Dia memicit pelipisnya.Harap-haraplah dia tak mabuk naik kapal terbang sekarang.
Suasana di dalam pesawat peribadi milik keluarga Mikael itu sunyi sepi kerana masing-masing sudah melabuhkan mata melayari bahtera mimpi.
"Sejuk ker?" tanya Mikael disebelah.Dia baru terjaga dari tidur dan melihat wajah Shaza yang sedikit pucat itu.
Shaza menggeleng. Mulut dia membulat,menguap sedangkan mata dia masih segar.
"Kenapa tak tidur,kan dah pukul dua ni?" tegur Mikael sambil meraup mukanya.
"Saya tak mengantuk lagi." Shaza melemparkan pandangannya keluar pesawat.
Hati dia berdegup kencang dalam diam.Entah kenapa bila dengan Mikael rasa berdebar dia lain macam.
Mikael memandang isterinya dengan dahi yang berkerut.Hairan pulak dia dengan sikap dingin Shaza.
"Awak..."
Shaza mengalih pandangannya kearah Mikael.
Namun serentak itu jugaklah pesawat itu berlanggar dengan awan menyebabkan berlaku sedikit kegegaran.
Mikael yang tidak menjangka kejadian itu terjatuh kearah Shaza yang berada dibahagian dinding.
Cup!
Bibir mereka bersatu buat beberapa saat.
Shaza terus menolak tubuh Mikael ke tepi.Merah muka dia menahan malu.
Mikael yang dalam mamai tadi terus segar.Sungguh dia tidak menjangka perkara itu akan berlaku.
Shaza menutup wajahnya dengan selimut yang disediakan.Didalam hati dia memaki pesawat itu kerana memberikan dia 'kejutan' di awal pagi.
Mikael menyentuh bibirnya.Dia menjeling kearah Shaza yang berselimut itu.Dalam hati dia menjerit suka.
Terus hilang rasa ngantuknya tadi.Diikutkan hati nak saja dia lompat dari pesawat ini kerana hati dia terlalu gembira!
??????????
"Wahh...apa khabaq semua!" seperti orang gila Syafiq menjerit bahagia dalam loghat Kedah.
Beberapa orang di situ memandang dia hairan.
"Ish,kau ni macam orang baru keluar Tanjung Rambutan dah kenapa hah?Behave lah sikit!" Syafiqah menampar bahu abang kembarnya kuat.Malu dia apabila orang memandang kearah mereka.
Panjang muncung Syafiq. "Biarlah,lagi pun orang Kedah ni sporting tau." sambung dia lagi.
"Haish..memalukan betullah ada kembar macam kau ni." keluh Syafiqah sebelum dia berjalan kearah keluarganya.
"Haish...memalukan betullah ada kembar macam kau ni."Syafiq mencebik mengejek kembarnya.
" Apa khabaq!"Syafiq mencuba nasib menegur seorang budak lingkungan enam tahun yang sibuk menjilat lolilop itu.
Budak itu mencebek ingin menangis. "Huwaaa!" dia berlari kearah ibunya yang membeli aiskrim.
Syafiq tergamam.Dia ingatkan budak itu akan balas,tetapi lain pulak yang jadi.
"Budak tu mesti bukan dari Kedah." bisik dia perlahan sebelum berjalan kearah keluarganya juga.
Shaza hanya menunduk.Tak sanggup dia pandang muka Mikael,rasa malu disebabkan kejadian pagi tadi masih menghantui dirinya.
Mikael pula sejak pagi tadi senyuman dia tak pernah lekang dibibir.
"Petang nanti kita baru keluar,sekarang kita lek-lek,tidur apa semua.Kunci hotel sat lagi abah hampa bawak mai." kata Dato' Kamal sambil menarik luggage keluar dari bonet kereta.
"Nah,kunci hampa." kata Encik Zainal dalam loghat Kedah,tempat asalnya.
"Err...kami duduk sebilik ker?" tanya Shaza mewakili dirinya dan Mikael.
Soalan Shaza dibalas cepukan dari Puan Arifah. "Aduh soalan,sebilik lah.Takkan kamu nak duduk bawah ketiak mak lagi kot."
Datin Katrina tersenyum."Shaza dengan Mika anggap jelah ni honeymoon korang."
Merah muka Shaza manakala Mikael tergelak.
"Hahaha.Mika memang nak,mama.Tapi Shaza ni malu-malu kucing sikit, tunggu tahun depan lah jawabnya." kata dia dan dibalas ketawa mereka disitu.
Bertambah merah muka Shaza.
Alahai lah suami...kenapalah kau miang sampai tahap sebegini?
Setelah sampai di bilik A402, terus Mikael mengeluarkan kunci membuka pintu hotel itu.
Tergamam Shaza melihat suasana bilik hotel itu.
Katil bersaiz king terdampar elok ditengah bilik dengan bunga ros yang dihiasi ditengah-tengahnya dan terdapat dua buah anak patung berbentuk swan tengah bercium di atas katil itu.
Mikael tersengih melihat patung itu.
"Awak tidurlah dulu kalau penat, saya nak pergi mandi jap."kata Mikael meletakkan luggage mereka di tepi almari baju.Malas dia nak kemas.
Shaza hanya mengangguk. Tudung shawl nya diletakkan dikerusi dimeja makeup.
Aizat:Assalamualaikum Shaza.
Terus Shaza yang elok meniarap itu terbangun.
" Alamak,nak jawab ke tak eh?Arghh..ganyang je lah!"dia berbisik perlahan sebelum ruang Whatsapp dibukanya.
Shaza:Waalaikumsalam... kau nak apa?
Aizat: Shaza...tolonglah maafkan saya.Sampai bila kita nak macam ni?Sampai saya mati ker?
Amboi,senang hidup dia nak paksa aku.Tapi...aku rindu lah dekat dia.Patutkah aku maafkan?
Shaza: Jangan cakap benda yang tak sepatutnya,Aizat.
Aizat:Tak,saya cakap benda yang betul.Awak nak saya merana kerana tidak dimaafkan awak dekat kubur nanti?
Shaza: Yelah,saya maafkan.Dah,jangan cakap pasal mati.
Aizat:Serious lah?
:??????.
:Have to go,assalamualaikum.
Shaza:Waalaikumsalam.??
Telefon Samsung nya dicampak ke tepi.
Betul kah apa yang aku buat ni?Mencintai orang yang bukan suamiku?Tapi... salah jugak kalau aku berpura-pura cintakan dia sedangkan hati aku masih cintakan Aizat.Arghhh...pening!
Dia bangun dari katil dan berjalan kearah balcony.
"Haish.." keluhan dilepaskan.Sungguh otak dia tidak serabut sekarang.
"Aku dah lama sukakan Aizat,dari kita tiga jadi sahabat lagi.Tapi aku pendam rasa tu sebab aku tahu dia sukakan Qistina.Memang, hati aku sakit tapi aku tahan.And aku tak sangka yang kau akan tinggalkan kami,Qis.Walaupun dia dah luahkan perasaan dia tahun lepas tapi entahlah. But aku pasti dia masih sayangkan kau.
Aku tak marah.Perasaan masing-masing kan?Samalah jugak perasaan aku dekat Mikael. Tak pernah terlintas difikiran aku yang aku akan kahwin dengan dia.Aku rasa sampai bila-bila pun aku takkan cintakan dia sebab hati aku sepenuhnya dekat Aizat. Aku pastikan yang dia ceraikan aku tak kisah dalam apa cara sekalipun dan aku akan kembali ke hati Aizat semula.Mikael?Hurmm..mungkin dia dengan Azra?Aku tak kisah,yang penting dia ceraikan juga aku." kata Shaza seorang diri. Angin lembut yang menyapa membuatkan dia terasa seperti bercakap dengan arwah Qistina.
"Maksudnya awak bencikan saya?" suara keras menegur dari belakang membuatkan Shaza tersentak.Macam mana dia boleh lupa yang mereka tengah bercuti ni?
"Mik..."
"Awak silap Shaza,biar apa pun yang awak kata,awak buat.Saya tetap takkan ceraikan awak dan..."
Mikael berjalan kearah Shaza.Bahu isterinya dicengkam kuat.
"Saya akan gugurkan Aizat dari permainan kita,just wait and see."
Mata Mikael yang merah tidak sanggup dipandang Shaza.Sungguh hati dia menjadi kecut dan bersalah ingin melihat wajah Mikael.
Melihat Shaza berdiam diri menghancurkan perasaan dan mematahkan hatinya.Tahulah dia kedudukan dirinya didalam hati Shaza.
"Kalau pun awak tak sayang dan cintakan saya,please.Jangan bencikan saya, jangan buat hati saya yang lama menanti cinta awak hancur.I'm begging you."
Hati Shaza tersentak apabila air mata Mikael mengalir dipipi.
Mikael tersenyum dan air mata dia diseka.Bahu Shaza dilepaskan dan dia berjalan kearah pintu.
"Awak nak pergi mana?" tanya Shaza cemas.
Soalan Shaza diabaikan.Dia membuka pintu bilik hotel itu dan berjalan keluar.Dirinya mengikuti sahaja kemana kakinya berjalan.
??????????
Syafiq dan Syafiqah berlari-lari dipantai seperti budak kecil sedangkan umur mereka sudah 17 tahun.
Dato' Kamal dan Datin Katrina tergeleng melihat tingkah laku anak mereka.
Mikael disebelah Shaza hanya terdiam.Kadang kala batu di kaki dicapai dan dilontarnya ke pantai.
Manakala Encik Zainal dan Puan Arifah terkedek-kedek kearah mereka.
"Maaf ya semua,isteri saya ni bersiap lambat sangat.Entah sapa dia nak ngorat pun saya tak tahu." keluh Encik Zainal mengundang ketawa mereka.
"Mak,abah,mama dan papa.Mika nak jalan-jalan sekejap." kata dia sambil menyapu pasir yang melekat di punggung.
"Eh,takkan nak pergi sesorang?Bawaklah Shaza sekali." tegur Datin Katrina hairan.
Shaza dan Mikael tersentak.Perlahan-lahan dia mengangguk.
Shaza bangun dan mengikuti Mikael dihadapan.
Suasana disekeliling mereka sunyi kerana masing-masing melayan fikiran.
"Shaza?" dengan serentak mereka berpaling kebelakang.
Tergaman Shaza dibuatnya."Umie?"
"Womaigad!Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini!" mereka berpelukan seperti sebulan tidak berjumpa.
"Eh,sapa laki ni?Nak kata abang,kau anak tunggal.Anak ikan kau eh?" Umie tersenyum gatal.
Bahu Umie ditampar kuat. "Anak ikan kepala hotak kau!Ni...."
Alamak! Apa aku nak cakap ni?Kang kata suami hancurlah rahsia aku.Tak pasal-pasal satu sekolah tahu,Umie ni mulut bukan boleh percaya sangat.
"Saya Mikael,sepupu Shaza." kata dia setelah melihat Shaza berdiam diri.
Membulat mulut Umie."Ouwh,sepupu.Mati-mati aku ingatkan suami kau.Tapi ni kalau Aizat tahu,mesti dia kecewa."
Shaza dan Mikael masing-masing tergamam.
"Errr...kau tak payahla bagitahu dia." kata Shaza dalam takut.Sempat dia menjeling kearah Mikael yang berada disebelahnya.
"Hahaha,tak payah risaulah.Aku kena gerak dulu,apa-apa roger dalam Whatsapp tau.Bye!" dia berlari kearah keluarganya yang berada tidak jauh dari mereka.
"Sayang betul kan awak dekat Aizat tu." perli Mikael dingin sebelum dia berjalan meninggalkan Shaza dibelakang.
Hati Shaza tersentak.Hati dia sedikit terasa dengan kata-kata Mikael.
Share this novel