Bab 4

Romance Series 4506

Satu saat...
Dua saat....
Tiga saat....

"Aduh,mana mamat senget ni?Kata pukul 4:30,sekarang dah pukul lima kot.Takkan aku kena tipu pulak?" keluh Shaza.Disedutnya jus oren dihadapan sambil memerhati sekeliling.

Bukan kerelaan dia untuk berjumpa dengan bakal suaminya tapi nak buat macam mana,kalau dia tak datang Encik Zainal akan marah dia.Nak taknak kenalah jugak dia kesini.

"Hye girl." sapa seorang lelaki yang dengan selambanya menarik kerusi dihadapan gadis itu.

"Do I know you?" tanya Shaza hairan.Topi yang dipakai lelaki itu menyukarkan dia mengenalinya.

"Of course you are." lelaki itu menarik topinya dan membetulkan rambut dia.

Bulat mata Shaza memerhati lelaki itu.Dia..dia ni kan...

"Yes,yang you jumpa dekat maktab.Mikael Naufal,your husband." Mikael mengenyit mata kirinya.

Shaza mendengus geram.Tak sangka dia lelaki miang itu rupanya bakal suami dia.

"Your husband? Mintak tolong jangan perasan kay?" dia tersenyum sinis.

"No,I tak perasan. Dont you remember that Uncle Zainal want you and I..married?" Mikael tersenyum mengejek.

Shaza membungkam.Benci dia lihat senyuman ejek itu.

"So,disebabkan I dah kenal data peribadi you,biarkan I perkenalkan diri I." melihat kebisuan Shaza,dia menyambung ayatnya.

"My name is Mikael Naufal bin Dato' Kamal,dua bulan lagi umur I akan menginjak ke angka 20 and dua minggu lagi akan jadi your husband." dia tersenyum lagi.

Shaza mencebik.Meluat dia dengan ayat terakhir lelaki itu.

"Haish,Encik Mikael, banyak perempuan yang lagi lawa,berguna dekat luar sana.Cuba encik bayangkan encik kahwin dengan saya yang bukan hanya lepasan SPM tapi SPM pun tak lepas lagi ni.Encik tak rasa ker kehidupan encik nanti tunggang terbalik?"dia cuba meracuni fikiran Mikael.

Tetapi hatinya hampa bila lelaki itu menggeleng." No,I tak dan takkan menyesal kahwin dengan you.And please,Shazana Alya..please call me  'abang',bukan encik-encik bagai?

"Eww?Abang?Erghh..tolonglah!Dekat Aizat pun aku tak panggil macam tu..." ayat terakhir dituturnya perlahan namun didengari jelas ditelinga Mikael.

"Wait a minute,you...ada boyfriend?" tanya dia dengan kening yang terangkat.

Muka Shaza berubah sedikit cuak.

Eh?Buat apa aku nak takut pulak?Patutnya dia kenalah tahu yang aku dah ada buah hati walaupun aku taklah sangat suka Aizat sejak haritu kan?

"Yes,memang saya ada boyfriend dan saya sayang dia sangat yang teramat sangat."

Mikael yang menghirup white coffe nya tersembur."Hahahahaha!"

Shaza memegang jus orennya yang hampir terbalik kerana Mikael yang tergelak sambil menepuk meja itu.

"Gila ker?Gelak pulak dia." Shaza memeluk diri menahan amarahnya.

"Look at her.Boyfriend...huuu~lawak betul." Mikael menyapu air matanya yang mengalir kerana ketawa.

"Awak ni kenapa hah?Sekurang-kurangnya saya sayangkan dia lebih daripada awak tau!"

Mikael ketawa kecil."Shazana Alya sayangku, kalau you suka kat dia bagai nak rak pun ada ker kekal sampai ke jinjang pelamin?Makan minum dia pun mak ayah yang tanggung."Mikael tergeleng sambil ketawa.

"Hergh,lagi bagus dari orang yang suka sakitkan hati macam awak ni." mencuka mukanya menahan marah.

Eh?Bukan Aizat pun ada sakitkan hati kau ker?

Arghh..ganyang jelah!

"Hehehe...sorry my dear." Shaza menjeling keatas.

"Okay,sebabkan kita kena kahwin atas dasar janji zaman kurun dulu,saya akan letakkan syarat."

" So you terima lamaran I?"wajah Mikael bertukar teruja.

Shaza mengangguk perlahan.

"Jadi apa syaratnya?"

Shaza menghulurkan sehelai kertas."Baca dan hadam,kalau awak dengan saya sendiri tak boleh ikut syarat tu,kita cerai.Deal?"

Lama Mikael berfikir sebelum mengangguk. "Deal but remember Shazana Alya,no matter what,I akan tetap buat you jatuh cinta dengan I.Just wait and see."

"I'll wait the moment." kata Shaza dengan sinis sebelum berdiri dan membetulkan bajunya yang sedikit kedut itu.

"Kalau awak tak terima syarat tu,anytime boleh tarik balik lamaran family awak.Assalamualaikum." dia berlalu pergi dari meja itu dengan penuh elegant.

"And aku akan buatkan kau jatuh cinta dengan aku sampai bila-bila."bisik dia perlahan.

Tapi sapa boyfriend dia eh?

Fikir Mikael dengan matanya yang tak lepas memandang Shaza itu.

 **************

" Assalamualaikum kelas,harini kita ada dua rakan baharu.Syafiqah dan Syafiq."kata Cikgu Jasmin sebaik sahaja masuk kedalam kelas.

Semua mata terarah kepada dua kembar dihadapan kelas mereka.Tak kurang jugak yang memberi siulan sumbang melihat kembar yang segak dan tampan itu.

"Syafiq boleh duduk sebelah Haziq and Syafiqah..." kepala Cikgu Jasmin melilau mencari tempat kosong untuk gadis itu.

"Ouwh!Syafiqah boleh duduk tepi Shaza.Presiden kelas esok tolong cover kan tempat kosong untuk pelajar yang tak hadir harini.Get it?"

Haikal mengangguk perlahan.

"Hye,Syafiqah Izzati." dia menghulurkan tangan kepada Shaza yang sibuk menjawab soalan matematik selepas Cikgu Jasmin keluar dari kelas 5 Sains.

"Shazana Alya." dia senyum cukup syarat sambil membalas huluran tersebut.

Mulut Syafiqah berbentuk 'O' dengan jawapan balas dari Shazana.

Tidak mahu mengganggu gadis itu,dia mengeluarkan buku sejarah tingkatan 5.Banyak lagi yang perlu dihadamnya sebab bila tiba saja mata pelajaran itu,pasti dia naik mengantuk.

Berhantu betul mata pelajaran sejarah ni!

************

"Amacam bakal bini kau tu?Dia terima tak?" lelaki dihadapannya dipandang sekilas.

"Kalau muka kacak kalah Leonardo De Caprio ni,gilalah dia tak terima." bohong Mikael sedangkan mati-mati jugaklah Shaza taknak terima dia.

"Kau cakap kucing pun boleh terbang eh?Yeker dia terima?Kesian..umur muda tapi laki,tua.Hahahaha!" Iskandar terdiam apabila menerima jelingan Mikael dihadapan.

Laki ni kalau jeling,Menara Cina pun boleh tembus!Kalah perempuan mengandung anak sulung..

Dalam diam sempat lagi lelaki itu mengutuk kawannya.

"Kau Is..jangan sampai balik rumah ni isteri kau tak kenal kau. Berterabur gigi kau aku ganyang."Mikael memandang tajam kawan baiknya itu.

" Wuish,kasar betul kau ni.Aku nak melawak pun kena ganyang dulu.Macam manalah Si Shaza nak hadap kau setiap hari..syeram baqhang!"dia ketawa lagi dengan lawaknya.

Mikael menggeleng menyabarkan hatinya.

"Jadi dia memang terima kau ker?" tanya Iskandar sekali lagi.

Mikael mengangguk namun selepas itu dia mengeluh. "Tapi dia letak syarat.Gila ker apa kahwin tapi tak boleh sebilik?"

Terangkat kening Iskandar."Dia letak syarat tu dekat kau?"

Mikael mengangguk malas."Banyak lagi syarat dia letak dekat aku."

"So kau ikut je lah?"

"Buat masa ni,yes.Tapi aku janji dua tiga minggu lagi dia akan jatuh cinta dekat aku." azam dia.

"Macam mana?"

Mikael tersenyum sinis."I have a plan..."

Berkerut kening Iskandar.

Matilah kau Shaza..Si Mikael ni kalau buat plan kalah presiden negara!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience