4

Drama Completed 2461

Cuti sekolah sudah habis. Aku dan Ridzuan sudah menghantar anak-anak aku ke asrama dan sekolah tahfiz. Sekarang tinggal aku dengan Ridzuan saja di rumah.

Kadang kala aku bosan bila duduk sorang di rumah. Kalau hari minggu, Ridzuan ada duduk di rumah, tapi kalau hari kerja, aku keseorangan.

Aku teringat sewaktu aku menghantar Adik pulang ke sekolah tahfiz.

Waktu tu dia memeluk aku dengan erat. Kemudian dia berkata, "Baby, Adik masuk sekolah dulu tau. Baby jaga umi tau. Nanti Adik datang tengok baby tau. Baby, Adik nak bagitahu. Adik sayang baby tau. Nanti kalau baby dah keluar, dah besar macam Adik, baby masuk sekolah tahfiz ni tau. Sebab ustaz Adik cakap, kalau kita pandai baca Al-Quran, nanti kita boleh tolong umi dengan abi masuk syurga. Nanti kita boleh sama-sama duduk dekat syurga. Nanti kita boleh main game sama-sama. Okeylah baby, Adik masuk sekolah dulu. Bye. Assalamualaikum. "

Panjang juga Adik bercakap. Harap baby dalam perut aku ni dengarlah walaupun baby aku baru masuk bulan. Aku tersenyum.

Tapi entah kenapa aku rasa tidak sedap hati bila Adik cakap macam tu. Rasa macam lain macam. Bila aki bagitahu Ridzuan, dia kata tak ada apa. Entah, mungkin bila aku pregnant ni, aku suka fikir yang bukan-bukan. Jadi aku biarkan saja.

Pejam celik, pejam celik, sekarang kandunganku sudah masuk enam bulan. Susah juga bila kandungan dah mula membesar. Rasa sakit-sakit badan pun selalu juga. Nasib baik ada encik suami tolong urutkan malam-malam.

"Abang, nak tak esok kita pergi lawat Adik? Sayang rindulah nak jumpa dia. " Pintaku.

"Kenapa pula nak jumpa Adik ni. Esokkan hari Khamis. Hari Sabtu nanti kan boleh jumpa."
Ridzuan terus mengurut belakang badanku.

"Ala bang, jomlah jumpa Adik. Sayang dan rindu sangat dah ni. Sampai termimpi-mimpi tau. " Aku memujuk dengan membuat muka comel.

Ridzuan mengeluh pada mulanya, tapi akhirnya dia mengangguk. Aku dah tersenyum macam kerang busuk. Sebagai reward, one kiss on the chick. Ridzuan dah tersenyum. Suka lah tu..

Esoknya, seperti yang dijanjikan. Aku dan Ridzuan ke sekolah tahfiz Adik. Aku menunggu Adik di bilik menunggu. Sebaik saja Adik masuk ke bilik itu, dia memanggil aku, "Umi! " Dia menerpa ke arahkan. Satu pelukan yang dapat menenangkanku.

"Assalamualaikum umi, abi. Assalamualaikum baby. " Adik memberi salam kepada aku dan Ridzuan. Untuk baby, dia mengusap perutku. Aku tersenyum. Kami berdua menjawab salam.

"Ada apa umi dengan abi datang sini? Bukan selalunya datang hari Sabtu atau Ahad? "Soalnya.

"Aik, takkan nak tengok Adik pun tak boleh? Hmm.. ye lah. orang tu sekarang dah seronok ada kawan ramai. Umi ni tak ada siapa nak kawan."Aku pura-pura merajuk.

"Ayok... Adik buat umi merajuk.. "Suami aku pun layan drama aku. Sempoilah hubby!

Adik memandang Ridzuan sebelum memandang aku semula. "Ala.. umi janganlah majuk. Adik bukan sengaja. Adik tanya je. Abi.. tolonglah pujuk umi. " Adik sudah memanjat ke atas ribaku. Dirangkul leherku. Aku memalingkan wajahku ke arah Ridzuan.

"Hishh awak ni.. sudah-sudahlah tu. Baik tak payah datang kalau nak merajuk macam ni. Karang abang kiss pipi tu nanti. Semalam kata rindu lah apa lah. Ni dah jumpa, nak merajuk pula." Alamak! Laki aku dah bersuara. Bahaya ni!

Aku tersengih. Adik dah tergelak. "Ohh.. gelakkan umi ye? Meh sini umi geletek dia." Bertambah kuat ketawa Adik.

Kemudian aku tersedar, seperti ada kesan lebam di kaki Adik. Di lengannya juga ada kesan lebam.

"Adik, ni kenapa lebam-lebam ni? "Aku bertanya. Serius. "Ohh.. ni. Adik terjatuh waktu main bola." Jawabnya. Aku memandang Ridzuan. Rasa macam tak sedap hati. Tapi kami biarkan dulu. Sekarang sesi lepas rindu. Hampir dua jam kami duduk dengan Adik. Kami sempat makan bersama.

Sewaktu pulang, kami berjumpa dengan ustaz. Kami bertanyakan pasal lebam di badan Adik. Ustaz kata memang Adik ada terjatuh sewaktu main bola, tapi tak ada pula lebam seteruk kebam yang kami nampak tadi. Kali ni memang aku dah tak sedap hati.

Ustaz juga ada beritahu kami yang Adik sudah beberapa kali jatuh sakit. Demam. Tapi sudah dibawa ke klinik. Ustaz juga berkata Adik kelihatan kurang selera makan.

Itu aku juga perasan. Waktu makan tadi, aku lihat makanan Adik banyak lagi. Macam tak terluak.

"Ustaz, kalau boleh, lepas ni kalau apa-apa jadi dekat anak kami, ustaz cepat-cepat bagitahu, ya." Pintaku.

"Baiklah puan. Apa-apa nanti saya inform. "

Dalam perjalanan pulang itu, aku asyik memikirkan pasal Adik.

"Sudahlah tu sayang. Jangan peningkan kepala tu. Sayang kan mengandung, tak baik tau untuk baby. "Suamiku menggenggam erat tanganku. Macam tahu-tahu je aku tengah runsing.

Aku mengusap lembut perutku.

Share this novel

Epin
2023-07-28 22:52:30 

anak rajin selalu bantu orang tua


NovelPlus Premium

The best ads free experience