10

Drama Completed 2461

"Ridzuan, aku minta maaf. Aku tak boleh nak selamatkan anak kau. Allah lebih sayangkan dia. Aku harap kau bersabar." Ujar Malik sambil menepuk bahu Ridzuan.

Hampir setengah tahun aku murung. Tanggungjawab aku untuk baby baru pun aku abaikan.

Penat suamiku dan anak-anakku menasihatkan aku. Keluarga aku dan keluarga mertua juga bantu untuk kurangkan kemurungan aku.

Aku selalu menangis di bilik Adik. Kadang-kadang aku menguncikan diri dalam bilik Adik.

Tapi sekarang aku dah mampu terima takdir Allah. Mungkin betul apa yang dikata, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Allah telah mengambil Adik dari hidupku, tapi Dia datangkan Ahmad Danial Fayyad. Aku mengambil nama itu sempena nama Adik, Ahmad Danial. Cuma aku tambah nama Fayyad dibelakang.

Alhamdulillah. Wajah Fayyad ada irasnya dengan wajah Adik. Perangainya juga sama. Cuma Fayyad Agak pendiam.

Waktu kian berlalu. Sekarang Fayyad telah pun menyambung pengajiannya ke Mesir. Minatnya juga sama macam Adik. Mereka cukup minat dalam bidang agama.

Aku sekarang dah tua. Ridzuan juga dah pencen. Along dan Angah masing-masing dah selamat dirikan rumahtangga.

"Assalamualaikum,Adik. Umi datang lawat Adik. Sorry, umi dah lama tak datang. Umi selalu tak sihat. Mungkin sebab rindukan Adik. Fayyad pun datang. Tapi dia dekat kereta. Umi kata umi nak dating dengan Adik." Aku berbicara sambil tanganku ligat mengutip daun-daun kering di pusara Adik. Lepas baca Surah Yassin aku menyuruh Fayyad tunggu di kereta.

Aku memang akan bercakap. Seolah-olah aku rasa macam Adik ada depan mata dan dengar semua aku membebel.

"Adik, umi dah nak balik. Assalamualaikum. " Aku sempat mengelap air mata sebelum bangun meninggalkan pusara itu. tapi aku rasa macam Adik melihat aku. Aku berpaling.

"Adik, tunggu kami ya. "Aku tersenyum dan terus ke kereta Fayyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience