BAB 3

Romance Completed 1270

“Jom ke rumah saya. Saya nak tunjukkan awak satu lukisan. Awak pasti teruja. Saya yakin awak akan gembira melihatnya nanti. Saya berani potong rambut!”

Dia ketawa sambil mengusap rambutnya yang bebas di atas bahu.

Aku turut ketawa.

“Tak percaya pada saya? Saya takkan pernah apa-apakan awak Fateha !”

Dia mengangkat keningnya yang lebat.

Matanya memanah tepat ke dalam mataku. Bukan sedikit jantungku berdegup. Mengapa jantungku begitu hebat getarannya? Hati berbisik spontan. Fateha ! Kau wajib setia pada suamimu walaupun dia jauh.

“Okey, sekejap saja.”

Fatih melangkah gerbang pintu yang tinggi tetapi sempit, memanjat tangga dengan gagah hingga terdengar bunyi derap kasutnya. Aku mengekori dari belakang berteman rasa gelisah yang luar biasa. Debaran dada kian memuncak, rasa ingin tahu yang mengocak.

Fatih menghidupkan semua lampu hingga suasana jadi terang benderang. Ruang tamu sederhana luas itu, dipenuhi dengan pelbagai barang. Barang kesayangannya, timbunan lukisan-lukisan yang sudah siap dibingkai dan diikat kemas terletak di satu sudut.

Sudut lain sofa panjang berwarna coklat yang kian pudar kelihatan dipenuhi baju dan jaket. Bantal dan selimut juga. Tidak kemas langsung. Aku tahu dia sibuk untuk pameran lukisan tidak lama lagi.

“Bila pameran tu?”

“Lusa.”

Dia bergerak ke arah stand lukisan, masih terdapat kanvas di situ. Oh Tuhan! Itu hasil lukisan yang disembunyikannya sebelum ini. Dia enggan membenarkan aku melihat hasil karyanya yang terakhir sebelum dia membawa semua hasil kerjanya ke galeri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience