BAB 5

Romance Completed 1270

Aku terus berjalan menuruni tangga dengan langkah yang besar dan laju walaupun aku mulai merasa kakiku sakit. Akhirnya aku terpelecot jatuh di tepi anak tangga lantai paling bawah berdekatan dengan pintu.

Fatih yang mengejarku dari belakang terus meluru ke arahku.

“Fateha !” serunya dengan cemas.

Aku yang sudah pun terduduk di lantai berusaha untuk bangun. Ketika dia menghulur tangan untuk membantu, aku malah menepisnya dengan kasar. Aku berpaut pada selusur tangga untuk berdiri.

“Beraninya awak Fatih ! Awak betul-betul dah jadi macam mereka. Kita orang Melayu, Islam, Fatih ! Awak dah lupa?”

“Fateha ! Saya minta maaf.”

“Siapa izinkan awak Fatih ? Siapa izinkan awak lukis saya dalam keadaan macam tu? Apa yang awak bayangkan selama ni adalah satu kegilaan dan satu dosa. Kegilaan apa ni Fatih ?”

“Fateha ! Saya minta maaf, ok?”

“Saya rasa aib sangat. Awak ingat saya apa?”

“Saya tak pernah sekali pun memandang rendah pada awak Fateha ! Tak ada niat langsung. Awak berada di sini, di jantung hati saya dan selalu berada dalam fikiran saya.”

“Imaginasi awak kotor, Fatih. Awak dah terikut-ikut dengan cara hidup orang-orang kafir tu.” Aku tidak dapat membendung marah.

“Ya, mungkin betul kata awak Fateha. Saya terikut-ikut dengan mereka. Tapi perasaan saya pada awak adalah benar Fateha. Saya sayang, saya cintakan awak.”

Aku tidak menghiraukan ucapannya yang lirih itu. Bukan itu yang aku mahu dengar. Dengan suara yang menggeletar aku berkata kepada Fatih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience