Bab 6: Pembaharuan

Romance Completed 3328

Pintu itu berderak ketika dia membuka pintu itu.

Setelah mengusahakan kertas kerja pengubah suaian kedai selama 2 tahun di luar negara, dia berpuas hati dengan perubahan kedai 'Smile Flower' itu.

Dulunya, Smile Flower kelihatan usang. Namun begitu, Arrayah mengekalkan konsep yang bersesuaian dengan nama kedainya, iaitu konsep ceria dan terang.

'Tidak menyesal saya mengubah warna dan perabot di sini.'

"Cik Arrayah, apa yang perlu saya buat hari ini.", pekerja baru Arrayah menyampuk lamunannya.

"Ah, kamu perlu susun bunga-bunga ini ke atas rak itu dan perlu sembur bunga-bunga ini ya."

"Oh ya satu lagi. Sentiasa periksa laman sesawang kita agar kita dapat menerima pesanan penghantaran atau tempahan."

"Baik cik."

"Satu lagi. Jangan panggil saya Cik. Saya tak suka.", Arrayah tidak suka dipanggil cik kerana dia merasakan dirinya masih muda lagi.

"Baik Arrayah", jawab pekerja baru bernama Hussey dengan suaranya yang lembut.

***

"Apa jadual saya hari ini?"

"Jadual tuan hari ini ialah; pukul 9 pagi, tuan harus menghadiri mesyuarat syarikat bagi memutuskan projek baharu; pukul 11 pagi tuan harus berjumpa dengan pengurus projek bagi projek Intan; pukul 1 petang, tuan harus berjumpa dengan ibu bapa tuan untuk urusan keluarga."

"Saya rasa pukul 1 petang, saya perlu berjumpa doktor.", jawab Emillius selamba.

"Tapi tuan. Ibu bapa tuan menekankan bahawa tuan harus pergi ke perjumpaan hari ini."

"Saya ada banyak kerja yang perlu dilaksanakan", Emillius menekan.

"Baik tuan", jawab Fattah tidak berani melawan kata-kata bosnya.

"Tuan, kedai Smile Flower telah dibuka"

"Oh begitu. Hmm.", kata Emillius kurang perhatian.

"Tuan. Kalau tuan nak sembuh, lebih baik tuan berterus-terang dengannya. Mungkin dia dapat membantu tuan. Kalau tidak, penyakit tuan dapat menjadi lebih teruk."

Emillius tidak menjawab. Dia tidak mempunyai harapan baginya untuk sembuh seperti dulu.

"Saya akan fikirkan."

***

Emillius dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Dia melimpasi sebuah kedai bunga dan melihat seseorang perempuan kecil sedang mengangkat pasu-pasu bunga ke dalam kedai.

Emillius melihat perempuan itu.

Dan berhenti di tepi jalan.

Berdiri di sebelah perempuan itu.

Emillius memerhatinya tanpa disedari. Dia memiliki pinggang langsing. Satu set gigi putih malaikat yang mempesona berkilauan ketika dia melihatnya. Rambutnya yang berwarna hitam bayangan bulan malam itu. Lelaki bermata biru menarik bibir perempuan itu di bibirnya yang berbentuk hati. Bibirnya terasa strawberi manis ketika dia menciumnya.

"Hey, apa yang kamu sedang buat ini!", Arrayah menolak lelaki itu sekuat-kuatnya tetapi gagal.

"Oh, I'm sorry.", Emillius tersedar lalu menolaknya dari dakapannya yang membuat Arrayah terjatuh.

"Ouch", jerit Arrayah kesakitan.

Emillius cepat-cepat mengangkatnya ke bangku yang berdekatan lalu mengambil tisu dari poketnya.

"Say minta maaf, saya... tidak tahu apa yang membuat saya"

"Shhh", Arrayah meletakkan jari telunjuknya ke mulut Emillius.

"Awak suka saya?"

"Atau awak ialah stalker?", tanya Arrayah.

"Yes, I like you"

Arrayah tergamam sebentar dan melihat muka tampan lelaki itu.

"Do you like me?"

"Saya tidak suka awak. Saya tidak pernah akan suka lelaki macam awak."

"Kenapa? Saya ada kereta, rumah dan muka yang tampan. Apa yang kurangnya?"

"Perasaan. Awak hanya suka saya setelah berjumpa beberapa kali."

"Semua orang akan jatuh cinta, dengan mudah. Setiap orang berbeza. Ada orang yang jatuh cinta dalam 3 tahun. Ada orang, 3 bulan. Ada orang, 3 minggu. Tetapi saya mengambil masa selama 3 saat untuk jatuh cinta untuk awak.", ulas Emillius sambil menatap muka Arrayah yang lembut.

Hati Arrayah berdebar.

Arrayah cepat-cepat beredar darinya. Tetapi, dia terjatuh lagi.

"Awak belum sembuh lagi. Biar saya hantar awak pulang."

"Tak perlu. Saya akan berehat di sini sebentar."

"Oh kamu nak bersendirian di sini. Tak bahaya ka?"

"Tak."

Emillius mengangkatnya lalu membawanya ke dalam keretanya.

"Itulah degil. Kan dah kena angkat.", Emillius bercakap sambil mengangkat bulu keningnya.

Arrayah hanya membenarkannya berbuat sedemikian kerana kakinya terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience