Shaza..."
Dia melihat kearah Aizat. Hati dia menjadi sakit kembali.
"Aizat!"
Dua orang yang terlindung disebalik pokok memandang kearah Shaza yang berjalan kearah mereka diikuti Faisol dibelakang.
"Shaz..."
"Sampai hati kau kan Aizat!"dia menolak tubuh lelaki itu. Geram betul hatinya melihat Aizat dan Husna,pelajar tingkatan 4 itu bermesra.
"Wei,sudahla.Mampus kita kalau cikgu nampak nanti!"tegur Faisol takut. Dia ingat Shaza akan abaikan,tak sangka pulak gadis itu akan serang walaupun diikutkan hati nak juga dia tumbuk muka Aizat yang dah rampas awek dia tu.
"Argh,biar ada cikgu nak datang pun.Hoi perempuan, tak ada laki lain ker kau nak kacau hah?Ni,Faisol ni pakwe kau kan?Asal dengan dia jugak kau nak hah?!"macam kena sampuk Shaza menjerit. Nasib baik jugaklah tempat itu sedikit terlindung.
"Shaza..jomlah wei!Tak payah layan orang curang macam diorang ni!"Faisol menarik bagpack yang digalas Shaza dibelakangnya.
Terheret juga gadis itu walaupun mulutnya masih belum henti memaki mereka berdua.
Kenangan minggu lepas melintas difikirannya.Dia menjeling tajam lelaki itu sebelum berlalu pergi.
Maafkan aku Qis...
Hati dia berbisik perlahan.
************
Dia memeluk tubuh menunjukkan yang dia tengah marah.
Mikael yang kusyuk membawa kereta menjelingnya sekilas."Muka tu janganlah masam sangat,senyumlah sikit..."
Shaza menjeling lelaki itu tajam.Macam mana lah dia tak geram?Baru saja dia sampai rumah,terus lelaki itu ajak dia keluar.Bila dia taknak,dimarahnya pulak dengan Puan Arifah siap package tarik telinga.Nak taknak terpaksalah dia tukar baju dan ikut Mikael membawanya kemana saja.
Mikael membelokkan keretanya ditempat parking."Jom,kita beli cincin."
Berkerut kening Shaza."Cincin?Tapi mana boleh pakai benda macam tu dekat sekolah,tak payahla..membazir saja."
Mikael juga terdiam kerana otaknya mencerna ayat untuk diberikan kepada Shaza.
"Then you pakailah after school.Tak kira kita pergi beli jugak,jom."
Shaza membungkam.Bertambah marak api kemarahan dia terhadap Mikael.
"Suka paksa orang.Ingat aku ni babu dia ker apa?Kalau ada upah takpelah jugak!"Mikael tersenyum mendengar leteran bakal isterinya dihadapannya.
" Nak upah ker?Tunggulah malam pertama kita nanti."Shaza berhenti dari berjalan dan berpusing kebelakang.
Belum sempat dia membuka mulut,satu suara menegur dibelakang Mikael.
"Mika?"
Serentak mereka memandang kearah gerangan tersebut.
Seorang gadis yang agak seksi menyapa pandangan mereka.
"Azra?" gadis itu ketawa kecil.Suka rasanya bila lelaki pujaan hati mengingati dia.
"Tak sangka kita jumpa dekat sini?You cari apa?" tanya Azra dengan penuh manja.Dia belum sedar kehadiran Shaza dibelakang Mikael.
"I cari cincin untuk bakal isteri I.You pulak buat apa dekat sini?"
"Wait a minute, you will married?" terkejut dia mendengar berita itu.Sangka dia lelaki itu juga menyimpan perasaan dekat dia.
"Yes,I have to go.See you later.." dia menarik tangan Shaza yang berlapik ke kedai emas.
Terpinga-pinga Azra ditinggalkan begitu sahaja.Dari jauh dia melihat pasangan itu berjalan.
Tak guna!Sapa perempuan tu eh?
"Eh,janganlah pegang.Haram tahu tak?" marah Shaza.Walaupun berlapik,dia tetap tidak suka lelaki itu memegangnya.
Mikael hanya tersengih.Kaki mereka melangkah masuk ke sebuah kedai emas yang paling besar dalam mall itu.
"Mikael?Tak pernah datang,nak beli emas dekat Datin Katrina ker?" tanya seorang wanita sebaik sahaja mereka mendekatinya.
Mikael tergelak kecil. "Mana ada,saya nak beli dekat wife saya ni hah..."
Bulat mata wanita itu."Wife?Ingatkan adik Mikael..nampak macam budak sekolah menengah baru."selamba dia menuturkan ayat itu.
"Sudahla.Kalau cakap dengan Mira memang ada terselit ayat yang sakit hati kan?Cari cincin untuk wife saya ni."
Amira mencebik.Dia berbual dengan Shaza untuk memenuhi citarasa gadis itu.
Selepas saja mereka membeli keperluan perkahwinan,Shaza dan Mikael menuju kerumah Dato' Kamal dan Datin Katrina.
"Alahai lawanya menantu mama ni." kata Datin Katrina sebaik sahaja Shaza bersalam tangannya.
Lebar senyuman Shaza dipuji begitu.Rasa panas punggungnya seperti mahu terbang saja.
"Tak menyesal papa dengan Zainal satukan kamu dua." seloroh Dato' Kamal.
Mikael tersengih lebar manakala Shaza tayang senyuman plastik.
"Abang bagilah balik!" jeritan dari tingkat atas menghentikan perbualan mereka.
"Sapa suruh adik makan Magnum abang? Tak kira abang ambil jugak!" dua orang remaja turun dari tangga sambil berkejaran.
"Apa yang bising sangat tu?Ika,Fiq..datang sini jumpa kak ipar kamu!" tegur Datin Katrina melihat perangai anaknya yang seperti baru mencecah lima tahun sedangkan hampir tamat alam menengah sudah.
Mereka datang dengan muka yang teruja bila Datin Katrina menyebut 'kak ipar'.
Shaza yang dari tadi berbalas jeling dengan Mikael memerhati kearah dua orang remaja dibelakang nya.
"Syafiqah?Syafiq?!" kata Shaza dengan nada terkejut.
"Shaza?!" seperti dia,pasangan kembar itu juga terlopong.
*************
"Kau...kak ipar kitorang?"
Sudah diagak,Shaza mengangguk perlahan.
Syafiqah dan Syafiq saling berpandangan.Lima saat kemudian mereka berdua ketawa sakan.
"Wei,serius ah kau nak jadi kak ipar kitorang? Kita tiga sama umur jer kot!" kata Syafiq sambil ketawa lagi.
Shaza memerhati kembar itu dengan perasaan geram yang membuak-buak.
"Janganlah gelak!" marah dia geram.
Syafiqah mengelap air matanya yang hampir luruh akibat ketawa."Sorry lah wei."
Shaza mengeluh. "Aku mintak tolong korang please jangan cakap benda ni dekat sesiapa tau."
"Okay!" jawab mereka serentak. Dah nama pun kembar,mestilah serentak.
Mikael melihat mereka bertiga bersembang dari jauh.Terbit senyuman nipis dibibirnya.
"Haii..belum kahwin dah senyum ni." usik Datin Katrina disebelah.
Mikael menggosok belakang kepala menghilangkan rasa malunya.
"Betul ker kamu nak kahwin dengan dia dalam usia dia macam tu?" tanya mamanya lagi.
Mikael mengangguk yakin."Mika taknak dia lepas dekat orang lain,ma."
Datin Katrina mengeluh. Bukan dia taknak anak sulungnya berkahwin dengan Shaza,tapi dia takut kalau bakal menantunya tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas atau dimana sahaja.Itu saja.
"Kamu yakin pelajaran dia takkan terganggu?"
Lelaki itu mengangguk lagi."Lagi enam bulan dia akan tamat sekolah,lepastu Mika akan ambil dia kerja dengan Mika."
Datin Katrina hanya mengiyakan."Kalau itu yang kamu mahu,mama dengan papa ikutkan saja.Tapi ingat,jangan curang dengan dia pulak."
Mikael tersenyum nipis.Dia faham mamanya maksudkan Azra,kawan dia zaman kolej dahulu.Sudah berulang kali dia menjelaskan yang mereka hanya kawan tapi Datin Katrina tetap tidak percaya.
"Tapi mama,macam mana kalau Shaza dah ada..boyfriend?" tanya Mikael meminta pendapat mamanya.
Datin Katrina tergelak kecil. "Soalan apalah Mika tanya ni?Kalau betul dia ada boyfriend, Mika yang bakal jadi suami ni godalah dia.Buktikan pada Shaza yang Mika cintakan dia."
"Tapi kalau dia tak tergoda jugak?"
"Mika kena faham,perempuan ni mudah jatuh cinta dengan ayat manis.Mika pau lah dia satu dua ayat.Tak berdosa pun kalau Shaza berpaling tadah dekat Mika yang sah jadi suami dia."
Mikael tersenyum puas.Dia akan cuba sehabis baik mencurah cintanya kedalam hati gadis itu
"Kak Yana tak cakap bila dia nak balik ker?" tanya Mikael lagi.Lama dia tak bertentang mata dengan kakaknya yang seorang itu sejak Diana dan mama papanya bergaduh.
Kakaknya terlalu minat dalam bidang fesyen manakala keluarga mereka dalam bidang kedoktoran dan perhotelan.Dengar khabar sekarang kakaknya sudah menempa namanya di Korea menjadi salah seorang pereka fesyen yang terkenal disana.
"Entahla,mungkin hati dia belum sejuk untuk maafkan dan jenguk mama papa dekat sini." Datin Katrina mengeluh kesal.Menyesal dengan perbuatannya dulu sedangkan dia sebagai mama harus membimbing minat anaknya,bukan menentang habis-habisan.
"Lama-lama terpujuklah hati dia.Mika yakin satu hari nanti dia akan balik semula kesini dan keluarga kita akan lengkap semula,macam dulu." Mikael memegang tangan yang semakin dimamah usia itu.
Datin Katrina tersenyum.Lega hatinya mempunyai anak yang memahami masaalahnya itu.
**********
Shaza memandang langit biru yang terbentang luas diatasnya.Hati dia dijentik rasa ketenangan dengan angin yang lembut menampar pipinya.
"Nak masuk ker?"tanya Shaza perlahan. Taknak orang didalam yang mungkin tertidur rasa terganggu.
"Habis kita dekat sini untuk apa?Bedal je lah..jom!"pujuk Aizat.Pintu wad ditolak menampakkan sahabat mereka yang ralit memerhati siling.
"Assalamualaikum... "
Qistina yang baru tersedar kehadiran mereka berdua tersenyum. Perlahan-lahan bibir pucatnya menjawab salam."Waalaikumsalam.. "
"Macam mana kau hari ni?Sihat?"tanya Shaza prihatin.Tangan Qistina yang sejuk dipegangnya.
"Okay tak okay,aku tetap akan mati jugak Sha.Mungkin esok,minggu depan..sapa tahu kan?"jawab Qistina dalam sebak.
"Jangan cakap macam tu,Qis.Kita tetap ditakdirkan mati cuma lambat atau cepat jer.Mana tahu aku atau Sha yang sihat walafiat ni pergi dulu?"pujuk Aizat.Tak suka dia bila sahabatnya memikirkan tentang perkara itu.
" Aku dah tak lama hidup tapi aku cuma nak cakap yang korang dualah sahabat yang paling baik aku pernah ada.Selama ini orang takut nak dekat dengan aku sebab ada penyakit AIDS,tapi korang tak.Sebelum aku mati ni aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada salah silap and please halalkan makan minum aku."
Air mata yang cuba ditahan mengalir dipipi."Please jangan cakap macam tu Qis.. aku tak suka.Tak kira apa pun aku tetap sayangkan kau."
Qistina tersenyum pahit Air matanya juga mengalir dipipi.Aizat dibelakang Shaza tertunduk bila air matanya mula bertakung.
Tiba-tiba mesin hayat gadis itu mengeluarkan bunyi amaran.
Shaza dan Aizat menggelabah melihat Qistina yang tersekat-sekat menarik nafas.Aizat berlari keluar meminta pertolongan doktor diluar.
"Mengucap Qis..mengucap!"Shaza mengenggam tangan sahabatnya.
Dalam payah dia mengikuti Shaza mengucap.
Tittt....
Bunyi mesin hayat menjadi panjang menandakan gadis itu sudah tidak bernyawa.
Aizat yang baru masuk kedalam wad terduduk.
Shaza memandang sahabatnya yang sudah tidak bernyawa itu.
" Qistina! "
Bilik itu mula dihiasi dengan tangisan Shaza, Aizat dan keluarga Qistina yang baru sampai .
Air mata Shaza tumpah mengingati kisah lampaunya yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa saja.Hanya dia dan Aizat sahaja yang tahu.
Sungguh hati dia rindukan sahabatnya itu.Kalau diberi peluang mahu saja dia jumpa gadis itu walaupun dalam mimpi.
Share this novel