Bab 4: Hilang

Romance Completed 3328

"Ini...", belum sempat lelaki tersebut memberikan kembali rantai milik Arrayah, Arrayah sudah pergi menyambung perjalanannya walaupun terluka.

Dia melihat bayang-bayang Arrayah semakin hilang dari pandangannya.

***

'Adam?', desus hati Arrayah.

Arrayah sudah lama menyukainya, tetapi pada masa lalu. Mereka hanya berjumpa di sekolah sahaja. Hakikatnya, Adam seorang lelaki yang popular di sekolahnya dahulu kerana mukanya yang tampan.

"Hai Arrayah. Tidak sangka kamu akan pulang setelah 9 tahun berlalu.", tegur Adam apabila mereka terserempak di pasaraya.

"Hai. Awak? Masih ingat saya?"

"Tentulah. Saya tidak akan pernah melupakan kamu. Buat apa di sini?"

"Saya tengah membeli barang dapur. Awak?"

'Ring, ring, ring', Adam menjawab panggilan telefon.

"Maaf, saya perlu pergi sekarang ada hal mustahak. Mungkin kita boleh berjumpa lagi?", kata Adam setelah menamatkan panggilan telefon yang diterimanya tadi.

"Sudah tentu.", jawab Arrayah ringkas. Hatinya sebenarnya berdegup kencang tanpa sebab bagaikan dapat terkeluar dari badannya. Maklumlah, Arrayah tidak pernah berkomunikasi dengan lelaki. Itu merupakan kali pertama seorang lelaki mendekatinya.

Lelaki yang bernama Adam itu beredar bersama senyuman manis yang menunjukkan lesung pipitnya yang dalam.

***

"Josh, have you seen my necklace?", jerit Arrayah yang berambut basah masuk ke ruang tamu melihat Joshua menonton saluran kegemarannya.

"Yang mana, Rayah?", tanya Joshua dalam kebingungan.

"Rayah hanya ada satu. Please don't play pranks with me Josh!", jawab Arrayah dengan nada yang tegas.

"I'll never play pranks with you things sister. Plus, I'm too old to play any pranks with you again."

Arrayah menduga dia mengambil rantainya yang berharga kerana sejak mereka muda Josh selalu main-main dengannya dengan menyembunyikan barangnya.

"Let's find it together okay", sambung Josh sambil melihat kakaknya yang risau.

"Ok, saya percaya kamu"

Setelah lama mencari rantai berharga Arrayah, Arrayah tiba-tiba menangis.

"What's wrong, Rayah?", kata Joshua sambil mendekati kakaknya yang sedang bercangkung.

"Itu.... satu-satunya peninggalan arwah ayah dan ibu kepada saya"

"Don't worry Rayah. We'll find it sooner or later", pujuk Joshua sambil memeluk kakaknya.

***

"Ayah, I've found her", ucap Emillius kepada ayahnya.

"Emi pasti bahawa wanita itu ialah Hope?", balas Pakcik Andrew sambil mengusap janggut yang tebal dan lebat miliknya.

"Not so sure. Tetapi saya sudah selidik mengenainya dan dia telah pulang ke sini beberapa hari yang lepas."

"Bukti?"

"Saya telah mengupah beberapa orang bawahan untuk selidik mengenai kepulangannya. Bukan itu sahaja, saya telah jumpa ini", ulas Emillius sambil menunjukkan rantai yang terukir HOPE kepada ayahnya.

"That is..."

"Yes, this is. Inilah rantai yang saya berikan kepada ibu bapanya ketika dia berada di dalam kandungan ibunya dan tanpa mengira jantinanya, saya meminta ibu bapanya menamakannya Hope ketika dia dilahirkan di dunia ini."

"And her name is Arrayah Hope."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience