan bersendirian lagi di rumah besar ini? Tidakkah makcik fikir makcik harus ikut kami?", tanya Joshua dengan nada yang bersalah.

"Josh, makcik tidak akan takut. Selain itu, makcik sudah lama tinggal di sini. Oleh itu, makcik tidak akan terlalu risau. Tetapi awak ialah orang yang seharusnya risau. Siapa yang akan memasak makanan sedap buat kamu lagi?"

Dengan ini, Arrayah dan Joshua mengucapkan selamat tinggal kepada ibu saudara mereka dan berjanji akan segera kembali. Selain itu, mereka berjanji akan mengunjungi ibu saudara mereka sebulan sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience