Shaza mengikat tali kasut sport yang sudah terlerai itu.Memang kebiasaan waktu petang macam ni dia dan beberapa pelajar sekolah yang lain akan berlatih bola tampar yang akan berlansung minggu depan di maktab sains.
"Weh,power gila kau main." puji Umie sebaik sahaja dia tamat bermain.
"Itulah pasal.Memang padan lah kau dengan Aizat,dia kaki bola sepak,kau tangan bola tampar." kata Emma pulak yang dari tadi menjadi penonton.
"Ceh,korang cakap macam baru kenal aku asal?Kan memang aku ni orang yang hebat?Lawa,bijak,baik pulak tu." dia tersenyum megah.Kalau orang lain dah lama disikunya muka Shaza ni sebab cakap besar,tapi bagi mereka berdua itu sudah biasa.
"Yelah.Weh,aku nak tanya korang sesuatu ni." Emma mula mengeluarkan aura gedik dia.
"Tanya apa?" Umie disebelah pulak macam dah tak sabar sangat.
"Korang rasa kan,lepas sekolah ni korang nak kahwin terus atau sambung belajar or kerja?"
Tersedak Shaza bila mendengar soalan Emma yang tepat mengena batang hidungnya.
"Eh,kau ni dah kenapa?" tanya Emma cemas.Shaza menggeleng perlahan.
"Wei kalau aku lah kan,aku nak kerja dululah.Mana tahu kan aku kerja pelayan ker,waktu nak hidang air tu terlanggar mamat handsome. Tidaknya dia nak marah aku tapi lepas pandang muka aku yang cute ni terus dia fall in love!Arghh...syeronoknyer hati ini!" kata Umie dengan penuh kegedikan disertakan dengan tepukan tangan.Berangan tinggi betul minah ni!
"Okay kalau engkau nak kerja,aku nak sambung belajar.Mana tahu dapat lecturer handsome ker,lepastu pertama kali dia masuk kelas dia pandang aku.Dan sejak itulah kisah cintaku bersama si dia bermula.Arghh!!" kata Emma dengan aura gedik seperti Umie tadi.
"Ceh korang ni berangan jer lebih.Buat waktu kau langgar dia lepastu tertumpah air kopi atas baju dia.Tak pasal-pasal kena penabuh keramat sampai melayang kau atas bulan.Yang kau pulak Emma,nak lecturer handsome konon.Buat semua dekat situ tua bangka,kau?" bidas dia tajam.
"Rileklah beb.Yang kau macam alergic sangat dengan kisah cinta ni pehal?Kau dah nak kahwin ker?" soalan dari Emma membuatkan dia seperti sekali lagi nak tersedak.
"Shaza,jom berlatih balik!" ajak Laura dari jauh.
"Okay,aku blah dulu.Bye!" Shaza meninggalkan mereka.Tak tahan dia bila Umie dengan Emma pandang dia semacam saja.
*********
Dia membuka buku sains.Lumrah kehidupan manusia yang bernama Shazana Alya membaca buku malam-malam.Bukan tunjuk rajin tapi memang dia dididik sebegitu dari kecil.
Ting!
Telefon dia berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Aizat:Buat aper tu?
Dia tersenyum malu sebaik sahaja mendapat mesej dari lelaki itu.
Shaza:Nothing lah...kenapa?
Aizat:Sajer rindu dekat gf I ni.
Alaa..tak boleh ker?
Shaza tergelak kecil.Dia membalas balik mesej lelaki itu.
Shaza:Yelah tu,tah² dah pasang lain.
Lama dia menunggu balasan dari lelaki itu.
Aizat:Awak,saya nak cakap sesuatu ni,boleh?
Shaza:Apa?
Aizat:Andai satu masa nanti awak berubah hati ataupun saya tinggalkan awak,masih wujudkah cinta awak kepada saya?
Shaza:Tak,saya akan pastikan hubungan kita sampai akhir hayat saya.
Dia menutup telefon dan diletakkan dihadapannya. Wajahnya diraup perlahan.
'Apa maksud dia?Kenapa aku rasa dia macam ada orang lain ni?'
Share this novel