Bab 3: Hidup

Romance Completed 3328

'Ring, ring'. Loceng pintu berbunyi ketika Arrayah membuka pintu lalu mengatur langkah untuk masuk ke dalam sebuah kafe menuju ke arah seorang wanita yang melambai-lambai ke arahnya. Arrayah menggunakan baju berwarna kuning dan seluar ketat berkulit hitam. Walaupun dia mengenakan pakaian sederhana, dia tetap kelihatan cantik seperti biasa dengan ciri wajahnya yang unik.

"Hai, Rayah. Kita baru berusia 13 tahun ketika berpisah.", kata Fiona, rakannya sejak kecil lagi.

"Pagi, Fiona. Gembira kita dapat bertemu kembali."

"Saya sudah lama menunggu awak dan penampilan fizikal awak banyak berubah."

Arrayah hanya tersenyum.

Di sebalik senyuman manis itu, tersimpan kisah pahit dalam hidup Arrayah.

"Kenapa awak diam saja?", kata Fiona dengan cemas menunggu balasan rakan baiknya.

"Saya telah pindah balik ke rumah keluarga saya dan awak boleh kunjung bila-bila masa."

"Okay", jawab Fiona dengan selamba.

"Jadi bagaimana keadaan awak di sini?"

"Bagus. Saya baru diterima dalam sebuah syarikat besar. Macam mana dengan kamu? Adakah semuanya baik?"

"Yeah. Saya tengah memikirkan tentang perniagaan dan pekerjaan berkaitan dengan jurusan kejururawatan."

"You should do what you like. Cita-cita atau kemahuan seperti beliung yang tajam, dapat membuat jalan melalui hutan rimba."

"Baiklah sahabatku yang tersayang", balas Arrayah sambil mencubit pipi Fiona.

"Oh ya satu lagi. Bukankah kamu mengambil jurusan kedoktoran sebelum ini? Kenapa tiba-tiba tukar fikiran?"

"Itu pelan ibu saudara saya, jadi saya ikut saja. Alangkah terkejutnya dia melihat keputusan peperiksaan saya. Itulah sebabnya dia mengubah jurusan saya menjadi jururawat dan nasib baik saya berjaya mendapat gred yang baik. ", jawab Arrayah dengan muka yang tidak bersalah.

"Kenapa awak ikut cakap ibu saudara kamu? Kamu haruslah merealisasikan cita-cita kamu."

"Saya rasa walaupun cita-cita saya dapat direalisasikan, ibu bapa saya tidak berada di samping saya untuk menyambutnya."

"Hey jangan berfikiran begitu. Kamu ada Josh, makcik Vero dan saya. Kami akan menyambutnya. Saya yakin kedua ibu bapamu bangga di syurga kerana melihat anaknya membesar dengan kesihatan yang baik."

Janganlah takut bahawa hidup anda akan berakhir tetapi takutlah hidup anda tidak pernah dimulakan.

***

Arrayah berjalan ke arah basikalnya dengan langkah yang lemah. Dia bersyukur kerana dia masih hidup hingga hari ini. Setelah berbual bersama Fiona, hati Arrayah menjadi ringan. Arrayah mengeluarkan fon telinga lalu memakainya kemudian berbasikal ke rumahnya dengan perlahan sambil menikmati angin sepoi-sepoi.

Tiba-tiba, beg milik Arrayah ditarik oleh seseorang. Dia tidak dapat menahan diri tetapi dia jatuh. Peragut itu telah mengambil begnya sehingga tidak ada gunanya mengejarnya. Seorang lelaki tiba-tiba berlari melewatinya untuk menangkap peragut itu.

Lelaki itu berpakaian segak dan kelihatan kaya. Arrayah tidak percaya bahawa ada seseorang yang prihatin terhadap orang yang tidak dikenali.

"Terima kasih." ucap Arrayah lalu mengambil balik beg.

"Ha begitu saja? Tidak mengapa saya....", sebelum menghabiskan ayatnya, dia terjumpa seutas rantai di jalan. 'HOPE' terukir di atas loket rantai tersebut.

"Saya pernah melihat ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience