Bab 9

Romance Series 4506

Papa?"

Mikael melihat wajah penat Dato' Kamal yang baru keluar dari wad kecemasan.

"Mika?Kenapa Mika ada dekat sini?" tanya dia hairan.Selalunya lepas sekolah pasti anak dia akan pulang terus ke rumah.

"Saja,kenapa papa nampak stress ni?"tanya Mikael hairan.

Dato' Kamal meraup mukanya." Anak Zainal..."

"Kenapa dengan dia,pa?" potong dia takut.Minggu lepas dia dapat tahu yang gadis idamannya masuk ke hospital.

"Akhirnya Zainal setuju untuk melakukan pembedahan Shaza tapi..." terasa berat hatinya untuk meluah kata-kata tersebut.

"Tapi?"

"Dia memerlukan banyak darah,papa..."

"Takpe,pa.Mika akan dermakan darah Mika."tangan Dato' Kamal dipegang.

"Tapi Mika..."

"I'm okay,pa.But...Mika nak papa buat satu janji dengan Uncle Zainal."

Dahi tuanya berkerut. "Janji?"

"Jadikan Shaza sebagai isteri Mika bila Mika berumur 20 nanti."

Kenangan tiga tahun lepas melintas difikiran dia.Perlahan-lahan bibirnya tersenyum.

Namun senyumannya itu mati.Luahan hati Shaza pagi tadi betul-betul merobek hati dia.

Bohonglah kalau dia tak cemburukan Aizat.Suami mana lah yang suka bila isteri mereka menyintai orang lain?

Dia mengeluh perlahan.Sungguh, hati dia terlalu kecewa buat masa sekarang.

Dari atas balcony dia melihat Shaza yang berjalan di pantai berseorangan.

Namun hati dia tersentak apabila dua orang lelaki berdiri dihadapan isterinya.

Dengan kalut dia turun ke bawah.

"Sapa kau?" tanya Shaza takut.

Dua orang lelaki dihadapannya tersenyum sinis.

Salah seorang dari mereka berjalan mengelilingi Shaza."Kau tak payah kenal kami sapa,lagipun takkan kitorang nak bagitahu kau pulak kan?"kata lelaki itu disambut gelak tawa mereka berdua.

"Come to papa,darling." dia cuba memeluk Shaza.

"Lepaslah!Tolong!" jerit Shaza apabila badan dia dipeluk dari belakang.

"Diam!Kau bising siap kau!" kata seorang lagi dengan jarinya ditunjukkan atas bawah Shaza.

"Woi!Lepaskan dia!" semua pandangan tertumpu kearah Mikael yang berlari kearah mereka.

"Wohoho,hero dah sampai." perli lelaki itu sambil ketawa.

"Baik lepaskan dia sebelum pecah kepala korang aku kerjakan." kata Mikael dengan nafas naik turun.

"Okay,jom kita tengok kepala sapa yang pecah dulu." lelaki itu berjalan kearah Mikael dengan senyuman sinis.

Lelaki itu melayangkan tumbukan kearah wajah Mikael namun dia cepat menangkap tangannya.

Mikael tersenyum sinis sebelum tumbukan dihalakan kearah perut lelaki itu.

Terbeliak mata dia apabila perut dia terasa seperti dihempap batu.

Mikael sekali lagi melayangkan tumbukan kearah perut kemudian kepala lelaki itu diangkat dan dilagakan dengan kepalanya.

"Woi!Baik kau lepaskan dia sebelum kau pun nak macam dia jugak." jerit Mikael kepada lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum sinis dan Shaza ditolaknya ketepi.

Buk!

Tumbukan dari dia selamat dilayangkan kearah wajah Mikael.Mengalir sedikit darah dibibirnya.

Mikael memegang mulutnya sebelum tersenyum juga.

Sekali lagi lelaki itu cuba melayangkan tumbukan namun cepat ditangkap Mikael.

Dia menggenggam tangan lelaki itu kuat dan sebelah lagi tangan dia dilayangkan kearah mukanya.

Terjatuh lelaki itu dengan sekali tumbukan sahaja.

"Kalau nak cari pasal,pastikan ada pengalaman dulu." ejek Mikael lalu mendapatkan isterinya.Jelas riak cuak terukir di wajah Shaza.

"Sha..."

Buk!

"Mikael!"terjerit dia melihat lelaki itu sudah terjatuh dihadapannya akibat dipukul oleh lelaki tadi dari belakang.

"Hehehe,now takde siapa yang mampu halang kita dah." kata dia sambil tersenyum sinis.

"Woi!"

Syafiq,Syafiqah dan seorang security guard berlari kearah mereka.

"Ah,mampus!Jom lari wei,cepat!" terkedek-kedek mereka berlari dengan sakit yang ditahan.

"Mikael, bangun!Mikael!" Shaza menepuk pipi Mikael yang tidak sedarkan diri itu.

Dia dapat merasakan sesuatu di tangannya yang berada dibelakang kepala Mikael.

Dia tergamam apabila tangannya diangkat.

Darah!

***********

Cahaya dari lampu membuatkan mata dia terasa sakit untuk dibuka namun digahahnya jua.

Keadaan sekeliling dipandang

Aku kat mana ni?

Dia cuba untuk bangun dan...

"Abang Mika?" jelas satu suara perempuan menegur dia dari tepi.Syafiqah yang baru membuka pintu wad masuk dan mengambil tempat di sofa tepi katil Mikael.

"Ika?Abang kat mana ni?Kenapa abang dekat sini?"dia cuba mengingati tetapi kepala dia terasa seperti dicucuk pisau.

" Abang pengsan semalam waktu selamatkan Sha dari penjahat.Kepala abang kena pukul, dah...lupakan.Bend..."

"Mana Shaza?" tanya dia cemas.Terus hilang rasa sakitnya digantikan dengan rasa cemas.

"Dia baru jer balik,mama suruh dia tinggal dekat hotel dulu.Nanti dia datanglah,tak payah risaulah." pujuk Syafiqah sambil tersenyum.

Mikael meletakkan kepalanya diatas bantal.Berdenyut-denyut kepala dia.

"Abang betulkah cintakan Shaza?" tanya Syafiqah sambil melihat Mikael yang meletakkan tangan diatas kepala yang sudah berbalut itu.

Mikael tersenyum. "Kalau seribu kali Ika tanya jawapan dia tetap sama,abang cintakan Shaza dan perasaan itu takkan berubah sampai bila-bila."

"Tapi...Sha?" terangkat kening Syafiqah.

Mikael termangu."Abang tiada hak untuk paksa dia cintakan abang."

Syafiqah menggigit bibir bawahnya.Dia sudah silap cakap kah?

Belum sempat dia membuka mulut,pintu terkuak dari luar.

Syafiq berjalan diikuti Shaza dibelakang.

"Err...Sha pun dah datang,kita turun dulu lah Fiq.Ika lapar ni." lelaki itu mengangguk dan mereka berdua berlalu pergi.

Mikael hanya memandang wajah Shaza yang tertunduk disebelahnya. Gaya dia seperti akan dimarahi pengetua kerana melakukan kesalahan pun ada.

"Sha..."

"Saya mintak maaf!" dia memeluk lelaki itu spontan.Rasa bersalah dia semakin lama semakin bertakung terhadap lelaki itu.

"Saya mintak maaf sebab saya lah awak jadi macam ni.Kalau lah saya tak keluar malam tu..."

"Shuuu..." Mikael memegang pipi isterinya sambil tersenyum.

"Jangan cakap macam tu,keselamatan awak adalah tanggungjawab saya.Kalau diberi pilihan mati pun saya sanggup demi awak,now please don't cry my dear."air mata yang mengalir diusapnya lembut.

Shaza termangu. Dia terharu dengan kata-kata Mikael sekaligus bersalah kerana tidak menghiraukan cinta lelaki itu.

" And my dear,saya tak kisah awak tak cintakan saya tapi jangan bencikan saya."

Shaza memeluk lelaki itu sekali lagi.Semakin bertambah rasa bersalah dia apabila Mikael meluahkan kata-kata itu.

Mikael terkejut menerima pelukan itu.Perlahan-lahan tangannya naik dan menggosok belakang Shaza.

**************

Panjang tangan Shaza memberi makanan kepada helang yang terbang di merata-rata tempat.

"Shazana Alya!" sergah Syafiqah dari belakang.

Terangkat bahu dia kerana terkejut. "Ish,kau ni nak aku mati awal ke apa hah?"

Syafiqah ketawa kecil."Sorry kakak ipar ku."

Dia menjeling keatas.Rasa pelik pula dia digelar sebegitu sedangkan usia mereka sama sahaja.

"Sha,aku nak tanya kau sesuatu ni."

"Tanya apa?" dia melihat wajah Syafiqah seperti bersalah.

"Kau...sayangkan Abang Mika tak?" tanya dia berhati-hati. Takut kalau Shaza terasa.

Shaza tergamam.

Sayangkah aku dekat Mikael?Mungkin. Aku tak boleh tipu perasaan aku sejak malam tu.

Perlahan-lahan dia mengangguk.

Syafiqah tersenyum. "Kau cintakan dia tak?"

Sekali lagi Shaza tergamam. Cinta?Dia tak pasti dengan itu.

"Ika!"

Belum sempat dia menjawab Syafiq terlebih dahulu memanggil kembarnya.

"Aduh,dia ni nak apa pulak!" keluh Syafiqah geram dan meninggalkan Shaza keseorangan disitu.

"Selamat!" Shaza mengeluh lega.

Aku sayangkan Mikael tapi cinta?Hurmm..mungkin terlalu awal untuk aku cintakan dia.

Sejam meluangkan masa di Dataran Helang, mereka bergerak ke Langkawi SkyCab.

"Err...nak kena naik ker cable car tu?" tanya Shaza.

"Iyerlah,bukan selalu nak naik cable car ni haa." Datin Katrina memberi tiket kepadanya.

"Kalau Sha takut peluk jer Mikael. Bolehla bermanja-manja sikit.Tak gitu?" gurau Dato' Kamal.

Mereka ketawa mendengar gurauan Dato' Kamal.

Suasana di dalam cable car sunyi sepi.Mikael memandang luar manakala Shaza tak habis-habis beristighfar. Pelbagai bayangan bermain-main difikirannya.Hanya mereka berdua didalam cable car itu.

"Awak okay tak ni?" Mikael memandang Shaza disebelahnya yang sudah pucat itu.

Shaza mengangguk perlahan. Dalam hati dia berdoa semoga mereka cepat sampai ke darat semula.

Angin tiba-tiba datang kuat menyebabkan cable car itu bergoyang.

Dengan spontan jugaklah Shaza memeluk Mikael.

Tindakan Shaza mengejutkan Mikael namun perlahan-lahan dia tersenyum.

Alahai... kalaulah keadaan macam ni sentiasa berlaku.

Shaza melepaskan pelukan.Rasa malu menyerang dirinya.

Kau ni dah kenapa hah Shaza?Aduh,bodoh betul!

"Sorry." kata dia perlahan bercampur malu.Nak saja dia lompat dari atas kerana malu.

"Its okay.Kalau setiap hari pun saya tak kisah." dia tersenyum miang.

Shaza tak senang duduk. Semakin marak rasa malunya.

Mikael memegang tangan Shaza yang sejuk itu."Saya faham.Awak tak bersedia dan saya akan hormati perasaan awak."

Mikael tersenyum manis."Shazana Alya,saya mintak maaf andai keputusan saya membuatkan hidup awak kucar-kacir.Sungguh saya takut selagi awak tak menjadi isteri saya yang sah. "dia menggenggam tangan isterinya.

Terharu Shaza dibuatnya." Maafkan saya. Berikan saya masa."

Mikael mengangguk. "Saya akan tunggu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience