8

Drama Completed 2461

Adik dibenarkan keluar dari hospital seminggu yang lalu. Kami membawa Adik pulang ke rumah untuk berehat. Kami sudah mendapatkan kebenaran dari pihak sekolah Adik untuk menjaganya di rumah.

Pada mulanya Adik ingin pulang ke sekolahnya, namun kami tak benarkan. Kami mahu Adik sembuh dulu.

Di rumah, Adik buat halnya seperti biasa. Cuma ada masa dia nampak agak letih. Dia juga mengadu uang kepalanya selalu sakit dan berdenyut-denyut.

Petang tu, aku dan Adik menonton TV sama-sama. Adik berbaring di ribaku. Tidak sampai sejam, dia sudah tertidur. Mungkin sebab penyakit yang dia alami.

Aku ada terbaca di internet, bagi pesakit yang menghidap leukemia, mereka akan berasa cepat letih.

Aku pernah juga terfikir untuk membawa Adik ke hospital untuk menjalani proses kimoterapi. Tapi aku sendiri tak berani. Kalau boleh aku tak mahu Adik masuk hospital lagi.

Suamiku pulang agak lewat. Dia memberitahu kawan lamanya ajak berjumpa. Nasib dia beritahu awal-awal, kalau tak buang masa aku tunggu untuk makan malam sama-sama. Makanan yang kuhidangkan cukup untuk aku dan Adik makan bersama.

Macam selalu, Adik tak makan banyak. Nasi yang kusendukkan tadi juga tak habis. Bukan banyak pun aku sendukkan.

Dia sudah naik ke bilik, mahu tidur katanya. Mengantuk. Aku biarkan saja. Lagi pun Adik memang nampak letih.

Aku menunggu suamiku yang tak balik-balik lagi. Bila dah balik lambat ni, mulalah instinct perempuan aku keluar.

Tepat jam 10 malam, baru aku dengar bunyi keretanya. Salamnya aku jawab.

"Abang nak minum? " Soalku. Ridzuan menghentakkan punggungnya di sebelahku. Dia mengeluh. Letih.

"Tak apalah sayang. Abang dah minum, dengan kawan abang. " Ridzuan menolak lembut.

"Abang jumpa siapa tadi? " Mula dah buat perangai menyiasat.

"Abang jumpa kawan lama abang masa universiti dulu. Roommate abang." Terangnya.

"Oh.. Malik ke? "Aku mengangguk. Ridzuan pula memandangku. Fahamlah tu apa yang aku fikir sebelum ni.

"Abang belum lagi nak jumpa perempuan lain." Selorohnya. Sekali dia mengaduh. Padan muka! Kan dah kena cubit. Cubit manja aje.

Ridzuan tersenyum. Dia memeluk bahuku. "Abang gurau jelah sayang. Sensitif betul mak buyung sorang ni." Pipiku dicubit.

"Senyap je. Adik mana sayang? " Baru perasan suara Adik tak kedengaran. "Adik dah masuk tidur dah. Lepas mengaji tadi, dia kata mengantuk. Jadi dia pergi masuk tidur. " Terangku.

"Ohh.." Itu saja jawapan Ridzuan.

"Abang pergilah naik atas mandi. Bau masam." Gurauku.

"Sayang mandikan, boleh?" Selorohnya. Suka sangat bergurau macam tu, aku bagi cubitan kasih sayang. Mengaduh jugalah dia dekat situ.

Aku naik ke bilik lepas aku habis menonton drama kegemaranku. Sebelum aku masuk ke bilik, aku masuk ke bilik Adik dulu. Memang bilik anak-anak aku kemas setiap minggu. Tak mahu berhabuk.

Aku duduk di birai katil Adik. Nyenyak sangat Adik tidur. Aku membelai lembut rambut Adik.

Mata aku kemudiannya menjadi kabur. Tanpa aku sedar, air mata dah mengalir. Aku cuba untuk menahan. Tapi makin aku tahan, makin banyak pula yang keluar.

Aku selalu terfikir, macam mana kalau Adik dah tak ada? Macam mana kalau Allah ambil Adik dari keluarga ni? Mampu ke aku nak teruskan hidup nanti?

Esakan aku mula kedengaran, cepat aku menekup mulutku. Tak mahu Adik terjaga. Aku bingkas bangun keluar dari bilik. Aku masuk ke bilik aku.

Suamiku memandang aku dengan pandangan pelik. Dia bangun merapatiku. Esakanku terus kubiarkan. Aku luahkan segalanya di dada bidang Ridzuan.

Malam tu, aku bangun untuk menunaikan solat tahajjud. Suamiku juga bangun dan menjadi imamku. Syukur aku mendapat suami seperti dia.

Aku berbaring sebentar selepas mengaji. Sakit pula belakang badanku. Sementara nak tunggu azan Subuh, aku tidur sebentar.

Aku terjaga selepas aku mendengar azan Subuh. Aku juga terkejut selepas aku mendapat mimpi yang paling aku jauhkan dari berlaku.

Aku mimpi yang Adik meninggalkan kami semua! Aku beristighfar. Minta dijauhkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience