7

Drama Completed 2461

Sekali lagi, air mata aku mengalir. Mulutku ditekup. Suamiku menenangkan aku.

Suamiku sendiri mengatakan yang doktor telah mengesahkan Adik menghidap penyakit leukemia.

Aku sudah berkira-kira mahu bangun dari katil untuk pergi melihat Adik. Namun dihalang oleh Ridzuan. Aku berkeras, akhirnya dia akur dan dia memapahku ke bilik Adik.

Aku melangkah masuk ke bilik yang menempatkan katil Adik. Aku melihat Adik terlantar di katil. Kepalanya berbalut.

Aku duduk di birai katil. Tangan Adikku genggam erat. Berjurai air mataku jatuh. Ridzuan setia berdiri di sebelah. Bahuku diusap lembut.

Ya Allah, berat rasanya dugaan yang kau berikan kepada hamba Mu ini.

"Abang, boleh tak kalau malam ni saya nak teman Adik dekat sini? " pintaku dalam esakan. Ridzuan pada mulanya tidak mengizinkan, akhirnya akur bila aku terus memujuk.

"Adik, bila Adik nak bangun. Umi, abi dengan baby datang tengok Adik ni." Ujarku sambil mengelap lengan Adik. Ada getaran pada suaraku.

Masuk hari ni sudah seminggu Adik tidak sedarkan diri. Siang dan malam aku berdoa agar Adik cepat sedar dari koma.

Doktor memberitahu, akibat kemalangan itu menyebabkan berlaku gegaran yang kuat di kepala Adik.

Dalam solat, aku sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada aku dan sembuhkan Adik. Aku juga selalu mengalunkan surah Yassin.

Adik pernah beritahu, dalam banyak-banyak surah dalam Al-Quran, dia paling suka membaca surah Yassin. Adik kata, bila dia hafaz surah itu, dia rasa tenang.

Aku juga ada mengalunkan surah yang lain seperti surah Maryam, surah al-Luqman untuk anak dalam kandunganku ini.

Sekarang, sudah hampir sebulan aku berkampung di hospital. Adik masih tidak sedarkan diri. Dan aku tak berhenti berdoa.

Aku juga sudah kenal dengan jururawat di hospital tu. Maklumlah hospital tu dah macam rumah kedua rasanya.

Suamiku pula mengambil cuti seminggu. Jadi, untuk minggu ni dia jadi peneman aku. Tak adalah aku meroyan sangat.

Azan Subuh dari masjid berdekatan mengejutkanku dari tidur. Penglihatanku masih kabur dann belakang badanku berasa sengal sebab tidur di birai katil Adik.

Semalam aku membaca surah Yassin dan entah bila aku boleh tertidur.

Sebaik saja penglihatanku sudah terang, aku nampak Adik sudah sedar. Aku menjerit memanggil Ridzuan.

Terkejut jugalah Ridzuan. Dia segera datang ke arahku. Bila dia nampak Adik tersenyum, dia segera keluar bilik untuk memanggil jururawat yang bertugas. Dan nasib baik, doktor yang merawat Adik ada sewaktu Ridzuan memanggil jururawat.

Syukur Alhamdulillah. Adik dah sedar!

Pagi itu, Ridzuan pergi ke asrama Along dan Angah. Memandangkan hari ini hari cuti, jadi mereka boleh keluar. Adik pula aku yang jaga. Dia nampak pucat dan agak cengkung badannya.

"Assalamualaikum. Umi, Adik! " Along dan Angah memberi salam lalu meluru masuk dan memeluk Adik. Adik dah tersenyum gembira.

Dalam sekelip mata, Adik kembali ceria seperti dulu. Dia gelak ketawa bersama abang dan kakaknya. Aku juga tersenyum tanpa sedar.

Seronok aku melihat keakraban anak-anak aku. Tapi, macam mana, kalau ditakdirkan Adik pergi dulu? Tak dapat aku bayangkan kalau Adik dan tak ada. Aku sendiri tak tahu kalau aku sendiri boleh terimanya atau tak.

Lamunan aku terhenti bila tanganku dipegang oleh Ridzuan. Dia tersenyum, begitu juga aku.

"Umi, abi.. jom kita ambil gambar." Along memanggil kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience