"Umi! " Along memanggilku. Cuti begini seronok kalau luangkan masa dengan keluarga.
Kami berkelah di tepi tasik. Aku ada membawa bekal. Semua makanan ala barat. Tapi tak banyak. Maklumlah, mak buyung penat kalau masak lama-lama.
Kandunganku kini hampir masuk sembilan bulan. Dah makin hampir dengan due date.
Ridzuan, Along dan Adik sibuk bermain layang-layang. Nasib aku ada sorang anak perempuan. Boleh buat sembang.
Aku dan Angah banyak bersembang pasal sekolah dia. Ada juga gossip-gossip yang tak penting kami bualkan.
Leka bersembang, sampai suami dengan anak-anak dan habis main pun tak perasan. "Orang perempuan kalau dah bersembang, memang tak ingat orang lain, kan. " Ridzuan memandang Along. Along mengangguk tanda setuju. Adik pula dah tak peduli orang. Habis sepinggan spagetti yang aku letakkan tadi. Tu pun akusikit saja. Takut tak habis.
"Eh hello. Dah orang lelaki tinggalkan kita orang. Kita orang bersembanglah. Tapi, don't worry, tak ada gossip pasal you all. " Aku membalas. Angah juga mengangguk. Kami ketawa. Adik terpinga. Lagi galak kami ketawa bila melihat muka Adik. Sos spagetti sampai ke hidung. Adik tersengih sebelum ketawa.
Aku memegang perutku. Terasa agak sakit. Mungkin gelak banyak sangat. Baby marahlah tu. Sorry baby.
Adik nampak ceria bermain dengan Along dan Angah. Mereka sambung bermain layang-layang. Memang beruntung kerana waktu tu Agak berangin.
Aku duduk dengan suamiku. Aku melentokkan kepalaku ke bahunya. Aku sangat dengan kebahagiaan yang Allah bagi sekarang. Tapi, kemudian aku mengeluh. Suamiku mendengar keluhan tu bertanya, "Ai.. kenapa mengeluh ni? Sayang penat ke? Nak baring? "
Aku menggeleng. Bukan sebab penat ke apa. Cuma aku selalu sangat berfikir. Fikir pasal Adik.
"Abang, macam mana kalau kita ditakdirkan kehilangan Adik? " Terpancul juga soalan tu. Aku dah tak tahan. Rasa terbeban dalam diri.
"Astaghfirullah. Kenapa sayang boleh fikir sampai macam tu? " Tegur Ridzuan. Bahuku diusapnya.
"Entahlah bang. Sejak dua menjak ni, sayang selalu mimpi pasal Adik. Adik tinggalkan saya." Luahku. Air mataku dah bergenang. Tinggal masa nak jatuh. Namun cepat aku menyeka.
"Tu mungkin sebab sayang selalu fikir. Cuba kalau sayang jangan fikir. Sayang kena ingat, sayang tu tengah mengandung. Jangan stress selalu. Insha Allah, Adik takkan tinggalkan kita selagi belum masanya. Sayang kena banyakkan berdoa pada Allah." Dahiku dikucupnya. Terasa mengalir kekuatan ke badanku.
Ya, aku kena positif. Aku tak boleh selalu macam ni. Jangan fikir sangat pasal mimpi tu, Humaira!
Malam tu, Adik mengadu yang dia sakit kepala. Aku cuba untuk memicitnya. Tapi, bila aku menyentuh dahinya..Ya Allah..panasnya. Adik demam! Aku memanggil suamiku dan menyuruhnya untuk membawa Adik ke hospital. Along dan Angah juga ikut sama.
Aku pelik. Macam mana Adik boleh kena demam panas? Sedangkan tengah hari tadi dia okay saja bermain dengan yang lain? Aku jadi tak sedap hati.
Ya Allah, jangan berlaku apa-apa pada anakku. Sempat aku berdoa.
Sampai di hospital, kami membawa Adik ke bahagian kecemasan. Aku risau, kalau berlaku apa-apa pada Adik. Memandangkan Adik menghidap penyakit leukemia. Sudah tentu berlaku sesuatu yang teruk.
Adik dibawa ke wad ICU. Adik terpaksa memakai alat bantuan pernafasan kerana doktor memberitahu Adik mengalami sesak nafas. Kini, Adik sudah tidur.
"Umi, kenapa dengan Adik? Kenapa Adik macam sakit teruk? Along tak pernah tengok Adik sakit macam ni." Soalan Along tak mampu aku jawab. Ridzuan datang menghampiri.
"Along, Angah, Adik sakit teruk macam ni sebab dia ada penyakit leukemia. Dah lama Adik sakit." Along dan Angah masing-masing mempamerkan reaksi terkejut. Mereka memandang Adik yang lena dibuai mimpi.
"Kenapa umi dan abi tak beritahu kami yang Adik sakit? " Soal Angah. Dikawal esakkannya.
"Kamu ada nampak Adik macam sakit tak?" Tanyaku. "Lagipun kami tak mahu Adik dengar." Mereka terdiam.
Walaupun Adik tu kecil lagi, baru nak kenal dunia, tapi dia tahu penyakit leukemia tu penyakit apa. Sebab dia sering kali bertanya tentang penyakit yang didengar.
Along dan Angah, masing-masing tak dapat nak menahan diri dari menangis. Along melepaskan tangisannya dipelukkan suamiku. Begitu juga dengan Angah.
Aku kena tahan. Aku kena kuat.
Tak lama kemudian Adik dan sedar. Dia memandang aku. "Umi.." Lembut saja panggilannya. Hatiku jadi pilu. Aku mengusap lembut rambutnya. "Ya sayang? "
"Adik dekat hospital lagi eh? " soalnya. Aku sekadar mengangguk dan tersenyum. "Abi, Along, Angah mana? " Aku menunjuk ke arah sofa. Mereka bertiga sudah pun tidur.
"Kenapa umi tak tidur lagi? Umikan kena banyak rehat. Umikan bawa baby. Mesti penat kan? " Aku tersentuh.
"Umi dah tidur dah tadi. Umi bangun nak tengok Adik. Adik nak apa-apa tak? Nak Air? Umi ambilkan eh? " Baru saja aku nak bangun, Adik memegang lenganku dan dia menggelengkan kepala.
"Umi, Adik nak ucapkan terima kasih dekat umi sebab umi selalu jaga Adik. Umi janganlah nangis selalu tau. Adik tak suka umi sedih selalu. Ustaz Adik selalu kata, kita tak boleh buat ibu kita menangis. Satu titis air mata ibu jatuh, kita boleh jadi anak derhaka." Aku terus memotong ayat Adik.
"Mana ada umi menangis." Aku cuba untuk mengukirkan senyuman.
"Umi tak baik tipu tau. Tipu dosa. Adik selalu nampak umi menangis. Adik nampak abi selalu pujuk umi. Abi kata tak baik menangis, tak baik untuk baby. Umi tak kesian ke dekat baby Adik tu. Kesian dekat baby tau, umi. " Terasa jari-jemari Adik mengusap lembut perutku.
"Umi, Adik tahu yang Adik sakit. Adik sakit leukemia, kan? Sakit yang biasa Adik dengar dekat TV tu. " Aku terkejut. "Mana Adik dengar?"
"Adik dengar tadi. Waktu abi bagitahu dekat Along dengan Angah. Adik dah tahu lama dah. waktu dekat rumah hari tu pun Adik dengar. Umi bersembang dengan abi pasal penyakit Adik. Dulu, waktu Adik selalu sakit, ustaz selalu cakap yang sakit tu penghapus dosa. Jadi Adik tak kisah." Adik mengelap air mataku yang sudah mengalir di pipi.
"Umi tahu tak kenapa Adik nak jadi orang yang pandai mengaji Al-Quran tu?" aku sekadar menggelengkan kepala. Tak mampu nak bersuara.
"Sebab, Adik pernah dengar ada ustaz dekat TV cakap, ustaz tu kata kalau mati orang islam yang mampu menghafaz Al-Quran, dia mampu untuk membawa keluarganya ke dalam syurga. Adik selalu ingat kata-kata ustaz tu. Setiap kali bila Adik baca Al-Quran, Adik selalu ingat nak bawa keluarga Adik masuk syurga. Nanti kita boleh sama-sama duduk dekat syurga. Umi nak tak?" Aku mengangguk. Dahi Adik ku kucup. Ya Allah, kau panjangkanlah umur dia.
"Umi, umi boleh tengokkan tak hafalan Adik untuk surah Ar-Rahman. " Pintanya. Aku mengelap air mataku dan mengambil keluar Al-Quran dari beg tanganku.
Aku menyemak bacaan Adik. Masya Allah. bacaan Adik sungguh menenangkan hatiku. Aku terasa syahdu dengan bacaannya. Air mataku kembali mengalir.
Habis membaca surah Ar-Rahman, dia meminta aku menyemak bacaan bagi surah Luqman.
Habis saja menghafaz, dia kembali tidur. Alhamdulillah, aku juga sekali gus dapat menghafaz Al-Quran.
Aku tertidur. Dalam pukul 5:15 pagi terasa perutku sakit yang teramat sangat. Aku memanggil Ridzuan beberapa kali, Namun dia masih tidur. Aku memanggil Along. Along nampaknya seperti mamai.
"Along, tolong kejutkan abi. Umi dah nak bersalin." Aku menahan kesakitan. Peluh sudah merenek di dahiku. Along segera mengejutkan Ridzuan.
Ridzuan berlari untuk memanggil jururawat di kaunter. Tak lama kemudian, seorang jururawat datang dengan membawa kerusi roda untukku. Aku dibawa ke wad bersalin. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.
Alhamdulillah, aku selamat melahirkan anak lelaki. Tepat jam 6:30 pagi. Aku dipindahkan ke bilik biasa. Aku keletihan. Penat bertarung nyawa masih bersisa.
Along dan Angah masuk ke bilikku. Aku tersenyum bila melihat mereka tersenyum.
Putera kecilku dah tidur di tempat yang disediakan. Comel sangat. Macam muka Adik sikit.
"Abi mana? " Soalku. Along dan Angah salng berpandangan. Aku dah pelik.
Share this novel