Dia berjalan kearah biliknya yang dikongsi Mikael sekarang.
Seminggu sahaja lagi mereka akan bepindah ke rumah Mikael sendiri. Dia taknak berjauhan dengan keluarganya tapi apakan daya?Dia perlu sedar yang dia sudah menjadi isteri orang sekarang.
"Shaza,awal balik.Hari ni tiada tusyen ker?" tanya Puan Arifah hairan.Tahun ini anak tunggalnya itu akan mengambil peperiksaan SPM, selalunya setiap hari tusyen akan diadakan.
Shaza menggeleng. "Hari ni cikgu ada mesyuarat,jadi tusyen dibatalkan."
Puan Arifah hanya mengangguk. "Pergilah mandi,solat dulu.Sekejap lagi turun makan,yer?"
Shaza tersenyum. Kahwin atau tidak,Puan Arifah tetap layan dia seperti anak kecil.
Pintu bilik dibuka.
Kosong.Oh,lupa dia.Pukul enam nanti baru Mikael akan pulang dari tempat kerjanya.
Dia masuk ke bilik air untuk mandi dan kemudiannya solat Zohor.
Sebuah kotak dikeluarkan dari beg sekolahnya.Tertera nama 'Aizat' disitu.Kad yang terselit diantara bunga mawar dikotak itu dibukanya.
'Selamat hari jadi,Shazana Alya. Walaupun saya tahu awak masih marahkan saya,its okay.Saya faham.Saya cuma nak cakap yang saya sayang awak lebih dari seorang sahabat dan saya harap saya boleh pimpin awak ke syurga.Terima kasih kerana sudi terima saya.'
Ikhlas dari hati,
Aizat.
Shaza termangu dengan ayat luahan lelaki itu.Tangannya membuka kotak itu.
Tiga kuntum mawar bewarna merah terletak elok diatas sebuah buku diari manakala beberapa keping polaroid terselit di helaian diari itu.
Shaza menarik kepingan polaroid itu.Gambar dia,Aizat dan Qistina yang tersenyum riang menghiasi sekeping polaroid.
Manakala sekeping lagi dia dan Aizat tersenyum sambil membuat lambang peace.
Dia tersenyum.
"Happy birthday to you.
Happy birthday to you.
Happy birthday to Shaza,
Happy birthday to you."
Dia memandang ke belakang.Terkejut dia mendengar nyanyian dua kaum itu.
Qistina dan Aizat tersenyum.Ditangan Qistina memegang sebiji kek dan sekotak KFC manakala ditangan Aizat memegang teddy bear berwarna kelabu.
"Yeay,selamat hari tua!" Qistina memeluk sahabatnya,erat.
"Wah,korang ingatlah hari jadi aku.Thank you wei!" mereka bertiga tergelak.
"Dekat sebulan tau kami dua plan semua ni." celah Aizat.
Mereka berdua memilih tempat yang tersembunyi dari pandangan orang ramai.Kemudiannya Qistina menelofon Shaza untuk berjumpa kononnya dia ada perkara yang perlu dibincangkan dan semuanya berjalan lancar.
"Sorry tau,hadiah kami dua ni tak hebat macam orang lain." kata Qistina bersalah.Hampir tepu otak dia dan Aizat memikirkan apa yang perlu diberi kepada Shaza.
"Ish,apa cakap macam tu!Aku tak kisah apa pun hadiah yang korang dua bagi tapi ingatan korang yang buatkan aku syukur ada sahabat macam korang dua ni."
"Yelah,perut dah lapar ni.Jomlah makan!"
Qistina dan Shaza tergelak.Riuh suasana di situ dan sekali-sekala mereka menangkap gambar menggunakan kamera kepunyaan Aizat.
Air matanya tumpah mengingati peristiwa dua tahun lalu.Sungguh dia rindu.Kalau boleh dia mahu putarkan masa walaupun dia tahu itu semestinya mustahil.
Ya,hari ni adalah hari jadinya.Dia pun tak pasti Mikael tahu ke tidak dan dia tak kisah.
Tok tok!
"Shaza,boleh mak masuk?"
Shaza kaget.Cepat-cepat dia menyimpan kotak itu didalam beg sekolahnya semula.Air mata dikesat kasar.
Belum sempat dia membalas Puan Arifah terlebih dahulu membuka pintu biliknya.
"Lah,mak ingatkan tengah tidur.Kenapa tak turun makan?"dia berdiri dipintu.
"Err..nak kemas bilik sekejap." bohong dia sambil tersengih kelat.
Puan Arifah mengangguk. "Sekejap lagi turun,okay?"
Shaza tersenyum sambil mengangguk.
Jejak Puan Arifah diikuti dari belakang.
×××××××
"Mikael."
Belum sempat dia menekan alarm,seseorang menegurnya dari belakang.
Hampir luruh hatinya melihat gerangan dihadapan.
"Kak Yana?"
Gadis itu tersenyum. "Boleh kita spend time sekejap?"
Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Bila Kak Yana balik?" dia melihat gadis dihadapannya.
Banyak perubahan yang berlaku kepada gadis itu.Kalau dulu kakaknya itu berambut perang,kini digantikan dengan tudung selendang.Wajah Diana juga lebih putih dan bersih,mungkin kerana terpengaruh dengan cuaca di sana.
"Kelmarin, tak sangka Mika kerja dekat hotel mama." dia tersenyum melihat adiknya seorang itu.Sempat matanya menjeling kearah cincin yang menghias jari adiknya.
Dia sudah berpunya kah?
Hati dia berbisik perlahan.
"Bila Kak Yana nak jumpa mama dengan papa?"
Diana menggeleng. "Kak Yana taknak family kita tahu.Akak taknak kemarahan dia orang marak kembali.Cukuplah Mika saja yang tahu."
Belum sempat Mikael membuka mulut, seorang pelayan datang meminta oder.
Seminit kemudian pelayan itu meninggalkan mereka semula.
"Kak Yana,mama dengan papa semakin tua.Bila lagi Kak Yana nak jumpa dia orang?Mika yakin family kita sudah maafkan akak.Baliklah." pujuk Mikael.
Diana terdiam. Tidak tahu apa yang patut dibalas."Mika dah kahwin?"tanya dia membuka topik yang lain.
Mikael tersenyum sebelum mengangguk.
Diana bertukar menjadi ceria.Tak sangka adiknya terlebih dahulu mempunyai pasangan berbanding dia.
"Siapa dia?Kak Yana kenal ker?"
"Mika pun tak sure akak kenal atau tak,Shazana Alya namanya."
Diana memandang keatas memikirkan nama yang agak asing dipendengarannya.
"Shazana Alya...macam familiar." gumam dia perlahan.
"Mika bawak akak jumpa dia boleh tak?Tak sangkanya adik akak ni dah berpunya.Dulu bukan susah nak pikat perempuan, tup-tup dah kahwin adik akak ni." usik Diana.Kalau dilihat dari dekat,adiknya ini semakin kacak dan kemas berbanding dahulu.
"Of course, tapi make sure akak jumpa family kita dulu."
Terus mati senyuman Diana.Ingatkan adik dia sudah lupa tentang itu.
"Akak tak pastilah,Mika.Macam mana kalau dia orang marahkan akak lagi?"
Mikael menggeleng. "Mika yakin dia orang tak marahkan akak lagi.Mama sendiri pernah cakap yang dia rindukan Kak Yana."
Diana termangu.Dia tidak pasti sama ada kata-kata Mikael betul atau hanya rekaan supaya dia terpujuk dan berjumpa dengan keluarganya semula.
×××××××××
"Awak!" Mikael yang ralit membaca buku ditangannya melihat Shaza yang tersengih seperti kerang busuk.
Hairan,tak pernah dia melihat perangai isterinya yang satu itu.
"Kenapa ni?" dia melihat Shaza yang teragak-agak membuka mulut.
"Err...nah." sehelai kertas atau lebih tepat sehelai borang dihulurkan kepada Mikael.
Kem Kecermelangan Diri Tingkatan 5
Tajuk borang itu dibaca.Patutlah lain macam sahaja Shaza,ada hajat rupanya.
"Awak nak join ker?" isterinya dipandang lembut.
"Kalau awak benarkan saya okay jer." kata dia walaupun dalam hatinya berharap lelaki itu akan setuju dengan permintaannya.
Borang dihulurkan semula.
Shaza termangu.Mikael benarkan atau tak?
"Saya benarkan tapi..." panjang jedanya sebelum dia membetulkan duduknya.
"You as my wife,perlu jaga maruah and batas pergaulan.Jangan rapat or bersentuhan dengan mana-mana lelaki.Faham?"
Shaza mencebik. "17 tahun saya hidup mana pernah saya sentuh lelaki lain selain abah.Jadi awak tak perlu risau sangatlah."
Mikael tersenyum. "Good girl,jangan pergi sana buat Tik Tok pula.Kalau saya tahu awak main benda tu,saya akan suruh awak homeschool ."
"Ish,awak ni!Takkan lah saya nak gadai maruah saya dengan benda tu pula.Baik saya gelek depan awak ja,hahaha!"Shaza ketawa kuat dengan lawaknya sendiri.Tak dapat dibayangkan kalau dia ber 'gelek' depan suaminya. Fuhh..seram!
Mikael terikut ketawa. Itulah antara sebab dia tertarik dengan Shaza,sentiasa patuh dengan arahan Tuhan,menjaga maruah dan aurat.Selain itu,Shaza juga bukan jenis mengejar populariti dan trend zaman sekarang.
"Berapa hari kem tu?"
Shaza mengangkat tiga hari dari meja belajarnya.
Mikael mengangguk.Dalam hati dia bukan main suka melihat perubahan isterinya.
Macam mana Shaza join kem tu sebab nak bermanja dengan Aizat?Ataupun sebab dia nak lari dari kau?Ataupun..
Dia menepuk pipinya.Mikael... tak baik kau fikir macam tu.Macam mana kalau tu boleh jadi fitnah?
Kemudiannya dia tersenyum.Satu rancangan menerjah fikirannya.
×××××××××
Dia melihat isterinya yang kusyuk memandang kearah suatu tempat."Awak tengok apa tu?"
Tersentak Shaza dibuatnya. Kemudian dia tersengih."Saya tengok baby tu,comel.Macam nak cubit saja pipi dia."tangannya panjang menunjuk kearah pasangan kekasih yang gembira mendukung bayi itu.
Berkerut kening Mikael sebelum bibirnya tersenyum miang."Kenapa nak tengok baby orang lain kalau kita pun boleh ada,kan?"
Terus membahang muka Shaza menahan rasa malu dan takut."Jangan cakap benda tak senonoh macam tu."tegur dia.
Semakin lebar senyuman Mikael. "Apa salahnya kita merancang?Tak lama lagi benda tu akan jadi juga." dengan selamba Mikael berkata.
"Eee,gatalnya awak ni!"
Mikael ketawa apabila bahunya dicubit.Isterinya sekarang sudah pandai bermanja,lega sungguh hatinya.
"Mika!" mereka berdua berhenti bergurau dan memandang kearah gadis yang berjalan mendekati mereka.
"Kak Yana?Apa akak buat dekat sini?" tanya dia dalam separuh gembira dan terkejut.
"Saja jalan-jalan jamu mata,Mika pula buat apa dekat sini?" habis saja soalan dikeluarkan terus matanya memandang kearah Shaza yang berdiri dibelakang Mikael.
"Eh,isteri Mika ker ni!" tanya dia teruja.Lupa sudah dia dengan soalan tadi.
Mikael tersenyum dan mengangguk.
Shaza didekatinya. "Cantiknya,patutlah Mika berkenan."
Dia hanya tersenyum. Malu rasanya dipuji sebegitu walaupun dia tidak kenal gerangan dihadapannya itu.
"Kak Yana jomlah ikut Mika jumpa family ,kami pun nak gerak ke sana dah lepas ni." ajak Mikael berharap kakak sulungnya itu setuju.
Diana mencebik. "Takpelah Mika,Kak Yana busy." bohong dia.
"Ahh takde.Ikut juga,jom!" dia menolak tubuh Diana mengikuti mereka.
"Ish,yelah!Janganlah tolak-tolak.Nanti orang ingat Mika kahwin dua pulak." seloroh Diana sambil mengikuti mereka berdua.
×××××××××
"Assalamualaikum!"
"Macam sunyi saja,takpelah Mika.Mungkin takde rezeki Kak Yana nak jumpa family." kata Diana sambil tersengih.Lega dia melihat suasana rumah yang sunyi itu.
"Tapi..." sebuah kereta memasuki halaman rumah mereka membuatkan dua beradik itu senyap.
"Diana?" Datin Katrina terlopong melihat anak sulungnya.
"Ma-mama..." Diana mendekati orang tuanya dalam takut-takut.Risau jikalau mereka masih menyimpan dendam terhadapnya.
"Diana,maafkan mama!" terus badan anaknya dipeluk.Hati dia yang dihuni rasa bersalah sedikit berkurang apabila melihat orang yang dirinduinya berada dihadapan mata.
"Tak,Diana yang bersalah.Sepatutnya Diana yang mintak maaf, bukan mama."
"Diana, syukurlah kamu balik." Dato' Kamal menepuk bahu anak sulungnya.
Gadis itu tersenyum. "Mana Ika dengan Fiq?" lama dia tidak melihat kembar itu sejak dia meninggalkan mereka.
"Keluar main skateboard agaknya."
Diana mengangguk. Budak berdua itu tak pernah matang,main saja kerja.
"Mika dengan Shaza nak balik dululah mama,papa,Kak Yana." kata Mikael setelah puas melihat drama Jejak Kasih tadi.
"Lah,baru sampai takkan nak balik dah." Datin Katrina melihat anak dan menantunya.
"Ha'ah.Shaza ni nak buat suprise katanya malam ni." Mikael tersengih seperti kerang yang sudah lama busuk.
Mereka tersengih sumbing."Tak lama juga budak berdua ni.Pergilah,nanti kempunan pula Shaza ni."Dato' Kamal menyambut gurauan anaknya.
Merah muka Shaza.
Laki aku ni tak reti cakap benda yang lagi berfaedah ke hah?Benda macam tu pulak dia nak buat gurau.
"Okay,jom sayang.Takut tak sempat pulak naj sambut malam ni." Mikael menarik tangan isterinya.
Shaza memandang tajam kearah suami dia.Lengan Mikael dicubitnya.
"Aduh!Kenapa ni?" sakit lengannya menerima cubitan dari Shaza.Macam nak terkeluar isi dia.
"Hah,tulah.Cakao benda tak senonoh lagi!" marah Shaza dan berjalan kearah kereta.
Mikael tersengih. "Tak senonoh konon,padahal nak,kan?"
Shaza memandang tajam kearah suaminya."Mikael Naufal!"
Mikael tersenyum sumbing."Fine."
Share this novel