Dengan berhati-hati dia melangkah kearah 'rakannya' itu.
"Assalamualaikum." Shaza tersenyum nipis.
"Selamat hari jadi,Qistina. Masuk tahun ni kau dah umur 17 tahun,samalah dengan aku.Agak-agaknya sekarang mesti kita tengah study sama-sama kan?Kau,aku...Aizat.
Kau nak tahu?Aku dah kahwin,Qis.Susah aku nak terima benda ni,apatah terima Mikael sebagai suami aku.Memang dia ada ciri-ciri idaman seoarang wanita..baik,sopan and romantik tapi entahla." Shaza menarik rumput yang 'menghiasi' tanah perkuburan sahabatnya.
"And...aku harap sangat kau ada lagi sekarang walaupun aku tahu,semua tu mustahil.Tanpa kau,persahabatan yang kita tiga jalin dari sekolah rendah dulu hampir hancur,tapi aku janji aku akan cuba baiki semula."sambung Shaza walaupun dia tahu tiada yang menyahut percakapannya.
Lama dia berdiam diri kerana membersihkan halaman kubur sahabatnya.
"Sorry lah Qis, aku tak boleh lamalah dekat sini.Risau aku nanti keluarga Mikael cakap apa pulak." tangannya menyiram air bunga ditanah perkuburan itu.
"Aku harap,kita jumpa semula satu hari nanti bila aku mati.Hurmm..assalamualaikum." dia memegang batu nisan itu sambil tersenyum dengan linangan air mata dipipinya.
Mikael yang berdiri tidak jauh dari isterinya menahan rasa sebak.Sungguh setia persahabatan Shaza dan arwah.
Astaghfirullah,aku dah buruk sangka dekat isteri aku sendiri.Sepatutnya aku percayakan dia,bukan syak wasangka sampai ikut dia kesini.
Mikael mengeluh kesal.
Dia menyorok di sebatang pokok apabila Shaza bangun dari duduknya.
Shaza memandang kearah belakangnya.
Sapa tu?Aku rasa macam ada orang ikut aku tadi.Jangan-jangan... aish!
Dia berjalan keluar dari tanah perkuburan itu.
"Shaza?"
Seorang lelaki menegurnya dari belakang.
"Aizat?" hati dia berasa tidak tenang.Bukan sebab perasaan marahnya dekat lelaki itu,tetapi lebih kepada risau.Yelah,dia kan dah jadi isteri orang sekarang?
Mikael dari jauh melihat dengan perasaan hairan.
Dengan sapa Shaza cakap tu?Entah-entah..laki tu yang Shaza mengaku boyfriend haritu?Tak boleh jadi ni!
"Awak buat apa dekat sini?" tanya Shaza walaupun dia tahu sebab kedatangan Aizat kesitu.
Aizat tersenyum hambar."Saya datang sambut birthday kawan kita and saya yakin awak pun sama.Kan?"
Shaza hanya memandang kearah lain.Entah kenapa buat masa sekarang dia rasa macam nak lari dari Aizat.
Hati dia sudah lama maafkan lelaki itu namun hubungan dia sekarang membuatkan dia berbolak-balik untuk menerima Aizat semula atau tidak.
Aizat mengeluh bila dilayan dingin dengan Shaza.
"Sampai bila kita nak macam ni Sha?Okay,saya tahu semuanya salah saya but awak juga tak boleh tuduh saya bukan-bukan hanya dengan melihat dari mata kasar awak."
Shaza yang memeluk tubuh terus berkerut memandang kearah Aizat."Jadi awak nak salahkan sayalah?"
"Hey,untunglah tau Allah buka mata kasar saya ni hah,supaya tak hanyut dengan fake love awak tu!"bidas Shaza sebelum kaki dia ingin berjalan kearah motor yang terletak dibawah pokok rambutan itu.
" Awak tak kesiankan Qistina ker hah?Awak nak dia sedih tengok kita macam ni ker?Shazana Alya,jangan sampai awak menyesal satu hari nanti kalau saya tinggalkan awak!"jerit Aizat sedikit kuat.
kaki Shaza dari melangkah.
"Tinggallah...tinggalkan saya kalau awak berani." dia membisik perlahan sebelum berlalu pergi.
Mikael yang sedari tadi menjadi penonton bebas dilanda pelbagai perasaan aneh.
Kawan dari sekolah rendah?Maksudnya hubungan mereka sangat lama.Mampukah aku mencuri hati Shaza dari lelaki itu?Tapi...berdosakah aku kalau perbuatan aku ni merosakkan hubungan mereka?
*************
"Masuk." arah Iskandar apabila terdengar pintu pejabatnya diketuk.
Terjengul muka Mikael yang sentiasa beku itu.
"Eh-eh?Kau dekat sini asal?Merajuk dengan bini ker apa?" tanya Iskandar hairan apatah lagi bila wajah Mikael yang mencuka membuatkan telahan dia terasa betul.
Mikael memicit pelipisnya.Dia terus memandu kearah hospital milik keluarganya selepas pulang dari kubur.Rasa berat hati dia ingin melihat wajah Shaza buat masa sekarang.
"Kau okay tak ni?Jangan sampai aku lempang kau jatuh kolam ikan bawah ni kot.Baik kau bagitahu aku cepat." ugut Iskandar. Geram dia melihat Mikael yang diam sahaja itu.
"Ish,aku nak ketenangan sekejap pun tak senang." Mikael mencebik geram dengan perangai Iskandar yang mengalahkan perempuan itu.
"Haish,tanya pun kena marah.Sabar jelah aku dengan kau ni." Iskandar menggeleng kesal.
"Alahai merajuklah budak masam ni."
"Is." panggil Mikael.Takkan Iskandar merajuk betul kot?Alamak.
"Hurmmm." sahut Iskandar malas.
"Aku nak..."
"Assalamualaikum." pintu terkuak dari luar membuatkan dua jejaka itu memandang kearah sana.
"Waalaikumsalam, Azra.Masuklah." kata Iskandar selamba.
"Mikael? You pun ada dekat sini?" tanya Azra bahagia. Tak sangka dia boleh terjumpa dengan buah hatinya disini.
"Eh,korang kenal ker?" tanya Iskandar belum tahu kisah lama.
"Ha'ah.Takpelah Is,aku balik dulu." Mikael berdiri dari kerusi meninggalkan Iskandar yang terpinga-pinga itu.
"Mikael!"
Semakin laju langkahnya bila terdengar namanya dipanggil.
"Wait!" dia menghalang dari lelaki itu berjalan.
"Teman I breakfast jom." dia cuba memaut tangan Mikael namun lelaki itu menyimpan tangan didalam poketnya.
"Sorry,busy.Tepi.." diikutkan hati nak saja dia tolak gadis itu tapi disebabkan dia berada di hospital,dimatikan saja niatnya.
Tergerak Azra ketepi.Dia memandang lelaki itu berjalan pergi.
"Takpe kau,tunggu satu hari nanti kau sendiri yang akan melutut untuk tagih cinta aku!" terlenggang-lenggok dia berjalan ke bilik pejabat Iskandar.
Bam!
Iskandar yang kusyuk menilik fail pesakit terhinjut bahunya.Dia tersenyum sinis.
"Geramnya!" Azra menghempas tubuhnya dikerusi hadapan Iskandar.
"Is!You ni,tanyalah I okay tak,apa semua.Herghh,macam manalah aku boleh kawan dengan kau dulu!" ayat terakhir dia menggumam perlahan.
"Okay,kenapa?"
"Mikael tu lah,tak pernah layan I,dari zaman kolej sampai sekarang.Bencilah!" dengan penuh kegedikan dia merungut.
"Terima jelah kenyataan,lagipun tengok lah diri sendiri you tu,pakaian tak cukup kain,rambut warna kelabu.Kalau gaya macam ni mana ada sapa nak ambil menantu." dengan selamba badaknya Iskandar menyindir gadis dihadapannya.
Merah muka Azra menahan geram dan malu.
"Bencilah cakap dengan orang macam you ni!" dia bangun dari kerusi.
Bam!
Tergeleng kepala Iskandar melihat perangai Azra itu.
****************
Dia melihat Mikael disebalik cermin.
Kenapa dengan laki aku ni?Datang bulan ke apa?
Sejak Mikael pulang pagi tadi lelaki itu lansung tidak keluarkan suaranya.Dia pulak yang jadi suspen semacam.
Mikael bersandar dikepala katil dengan tangannya diatas dahi.Mahu saja dia tanya tentang lelaki yang dia jumpa di perkuburan tetapi dia taknak Shaza tahu yang dia ikut kesana.
Pening!
Keadaan di dalam bilik itu tak berbeza dengan dalam bilik peperiksaan. Sunyi sepi!
Shaza menarik nafas sedalam-dalamnya.Nak taknak dia sebagai isteri patut bertanya tentang masalah suaminya.
"Awak okay tak?Saya nampak macam serabut saja." dia duduk di birai katil memerhati suaminya.
Mikael ni kalau pandang lama-lama memang handsome. Dengan kulit sawo matangnya,hidung mancungnya, dan kalau dia senyum pulak,perghh.Makcik monopos pun boleh cair.
"Hurmm." jawab Mikael malas.
Shaza mengeluh.Nak dipujuk,dia tak tahu.Lagipun dia tak tahu apa salahnya,atau lelaki ini berduka kerana Azra?
Tok!Tok!
"Sha,Abang Mika!Mama suruh turun!" suara Syafiqah kuat disebalik pintu yang diketuknya.
Mereka berdua berpandangan seketika sebelum masing-masing berjalan kearah pintu.
"Why,mama?" semua ahli keluarga Shaza dan Mikael berkumpul diruang tamu menimbulkan tanda tanya mereka berdua.
"Shaza,Fiq dengan Ika ada sepuluh hari lagi cuti,kan?" tanya Datin Katrina dibalas dengan anggukan.
"Macam ni,esok mama nak semua kemas barang and lusa kita bercuti dekat Langkawi." sambungnya lagi.
"Langkawi?Yeay!" kata Syafiq dan Syafiq serentak sambil bersorak bahagia.
"Dah,pergi masuk tidur semuanya.Esok nak kemas pulak." kata Encik Zainal pula.
"Okay!" Syafiq dan Syafiqah berlari kearah bilik masing-masing.
"Awak masuk dulu,nanti saya ikut." Shaza mengangguk faham.Dia berlalu meninggalkan suaminya bersama Encik Zainal.
"Macam mana dengan anak abah,okay tak?Dia ada susahkan kamu?" Encik Zainal menepuk peha anaknya.
Baru dua hari mereka disatukan tetapi dia dapat merasakan yang anak dan menantunya berperang dingin.
Mikael tersenyum dan menggeleng.
"Abah,Mika nak tanya sesuatu.Boleh tak?" lebih baik dia tanya mertuanya saja.Kalau ditanya Shaza takut lain pulak yang jadi.
"Takkan tak boleh pula.Apa yang kamu nak tanya tu?"
"Shaza...ada kawan yang dah meninggal ker sebelum ni?" dengan berhati-hati dia bertanya. Risau akan mengguris hati mertuanya.
Jelas wajah Encil Zainal sedikit cuak sebelum dia berdehem.
"Kamu ikut dia ke kubur kan pagi tadi?"wajah menantunya dipandang.
Teragak-agak Mikael mengangguk.
"Kalau kamu nak tahu,dulu Shaza ada dua sahabat baik.Arwah Qistina dan Aizat.Abah harap kamu tak salah faham dengan hubungan Aizat dan Shaza.Waktu mereka tingkatan tiga,Qistina meninggal sebab penyakit AIDS sebelum dua orang kawan dia sekarang pindah ke sekolah Shaza.Tapi dari hari tu jugaklah perangai Shaza sedikit berubah." panjang lebar Encik Zainal bercerita.
"Mikael, abah pula nak tanya sesuatu.Kamu betul sayangkan Shaza ker?"
Mikael mengangguk. "Mika tak pernah sayangkan orang lain sejak dulu lagi."
Ya,
Ketika dia di tingkatan lima Shaza berada di tingkatan dua.Masih ingat lagi dia sewaktu sekolah mereka mengadakan pertandingan berbahas pantun disekolahnya.
Dia tak pasti sama ada Shaza masih ingat atau tidak sekolah mereka dua berjaya ke peringkat akhir.
Pasukan Shaza akhirnya menang malah terpilih sebagai pemantun terbaik di peringkat itu.
"Mika dengar tak abah cakap apa ni?"tegur Encik Zainal apabila melihat menantunya seperti hanyut dalam angan.
" Ha'ah?Abah cakap apa?"termangu Mikael.Malu dia apabila Encik Zainal dapat tahu yang dia berangan kisah dulu.
Encik Zainal tersenyum sambil tergeleng. "Abah percaya Mikael boleh buatkan Shaza jatuh cinta dekat kamu.Tapi,abah cuma nak pesan kalau kamu nak Shaza jatuh cinta dekat kamu,jangan terburu-buru."
Berkerut kening Mikael. "Maksud abah?"
"Perempuan ni macam rama-rama,Mika.Kita tak boleh terus tangkap dia sebab nanti dia akan terbang. Tapi kamu perlu sabar dan bila rama-rama tu dalam keadaan selesa,baru kamu boleh tangkap.
Sama macam Shaza.Kamu tak boleh paksa dia cintakan kamu,tapi kamu kena sabar.Pujuk dia,bagi kepercayaan kepada dia.Baru kamu boleh bergerak ke langkah seterusnya."panjang lebar Encik Zainal memberi nasihat kepada menantunya.
"Mika akan cuba, abah.Tapi Mika janji Mika akan jaga dia dan sayang dia macam nyawa Mika sendiri." Azam Mikael sekaligus memberi kepercayaan kepada Encik Zainal.
Mikael menolak pintu bilik dengan berhati-hati. Takut kalau mengganggu lena isterinya.
Tapi sangkaan dia meleset apabila melihat Shaza duduk dihadapan cermin solek memandang dirinya sendiri.
"Tak tidur lagi?" dia menutup pintu bilik.Hoodie nya dibuang digantikan dengan t-shirt nipis.
"Awak tak payah susahkan diri awak untuk cintakan saya." kata Shaza tanpa memandang dia.
"Apa maksud awak?"
"Saya dah dengar segalanya.Mikael Naufal, baik awak lepaskan saya.Saya taknak hidup awak merana kerana ada isteri macam saya." dia memandang kearah Mikael yang tenang memandang kearahnya.
"Dan sampai bila-bila pun saya tak dan takkan mencintai dan menyayangi awak sebab saya tahu saya tak layak untuk merasa semua itu."
"Awak jamin awak takkan cintakan saya?" senyuman miang mula terkukir diwajahnya.
"Apa yang awak nak buat ni?!" Shaza mula cuak apabila lelaki itu berjalan mendekatinya.
Shaza yang berada di dinding dihalangnya dengan tangan.
"Saya lelaki,Shazana Alya.Le-la-ki." Shaza menelan liur.
"Mikael?Awak okay tak ni?" tanya Shaza.Hairan dia melihat Mikael yang berada di dinding memandangnya tajam.
Mikael tersentak.
Allahu...apa yang aku berangankan ni?Fuh...lain maciam!
"O...okay." kata Mikael malu.Harap-harap Shaza tak tahu apa yang diangankan dia tadi.
"Dah pukul dua belas malam dah.Tak elok tidur lewat ni." tegur Mikael.
Shaza mengangguk perlahan.Dia berjalan kearah katil sambil menutup mulutnya yang tengah menguap.
Mikael juga tidur disebelah Shaza.
Cakap ja sebelah,tapi sebenarnya dia tidur disebelah bantal yang tersusun elok dikatil.
Mikael melihat kearah kanannya.Dalam gelap dia dapat melihat wajah Shaza yang diulit lena.
"Walau apa pun yang berlaku,sapa pun yang menghalang,cinta saya pada awak tak pernah pudar,Shaza.I love you." luah dia perlahan sebelum mata dia tertutup menyapa alam mimpi.
Perlahan-lahan mata Shaza terbuka.Hati dia terdetik mendengar luahan hati Mikael.
Ya Allah,benarkah apa yang aku dengar ni?Tapi...aku mintak maaf,Mikael. Aku tak mampu cintakan kau.
Share this novel