BAB 4

Romance Completed 1270

Galeri lukisan milik teman Fatih, terletak di Geneva Old Town. Galeri itu besar dan luas, menjadi tumpuan ramai pelancong. Fatih telah menyiapkan banyak koleksi lukisan bertema Asia Tenggara berserta portfolio. Dia berharap koleksinya kali ini akan membawa kejayaan yang lebih besar. Ada pelabur yang tertarik pada hasil karya Fatih yang tebal warna Asia dan Melayunya lalu ingin membiayai pameran yang lebih besar di New York. Itu harapan Fatih untuk mengembangkan sayapnya lebih jauh di bumi Amerika.

Fatih pernah menceritakan padaku dia terlalu ingin pulang ke pangkuan bonda. Pun sebelum niat itu terkabul, bondanya telah pergi mengadap Ilahi lebih dahulu. Meskipun sekali sekala dia rasa sedih, tetapi dia tidak pernah menyesal sedikitpun.

“Ini jalan hidup yang saya pilih. Saya akan jalaninya dengan sebaik mungkin, sebelum ajal saya tiba.”

Dia melarikan diri dari rumah ketika berusia awal 20an, kemudian merantau di sini kerana merajuk. Rajuk yang mungkin tidak akan terpujuk lagi. Awal remaja jiwa Fatih penuh dengan pemberontakan, kerana merasa kurangnya kasih sayang bonda. Dia merasakan kasih sayang itu telah pecah berantakan dek pilih kasih antara adik beradik yang lain. Dia keciciran dalam pelajaran. Dia dikatakan bodoh dan tolol kerana menyimpan cita-cita ingin jadi seorang pelukis.

Fatih menarik kain penutup lukisan perlahan-lahan. Mataku tidak lepas dari memandang ke arah lukisan yang masih menjadi rahsia. Mataku terbelalak luas ke arah lukisan yang terpamer dengan penuh kesenian. Wajah yang terpamer di lukisan itu seakan-akan hidup, mata yang sedang menatap dengan pandangan lembut, melimpah dengan kasih sayang. Lama aku terdiam, kaku dan hilang suara.

Aku masih terkejut melihat batang tubuhku berdiri seperti hidup di atas kanvas lukisan itu. Tiba-tiba menyeruap rasa marah dalam dada. Lukisan itu terasa mengaibkan. Fatih tersenyum menanti hamburan pujian dariku, sebaliknya aku dengan wajah merah lantaran malu, sepantas kilat memaling badan menuju ke pintu.

“Fateha !” panggil Fatih kaget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience