Bab 1: Tinggal

Romance Completed 3328

Setiap manusia mengimpikan cita-cita mereka akan tercapai suatu hari nanti. Tetapi bukan Arrayah, dia tidak mempunyai matlamat hidup dan tujuan dia meneruskan hidup adalah untuk adiknya, Joshua.

***

Dari pandangan pengguna Jalan Risma, kemalangan kereta yang mengerikan berlaku. Kereta itu tiba-tiba menukar lorong lalu dilanggar oleh kereta yang laju. Seorang remaja lelaki dapat dilihat masih melintasi jalan dan berada beberapa jarak dari tempat kemalangan itu berlaku.

Kemalangan itu berlaku dalam beberapa saat dan ia memberikan banyak mimpi buruk kepada para pemerhati.

***

Arrayah dipanggil pengetua sekolah atas hal peribadi.

"Kedua ibu bapa anda terlibat dalam kemalangan pagi tadi. Saya baru dihubungi pihak polis dan hospital. Saya rasa adalah baik bagi anda untuk pergi dan melawat mereka sekarang dan saya memberi anda kebenaran. Saya harap anda akan tetap kuat walaupun menghadapi kesulitan seperti ini. "

"Hah!", jerit Arrayah seperti tidak dapat mempercayai apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Tanpa membuang masa, Arrayah masuk ke dalam kereta yang sedang menunggu di pekarangan sekolah.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Arrayah tidak berhenti menangis dan memikirkan nasib kedua ibu bapanya.

"Arrayah!", jerit Makcik Veronica apabila melihat anak saudaranya memasuki wad pesakit.

"Makcik, adakah mereka dalam keadaan baik?", tanya Arrayah teresak-esak.

"Ayah kamu sudah meninggal. Ibu kamu pula dalam keadaan koma dan mengalami pendarahan serious."

"Macam mana ini boleh berlaku",  tanya Arrayah tidak percaya.

"Takdir", ulas Makcik Veronica walaupun mengetahui kebenaran kematian kedua ibu bapa Arrayah.

"Mana Josh?"

"He's at home. He doesn't know it yet"

Tiba-tiba nadi ibu Arrayah terhenti. Makcik Veronica memanggil doktor lalu doktor segera menyediakan proses CPR.

"Sediakan CPR"

"Baik doktor."

"1, 2, 3!"

Defibrilator yang bersambung pada badan ibu Arrayah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Sekali lagi."

"1, 2, 3!"

Masih tidak menunjukkan perbezaan.

"Doktor jangan berputus asa! Tolonglah selamatkan ibu saya!", jerit Arrayah dalam keadaan putus asa sambil menggoyang tubuh doktor itu.

Makciknya hanya boleh memeluknya sambil menangis.

"1, 2, 3"

Tiada perbezaan.

"Doktor jangan berputus asa! Ibu saya kuat! Dia tidak boleh meninggalkan saya!", Arrayah berkeras sambil menangis.

Kesedihan gadis muda itu dapat dilihat dengan hanya melihat betapa sedihnya dia ketika melihat ibunya meninggal dengan cara yang menyedihkan dengan tubuhnya dibalut dan berlumuran darah. Dia tidak boleh berhenti menangis.

Tangisan terus mengalir di wajahnya dan menutupnya menggunakan tangannya. Tidak lama kemudian, tubuh lemahnya terjatuh di atas lantai kerana tidak mampu menahan keperitan yang dialami. Namun, air matanya terus mengalir.

***

"Ibu!", ujar Arrayah dalam keadaan sedih.

"Ibu kamu telah meninggalkan kamu", jawab makciknya dalam keadaan tenang.

"Sudah berapa lama saya berbaring di sini?"

"Beberapa hari"

"Pengebumian ibu bapa saya? Adakah ia telah dilakukan? "

"Ya"

"Mengapa makcik menguburkan mereka tanpa saya !? Beraninya awak! "

"Ini untuk kebaikan anda sendiri"

"Saya rasa awak membuat saya lebih teruk lagi. Adakah Josh tahu mengenainya?", ekspresi di wajah Arrayah seperti mayat hidup.

"No"

Dia terus berbaring di atas katilnya dan membiarkan air matanya mengalir ke pipinya.

'Why do you leave us?'

'How did it happen?'

'Apa yang akan berlaku kepada kehidupan Joshua dan saya?'

Fikiran melintas di fikirannya memikirkan bagaimana dia dan adiknya yang berusia 6 tahun boleh hidup tanpa kedua ibu bapanya.

'I hope you're doing well up there. I bid you guys farewell.'

'Thank you for leaving us alone.'

***

Arrayah baru pulang dari tempat pengebumian kedua arwah ibu dan bapanya. Arrayah melangkah masuk ke dalam rumah yang sunyi dan melihat seorang budak kecil yang berambut kerinting sedang menunggu kepulangannya.

"Rayah baru pulang sekarang?", tanya Joshua dalam kebingungan.

"Kenapa lama sangat? Mana Ayah? Mana Ibu? Mereka tidak balik. Pembantu rumah pun tidak cakap apa-apa.", sambung Joshua yang baru berusia 6 tahun.

"Ayah dan ibu sudah meninggalkan kita bersendirian.", jawab Arrayah sambil menahan air matanya apabila melihat adiknya menunggu kepulangan kedua ibu bapanya.

"Tinggal di mana?"

Arrayah tidak mampu menjawab pertanyaan adiknya, lantas memeluk tubuh kecil Joshua. Air mata bederai di pipinya.

"Kenapa Rayah menangis? Ayah dan ibu takkan pulangkah, Rayah?"

Senyap.

"Jawablah, Rayah!"

"Tidak."

Joshua pula menangis walaupun tidak mengetahui bahawa kedua ibu bapanya sudah meninggal dalam kemalangan yang mengerikan.

"Hanya Rayah dan Josh tinggal?", tanya Joshua yang menangis teresak-esak.

"Ya, hanya kita berdua.", jawab Arrayah sambil menangis di bahu Joshua.

Arrayah tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Joshua kebenarannya. Arrayah pun tidak mempercayainya. Dia tidak mahu hati seorang budak kecil berkecai apabila mendengar kedua ibu bapanya meninggal.

Arrayah hanya mampu menangis dan memeluk adik kesayangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience