3

Drama Completed 2461

memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah umiku sayang

aku sayang umi
umiku sayang umi
sayang sayang umi
umiku sayang

Lagu yang pernah Adik nyanyikan untuk aku. Tiba-tiba nak nyanyi lagu ni. Bagi hilang rasa rindu.

Selalu juga aku pasang lagu ni. Dari pagi sampai ke petang. Kadang-kadang sampai tertidur. Maklumlah sekarang ni aku duduk sorang. Tak ada kerja nak buat sangat. Habis aku buat kerja rumah semua, aku tidur.

Entah kenapa aku rasa letih sangat sejak kebelakangan ni. Selalunya tak ada lah letih sangat bila buat kerja rumah.

Aku terbaring atas sofa. Alang-alang TV terpasang, layankan aje cerita yang ada. Syok juga petang-petang layan telenovela.

Entah macam mana aku boleh tertidur. Celik-celik mata dah pukul 6:15 petang. Adoi, Asar belum lagi! Dengan kuasa turbo aku naik ke bilik. Nak solat Asar.

"Kentang bakar atas papan! "Kus semangat! Terkejut aku bila nampak laki aku baru keluar bilik air. Dia pun terkejut.

"Hish abang ni, terkejut sayang. " Marahku sambil mengurut dada. Nasib tak jatuh jantung aku. Kalau tak dah gol dah agaknya!

"Awak pun satu, masuk bilik bukan nak ketuk dulu ke apa, main terjah je. " Kita pula kena marah.

"Emm... dah lah. Tepi sikit, sayang nak ambil wudhuk. Nak solat Asar." Aku meminta lalu. Ridzuan berganjak sikit.

"Jom solat sama-sama. Abang pun belum solat Asar lagi. Cepat sikit. "

Alhamdulillah. Sempat aku solat Asar dengan suami aku. Habis solat, kami mengaji sekejap. Alang-alang tu tunggu azan Maghrib.

Usai mengaji, aku naik ke katil. Rasa penat pula badan. Aku berbaring atas katil. Suamiku duduk di sofa bersebelahan dengan katil kami.

"Sayang kenapa? Nampak penat je. " Ridzuan bertanya. Bimbang rupanya. "Tak ada apa. Cuma penat sikit." Jawabku.

"Nak abang picit badan tu tak? " Offer suamiku. Aku menolak. Kemudian Ridzuan duduk ditepiku. Dia suruh aku duduk. Aku turutkan saja. Kemudian dia suruh aku pusingkan badan, membelakangkannya. Aku ikut. Sekali dia urut daa..

Patutlah rasa nikmat semacam belakang aku. Patutnya aku yang urut dia. Sebab dia baru balik kerja. Mestilah penat. Tapi ni terbalik. Aku yang duduk rumah yang dapat khidmat urut.

"Abang ni, patutnya sayang yang urut abang. Bukan abang yang urut sayang. "

"Tak apa lah. Bukan salah pun. "

"Emm.. abang. Nanti abang nak pergi suraukan? Sayang tak pergi tau. Penat lah. "Aku memberitahu suamiku.

"Kalau macam tu, kita solat jemaah dekat rumah je lah. " jawab suamiku.

Aku mengangguk. Boleh lah tu! Asal dapat solat berjemaah.

Esoknya hari cuti. Cuti sekolah. Aku dan Ridzuan pergi mengambil Along dan Angah di asrama. Kemudian mengambil Adik di sekolah tahfiz.

Sewaktu mengambil Adik, dia kelihatan letih. Macam tak sihat. Ustaz di situ kata Adik demam. Kami baru ingat mahu bawa Adik ke klinik, tapi ustaz memberitahu yang Adik sudah dibawa ke klinik. Ustaz ada memberi plastik ubat kepada aku.

Sampai saja di rumah, Ridzuan mendukung Adik naik ke bilik. Bagi Adik berehat.

"Sayang pun pergilah naik atas, rehat. Sayang mesti penatkan. "Ridzuan memegang bahuku. Aku mengangguk. Memang aku rasa penat sangat.

"Abi, kenapa umi nampak macam penat semacam je. Bukan umi yang bawa kereta tadi. " Along bertanya. Angah juga kelihatan ingin tahu.

Ridzuan memandang. Dia berfikir sejenak. Mahu bagitahu hal yang sebenar atau tunggu sampai aku yang bagitahu.

"Biasalah, orang perempuan adalah sakit sendiri. Kan angah, kan? " Ridzuan memandang Angah. Mula-mula, angah kurang faham. Dua saat lepas tu merah jugalah muka dia. Angah mengangguk. Ridzuan tersenyum, Along muka pelik. Tak faham lah tuu...

Malam tu, kami sekeluarga makan malam bersama-sama. Macam-macam lauk aku masak. Ada lauk kegemaran Along, lauk kesukaan Angah. Adik dia bedal je semua. Aku pun tak tahu apa makanan kesukaan dia.

"Adik, Adik nak tak kalau ada baby? " Ridzuan bertanya. Kami sudah selesai makan malam. Sekarang kami duduk di ruang tamu, layan movie sama-sama.

"Nak! "Jawab Adik dengan riang. Along dan Angah memandang aku. Aku tersenyum.

"Umi mengandung ke?! " Tanya mereka serentak. Adik memandang aku. Dia kecil lagi, sudah tentu dia tak faham.

Tapi dia pula yang jerit gembira. "Yeay! Adik nak dapat baby baru! " Terlompat dia.

"Berapa bulan dah umi? "Soal Along.

"Dah dua bulan. "Jawab suamiku.

"Ya Allah. Tak sabar nak dapat baby baru! Nanti Adik tak boleh nak manja-manja lagi dengan umi." Angah menyakat Adik. Adik mencebik. Dia memeluk aku. Kemudian dia memandang Angah, dia menjelir lidah.

Lama juga dia memeluk aku. Aku tak kisah pun. Tapi tiba-tiba yang lain peluk aku, ni yang buat aku lemas. Berpeluh juga lah dekat situ. Tersepit dalam kesempitan.

Kemudian aku terasa perutku di usap. Aku memandang ke bawah. Rupa-rupanya Adik yang mengusap perutku.

"Baby, duduk dalam perut umi elok-elok tau." Kemudian Adik mengucup perutku. Tersenyum aku tanpa sedar. Mata aku sudah bertakung dengan air mata.

Baru nak mengalir, suamiku sudah mengelap. Baru ingat nak buat drama air mata! Aku tersenyum. Senyum gembira. Gembira melihat keluarga aku bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience