Bab 5: Perjalanan

Romance Completed 3328

Arrayah menghabiskan hujung minggu dengan mendaki gunung dalam kumpulan. Semuanya berjalan lancar. Arrayah menyediakan keperluan yang diperlukan dengan lengkap. Dia meminati aktiviti lasak sejak pemergian kedua orang tuanya. Dia menyibukkan dirinya supaya tidak memikirkan orang tuanya.

Gunung yang didakinya seperti melambangkan perjalanan dalam kehidupan. Kadang-kala kita akan menemui jalan yang curam dan sempit seperti menghadapi masalah. Kadang-kala sesetengah jalan yang dipilih lebih senang didaki seperti berada dalam kesenangan. Kehidupan ada susah dan senangnya, kita hanya perlu mempercayai diri kita agar dapat sampai ke puncak gunung.

Di tengah pendakian, tiba-tiba seorang lelaki rebah.

Arrayah bergegas ke lelaki itu. Lelaki itu kelihatan seperti berusia 25-an.

"Encik, ok? Encik mahu air glukosa? Saya ada bekalan dalam beg saya."

"Tidak. Saya perlu kamu."

"Encik, sekarang bukan masanya untuk bergurau."

"Saya perlu kamu mengubati kaki saya. Kaki saya terseliuh," kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah kakinya yang terseliuh.

Arrayah dengan pantas mengeluarkan peti pertolongan cemasnya di dalam begnya. Selepas itu, dia terus membalut kakinya.

"Terima kasih"

Arrayah lihat lelaki itu. Lelaki itu kelihatan seperti seseorang yang dia kenal. Atau adakah pemikirannya?

Mereka bertentang mata.

"Mata awak kadang-kadang memberitahu cerita dan yang lain adalah kisah", lelaki itu bercakap.

Arrayah cepat-cepat mengalih tangannya dari tangan lelaki itu. Dia tiba-tiba tersangkut pada akar pokok apabila hendak menjauhinya lalu terjatuh ke atas lelaki itu.

Para pendaki lain hanya melihat apa yang sedang berlaku. Adegan yang mereka lihat kelihatan seperti dari drama Korea.

Lelaki itu mengetatkan pinggang Arrayah ke badannya supaya dia tidak jatuh ke tanah. Arrayah mendarat pada badan lelaki itu.

"Minta maaf. Kaki kamu ok?", Arrayah berkata lalu cepat-cepat mengalihkan badannya dari lelaki itu.

"Ya. Kaki kamu ok?"

"Ya"

"Rasanya, kita perlu batalkan pendakian hari ini disebabkan ada orang yang terluka. Saya rasa adalah baik bagi kita untuk tidak meneruskan aktiviti ini demi kesihatan pendaki.", ketua kumpulan itu tiba-tiba berkata.

Arrayah hendak pulang tetapi kakinya terseliuh. Dia cuba memanggil Fiona tetapi tiada isyarat di kawasan itu.

'Ahh, kenapalah nasibku begitu malang hari ini', keluh Arrayah memandang ke langit yang kelihatan mendung.

Hujan mulai turun dan Arrayah sendirian di perhentian bas. Dia tidak dapat membayangkan betapa malangnya dia hari ini. Ketika dia hendak mendengar muzik, seorang lelaki tiba-tiba mendekatinya.

"Hai, you said you were ok but you doesn't seem to. Do you need help?"

"My name is Emillius", lelaki itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan bersama Arrayah.

"And i helped you twice"

Arrayah tidak menjawab.

"Once was just now. Dan kali kedua ialah apabila kamu diragut."

"Oh. No wonder you looked familiar."

"Baru sekarang kamu ingat? HAHAHAHA", Emillius ketawa terbahak-bahak melihat ekspresi comel Arrayah.

"Jom tumpang saya. Pemandu saya akan sampai sekejap lagi.", sambung Emillius dengan senyumannya yang boleh membuatkan gadis jatuh cinta kepadanya.

Setelah kereta Emillius sampai, Arrayah pun masuk ke dalam kereta.

'Kaya betul lelaki ini, siap ada pemandu lagi.'

"Siapa nama kamu?"

"Arrayah"

Emillius memberikan kad perniagaannya kepada Arrayah.

"This is for?", tanya Arrayah dalam kebingungan.

"Sekiranya awak memerlukan pertolongan awak boleh hubungi nombor ini bila-bila masa sahaja."

Arrayah tidak menjawab tetapi mengambil itu dan mengeluarkan pen dari beg lalu menulis sesuatu.

"Tidak. Ini nombor telefon saya. Jika awak mahu pertolongan hubungi saya di talian ini."

Arrayah memberi kad itu balik tetapi Emillius tidak menerimanya. Emillius mengeluarkan telefon lalu 'click'.

"Teknologi kan ada"

***

'Di mana saya ni?'

Arrayah bangun dari tidurnya di bilik yang tidak dikenali.

"Josh!", Arrayah memanggil nama tersebut.

Joshua bergegas ke dalam bilik di mana Arrayah sedang tidur.

"Ya"

"Di mana kita?"

"Di rumah abang Emi"

Arrayah menggaru kepalanya. Baru dia teringat dia tertidur di dalam kereta sepanjang perjalanan.

"Saya telefon Rayah tapi Rayah tak jawab, abang Emi yang jawab. Jadi dia bawa saya ke sini. Rayah kelihatan letih dan tercedera. Jadi, Josh tak sampai hati nak bangunkan Rayah"

Arrayah melihat kakinya yang sudah berbalut dan luka kecil di tangannya sudah dirawat.

"Mari kita pergi", kata Arrayah sambil mengambil begnya.

Joshua hanya menuruti kata Arrayah.

Tibanya di pintu pagar utama Arrayah terserempak pula dengan Emillius.

"Kenapa tergesa-gesa nak pergi ni? Katil tak selesa?"

"Saya ada hal yang perlu dibuat. Jadi saya perlu pergi sekarang. Terima kasih kerana merawat saya"

"Bukan saya yang merawat kamu. Adik kamu."

"Oh....", Arrayah tergamam sebentar.

"Pakcik Mike, boleh tolong hantar mereka pulang."

Pakcik Mike merupakan pemandu peribadi Emillius.

"Baik tuan"

***

"Makcik, saya sudah bersedia untuk mengambil alih perniagaan kedua arwah ibu bapa saya."

"Betul ni? Dah fikir masak-masak?"

"Dah. Saya pun mengambil jurusan perniagaan sebagai ekstra. Jadi rasanya saya tahu serba sedikit dalam dunia perniagaan ini."

"Baiklah, makcik setuju. Jika ada masalah, minta pertolongan daripada makcik, jangan berdiam diri sahaja."

"Baik makcik"

Perbualan dalam telefon didengari Joshua dari luar. Joshua memasuki bilik kakaknya tanpa mengetuk pintu apabila mendengar perbualan kakak dan ibu saudaranya tamat.

"Kakak"

"Ya, Josh. Kenapa panggil kakak? Bukan biasanya panggil Rayah saja ka?"

"Oh itu. Ah Rayah. Saya dengar Rayah nak buka balik perniagaan ibu dan ayah. Boleh Josh tolong?", kata Joshua dengan nada yang comel.

"Boleh saja. Josh hanya perlu belajar rajin-rajin. Sekolah pun dah nak mula.", sambung Arrayah dengan senyuman yang mengejek.

"Seminggu lagi sekolah dah nak mula. Tapi Josh nak tolong Rayah setiap minggu."

"Ok. Tapi dengan satu syarat. Belajar rajin-rajin."

"OK", jawab Joshua bertenaga.

"Josh, saya ada hadiah untuk kamu", Arrayah berkata sambil mengeluarkan sebuah kotak dari almarinya.

"This is for you", Arrayah menghulurkan kotak yang berbalut itu kepada Joshua.

"Apa ini, Rayah?"

"Ini ialah hadiah buat kamu. Gambar kita sekeluarga dan kasut idamanmu."

"Wah terima kasih, Rayah!", kata Joshua sambil memeluk kakaknya.

Arrayah mengusap rambut kerinting milik adiknya.

"Kenapa awak panggil dia Abang Emi? Jijik betul Rayah dengar.", Arrayah tiba-tiba bersuara.

"Dia yang suruh Rayah. Bukannya saya beria-ria nak panggil dia abang."

"Oh ya makanan yang dia hidangkan sedap. Dia kata dia masak sendiri. Kalau Rayah peegi situ lagi, bawa saya ok?"

Arrayah hanya menggulingkan bebola matanya.

'Makanan, makanan, makanan.'

***

Seperti biasa, Arrayah bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk dia dan adiknya. Namun begitu, hari ini akan menjadi hari istimewa baginya kerana dia akan membuka kembali perniagaan keluarganya.

"Good luck, Rayah!", seru Joshua dengan riang.

"Thank you!", jawab Arrayah sambil tersenyum manis.

Joshua mempercayai adiknya dalam menguruskan perniagaan kerana Arrayah ialah orang yang tekun dan rajin. Dia akan melakukan yang terbaik dalam apa sahaja yang disertainya.

Joshua tidak boleh mengikut Arrayah ke kedai bunga kerana dia harus hadir ke sekolah.

"Basikal Josh ok? Boleh digunakan lagi?", tanya Arrayah risau kerana dia tidak mempunyai lesen pemandu, Joshua terpaksa pergi sekolah menggunakan basikal.

"Hari ni Josh guna monorel. Rayah tidak perlu risau. Kad saya masih ada baki."

"Ok Josh. Hati-hati dalam perjalanan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience