Bab 7: Nota

Romance Completed 3328

"Terima kasih kerana mengantar saya balik."

"Sama-sama."

"Tapi, macam mana awak tahu alamat rumah saya? Awak penghendap ke?", tanya Arrayah bergurau sambil melihat lelaki segak dan kaya itu.

Lelaki itu tidak melayan pertanyaannya lalu masuk ke dalam kereta.

"Macam itu ke kamu melayan perempuan yang kamu suka?", Arrayah menjelir lidahnya kepada Emillius.

Emillius tertawa kecil melihat gelagatnya. Ceria seperti seseorang yang pernah dikenalinya. Emillius beredar setelah melihat gadis itu masuk ke dalam rumah.

***

Keesokan harinya, Emillius berada di pejabatnya seperti biasa.

"Kedua orang tua tuan mahu berjumpa tuan malam ini di rumah agam. Kata mereka, mahu berbincang mengenai syarikat."

"Kenapa perlu berbincang di rumah? Kalau hal syarikat sewajarnya dibincangkan di syarikat."

"Mereka kata ini hal peribadi syarikat dan tuan harus mengetahui perkara tersebut."

Emillius hanya berdiam diri apabila melihat kelibat setiausahanya menghilang dari pejabatnya.

***

Malam itu, Emillius pergi ke rumah agam untuk berjumpa dengan kedua or

'Tuk, tuk, tuk'.

Emillius mengetuk pintu usang rumah agam itu. Pembantu rumah membuka pintu baginya.

"Akhirnya, anak kesayangan mama pulang.", seru ibu Emillius melihat kedatangan anaknya lalu memegangnya.

Emillius tidak melayan karenah ibunya. Dia terus duduk di meja makan.

"Emillius, ada hal yang hendak dibincangkan oleh ibu dan ayah.", bapanya bersuara.

"Apa?"

"Ibu dah cari calon isteri untuk kamu Emi. Jangan menolak lagi. Umur kamu bukannya semakin muda."

"Terpulang."

"Betul ke ni? Ibu nak kamu jumpa dengan dia esok boleh? Nanti ibu berikan nombor dan alamat dia.", ibunya menjawab dengan nada yang teruja.

Emillius sudah tidak tahan dengan perangai ibunya yang mahu menjodohkannya dengan pelbagai wanita. Emillius hanya boleh bersetuju.

"Baik."

***

'Ring, ring, ring.'

Pintu kuning kedai bunga Smile Flower dibuka oleh lelaki dengan senyuman ramah yang dapat dilihat set gigi putih malaikat yang mempesona berkilauan.

"Hai, selamat datang, encik.", pekerja itu menyambutnya masuk ke dalam kedai.

"Hai. Saya nak cari bunga untuk ditanam di halaman rumah."

"Encik boleh tanam ini", pekerja itu menunding ke arah pokok bunga kertas berdekatan.

"Pokok bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Bunganya nipis kelihatan seperti kertas cukup mempesonakan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Ia boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi.", terang pekerja itu dengan penuh teliti.

'Sini rupa-rupanya si Arrayah itu bekerja. Kenapa Emillius terdesak sangat nak cari dia?', hati Adam tertanya-tanya.

Adam merupakan kawan baik Emillius. Tetapi itu pada masa lalu. Sekarang, mereka berdua tidak berada dalam keadaan baik kerana sesuatu berlaku suatu ketika dahulu.

"Encik?"

"Oh ya ya."

"Jadi encik nak yang ini ke?"

"Tak. Nak yang ini.", Adam menunding ke arah pasu.

"Oh ini", pekerja itu hairan baru tadi dia bertanya pasal bunga sekarang mahu pasunya pula?

"Encik boleh tunggu di kaunter pembayaran sementara saya membungkusnya."

Adam berjalan ke arah kaunter lalu terlihat Arrayah sedang mengatur hiasan di kedai.

"Hi young lady, do you need some help?"

"No, thank you. I'm almost done.", Arrayah menjawab tanpa melihat lelaki itu.

"RM14.90, encik.", lalu matanya memandang ke arah lelaki itu.

"Adam? Buat apa di sini?"

"Saya ingat kamu tidak kenal saya tadi."

"Oh tadi saya tengah atur hiasan kedai. Jadi buat apa di sini?"

"Membeli pasu", sambil menghulurkan wang kepada Arrayah.

"Jadi, bila nak bertemu? Awak dah janji haritu."

Hati Arrayah berdebar. Dia ingatkan hari itu Adam bergurau.

"Malam esok boleh?", kata Adam sambil memberi Arrayah nota kecil.

Sebelum Arrayah menjawab, Adam terus pergi.

Arrayah membelek nota yang dipegangnya.

'Cafe Bibioholic, jam 7 malam'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience