BAB 1

Romance Completed 1270

Dia ingat aku bodoh? Bukannya aku tak tahu dia berbohong tentang usianya. Kala dia tersenyum tiada garis kedutan langsung. Entah mengapa dia berbohong tentang usianya itu, aku ingin tahu. Namun kemudian aku rasa usia tidak lagi penting.

Apa yang lebih penting kini kami mulai berkawan. Aku kembali tidak sabar menunggu bermulanya hari-hari baru dalam hidupku seperti saat pertama kali aku jatuh cinta.

Kini duduk-duduk di pinggir Tasik Geneva, menikmati aiskrim gelato dari sebuah gerai di situ sudah menjadi rutin setiap petang. Aku cemburu pada itik dan angsa yang berenang bebas di dalam tasik. Sebagai manusia aku terbelenggu oleh satu perkataan yang bernama kesetiaan.

Aku mahu jadi wanita setia, meskipun suamiku jauh. Angin sejuk di awal musim bunga membelai pipiku dengan lembut menambah dinginnya tubuh. Musim berganti lagi. Manusia jua masih belum berubah dan menyedari bahawa perjalanan hidup mereka kian tiba di garis penamat.

“Fateha, saya ada kat depan awak pun awak masih lagi berkhayal.”

“Awak membosankan saya Fatih,” balasku sengaja mengusik.

“Ooo, saya membosankan? Jom kita pergi dari sini!”

Fatih membayar harga aiskrim gelato yang sudah tinggal sisa. Aku mengekori Fatih yang berjalan laju meninggalkanku di belakangnya. Sempat aku memerhati tubuh Fatih yang nampak besar dalam balutan jaket tebal. Rambut Fatih lurus, liar dimain angin lewat. Sesekali dia memakai topi atau french beret. Aku pernah katakan padanya, dia lebih tampan tanpa topi.

Sejak itu dia tidak lagi memakai topi apabila kami mengatur pertemuan. Ah! Gilakah aku? Gila kerana berkawan dengan seorang lelaki yang umurnya jauh dari lebih muda dariku. Aku berbohong jua tentang umurku yang hampir meniti angka empat puluh. Semasa pertemuan kedua atau ketiga, dia bertanya tentang usiaku. Sambil menggigit bibir, aku kemudian memberitahu Fatih umurku tiga puluh dua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience